Dokumentari merupakan salah satu favourite genre tv yang aku suka tonton. Tapi bukan semua jenis dokumentari jugak aku tengok. Kalau bab bab binatang sekarang dah slow sikit. Bosan. Kalau jenis myth pun aku malas jugak. Sebab mat salleh ni suka propa aja lebih nak bagi cerita bunyi gempak. Lagipun sekarang dokumentari di Documentary Channel Astro pun dah jadi macam telenovela. Ya lah, bila buat ber-series-series mulalah habis idea. Takut penonton bosan. Maka akhirnya buat cerita anak gaduh dengan bapak, abang gaduh dengan adik macam series American Chopper.
Semalam aku layan Dokumentari Gun For Hire : Afghanistan.( Klik Sini untuk tonton ). Dokumentari mengenai askar upahan di Afghanistan. Mereka ni sebenarnya macam pak guard la jugak cuba dikomersialkan oleh tv jadi macam sempoi aja. Sebab apa mereka gunakan askar upahan aka kontraktor swasta disana ? tak cukup tentera kah ? tak cukup kepakaran kah ? Jawapannya tak lain dan tak bukan pengunaan tentera tertakluk pada Konvensyen Geneva kalau tak silap. Kalau guna askar upahan ni, banyak loop hole dalam undang-undang antarabangsa. Jadi mereka bebas membunuh sesuka hati tanpa tindakan makhamah tentera etc.
kebiadapan askar upahan di Iraq
Sebelum ni Afghanistan seperti semua maklum diperintah oleh puak Taliban yang kejam. Bunuh sana sini. Semua rakyat kena pakai burqa, berjambang. Siapa melawan kena bunuh. Undang-undang hudud berleluasa. Potong sana, rejam sini tanpa sebab. Itu yang media barat canang untuk kepada kita dan itu juga yang dicanang media tempatan hasil rujukan sumber barat.
Berdasarkan dokumentari ni, ada dua perkara yang aku dapat lihat. Perkara pertama, askar upahan ini hanya 'berjuang' untuk duit. Gaji mereka tinggi. Itu yang menyebabkan ramai full time tentera pun berhenti untuk join syarikat swasta ni. Berbeza dengan puak mujahidin yang berjuang hanya untuk mendapat redha Allah. Puak askar upahan ni bukan berani manapun. Tersangkut dalam traffic jam dalam Kabul pun dah menggelabah takut kena ambush.
Kedua, selepas kejatuhan Taliban, Afghanistan telah dikuasai puak Afghan liberal yang dibela Amerika. Di dalam dokumentari ini boleh lihat rumah-rumah pelacuran dibuka di kawasan Zon Selamat bawah seliaan Barat untuk melayan tentera mereka. Yang buka pusat-pusat pelacuran ini adalah orang Cina dan pelacurnya jugak Cina. Orang Cina ni, dimana saja ada peluang tak kira tempat aman atau teman berkonflik semua mereka pergi untuk cuba berniaga. Semangat berniaga ni aku respek. Jadi tak hairanlah setakat Majlis Perbandaran di Malaysia ni benda kecil aja bagi mereka.
0 Rangsangan:
Post a Comment