Pada sebelah malam, kami menuju ke Hat Yai yang terletak kira kira 30 km dari bandar Songkhla. Ada dua jalan yang menghubungkan Songkhla ke Hatyai, satu ni jaraknya dalam 30+ km tapi jalannya ibarat highway manakala satu lagi jalan yang masuk pekan kecil dan kena lalu banyak traffic light sikit yang jaraknya hanya 20+km. Aku pilih jalan dekat.
Perjalanan kami sedikit slow kerana hujan turun dengan lebat sebelum akhirnya terperangkap dalam kesesakakan lalu lintas sepanjang 10km. Serius jem mengalah nak balik raya. Aku tak pasti kenapa jalan sesak tapi yang pasti semua nak menuju ke Central Festival Mall yang kebetulan berdekatan dengan Hatyai ASEAN Night Market yang kami nak tuju tuh. Gamaknya ada konsert la kot sebab siang tadi kami lalu ada event Hatyai Bike Week 2014. Akhirnya kami semua yang kelaparan dengan aku yang nak terkucil ubah haluan mencari kedai makan di area lain. Maka terbantut lah plan Cik Dee nak shopping.
nasib baik kereta auto |
Kami memutar merata rata mencari kedai makan Halal. Maklumlah kedai makan ni selalunya time tak mau makan ada la tersempak sana sini. Tapi time nak makan terus menghilang. Terjumpa satu kedai ni, sekali tengok dah tutup. Pusing-pusing kami terjumpa satu street ni yang ada gerai-gerai makanan Halal. Masalahnya aku nak terkucil sangat. Gerai-gerai ni confirm takda toilet, jadi skip dulu dan dan cari kedai lebih besar.
Akhirnya terjumpa sebuah kedai makan Halal yang agak besar. Orang pun ramai. Elok time kami datang hanya terdapat satu meja kosong. Aku tak fikir panjang terus ke toilet. Setelah setel, aku pun join Cik Dee, adik ipar dan kakak ipar aku. Bila nak order rupanya kedai ni macam kedai Ikan Bakar. Semua jenis masakan untuk dimakan dengan nasi. Takda koteaw goreng, mee sup atau bihun tom yam seperti kami idamkan. Kami yang tak berapa nak IN makan nasi waktu malam yang dingin hujan-hujan ni pun beredar. Kalau lepas ni nak try makan nasi lauk bakar-bakar memalam di Hatyai, aku akan kesini. Sebab sampai full table confirm kedai sedap ni. Kami bergerak semula menuju deretan gerai yang memula tadi.
Baru kena tema kali ni. Memasing pekena sup thai. Aku pun tak tahu apa nama sebenarnya sup ni sebab tulis dalam bahasa Thai. Siap ada lokcin bakar.Nice! |
Lepas makan masing-masing dah letih, maka balik gitu aja lah ke Songkhla semula. Drive 30Km semata untuk makan sup nampak gayanya. Kalau ipar aku tak ada confirm aku dah ajak Cik Dee pi oil massage. Haha
0 Rangsangan:
Post a Comment