18 September 2014

180 saat

Pada awal tahun lepas aku telah travel ke Bangkok dan berkesempatan melepak awal-awal pagi di Lumphini Park. Memandangkan hari tuh hari Ahad, maka ramailah warga kota Bangkok dari belia sehinggalah warga emas beriadah disana. Suasana sungguh meriah. Ada yang tengah Tai Chi beramai ramai, ada yang bawa haiwan peliharaan bersiar-siar, ada yang berjoging dan yang paling best terdapat kawasan Gym Terbuka.

Lumphini Park - Bangkok.com

Gym terbuka - thefitworldtraveler.com
Aku pun join sama lah bersenam di tempat gym terbuka. Dalam kefokusan bermain, tiba-tiba satu lagu berkumandang dicorong speaker yang aku agak ada tiang speaker besar dikawasan Lumphini Park ni. Segala aktiviti terhenti. Yang berlari terus berhenti berlari, yang ber-tai chi terus berhenti ber-tai chi, yang tengah duduk melepak bangun berdiri dan yang tengah baring but bench press pun cepat-cepat letak bar dan bangun berdiri tegak. 

Aku yang tengah duduk chin up pun terus stop terpinga-pinga. Kelihatan semua orang tengah menyanyikan lagu berkenaan. Pada akhirnya aku pun sedar yang itu adalah lagu kebangsaan Thailand. 

Pada hari yang sama, aku fly dari Bangkok ke Hatyai sebelum menaiki tuktuk ke Terminal Van Hat Yai untuk menaiki Van ke Border Padang Besar. Hari dah petang waktu tuh. Tengah melepak makan keropok sambil menunggu Van ke Padang Besar bertolak, tiba-tiba lagu yang sama berkumandang. Masing-masing menghentikan segala aktiviti. Yang duduk terus bangun berdiri. Di Tv kelihatan lagu yang memaparkan gambar-gambar Raja Thai. Walaupun aku bukan rakyat Thai, namun atas dasar menghormati adat dan budaya tempatan, aku pun turut sama berdiri.

Pada minggu lepas aku berkesempatan menonton wayang di panggung wayang GSC. Selepas hampir 20 minit iklan, tiba-tiba skrin memaparkan notis dalam bahasa Melayu dan Inggeris agar semua bangun menghormati Lagu Negaraku. Masing-masing bangun kecuali seorang brader cHina disebelah. Mungkin beliau bukan warga MALAYSIA namun sebagai PELANCONG beliau patutlah menghormati adat dan budaya tempatan.


Kepada mereka yang mengeluh kerana terpaksa bangun 3 minit untuk menghormati lagu Kebangsaan, ingatlah yang Datuk Nenek Moyang kita berjuang beratus-ratus tahun untuk memerdekakan bumi ini. Mereka sudah berjaya melaksanakan perjuangan mereka, yang tinggal hanyalah untuk anak cucu untuk tunjukkan rasa penghargaan selama 3minit sebelum duduk berjam-jam menonton filem yang dihasilkan bekas 'musuh' mereka.


Share:

0 Rangsangan: