Jikalau sebut bab warranty, ramai diantara kita yang mengambil mudah tanpa membaca atau membelek langsung keratan kertas warranty yang disertakan bersama produk. Apa yang yang kita tahu adalah bertanya pada tauke kedai berapa lama cover dan terus assume barang kita terus dicover warranty yang dinyatakan setelah beli.
Warranty ialah jaminan yang diberi pengeluar produk untuk mengganti atau memperbaiki kerosakan produk yang disebabkan oleh kecuaian atau masalah ketika pemasangan dikilang etc. Sebagai peniaga yang mementingkan keuntungan, warranty ialah antara perkara yang mereka tidak suka kerana ia melibatkan pertambahan kos dan kerugian pada pihak pengeluar.
Jadi pengeluar mengenakan syarat yang ketat untuk membolehkan sesuatu warranty itu terjamin. Antara yang selalu adalah perlu memulangkan salinan warranty kepada pengeluar dalam tempoh masa tertentu ( selalunya pendek) dan beserta cop penjual (selalunya penjual jarang cop).
Pengalaman pertama aku adalah membeli tilam. Sewaktu membeli, tauke kedai menyatakan ia mempunyai warranty selama 5 tahun. Jadi aku pada masa itu nampak kertas warranty terbalut bersama tilam. Setelah tilam dihantar ke rumah dan proses mengoyak plastic, aku pun ambil keratan warranty untuk disimpan. Selepas membaca, ia menyatakan kad warranty perlu dicop penjual dan perlu disimpan dengan resit pembelian. Masalahnya adalah penjual tak cop. Jadi warranty sekadar sekeping kertas tak bernilai.
Pengalaman kedua membeli Tv, setelah mengambil iktibar dari pengalaman pertama, perkara pertama yang aku tengok selepas membayar adalah periksa keratan warranty. Didalam ia menyatakan bahawa salinan warranty perlu dihantar kepada pihak pengeluar dalam masa seminggu. Selepas faham syarat warranty, aku saja bertanya pada penjual warranty ni kena hantar atau macam mana namun dia menyatakan tak perlu, simpan saja. Kalau kita main ikut kata-kata penjual terbabit maka void atau terbatal lah warranty kita.
Pengalaman kelmarin pula, aku membeli kompak camera Canon di Fotokem Sunway. Perkara sama berlaku, aku baca bagi paham dan buat – buat Tanya. Jawapan sama macam pengalaman beli Tv arituh, penjual kata simpan resit saja sedangkan dalam kertas warranty dah tertulis perlu dihantar dalam masa 2minggu. Lepas aku tunjukkan syarat tertera, terus penjual macam kaget dan cakap “ooooh..ya..ya..u perlu register maa, u mau saya register sekarang kaa? Boley boley.. “ pulokk …
Disini aku tak pasti kenapa pihak penjual bertindak sedemikian, nak kata mereka takut atau malas nak handle produk kalau defect boleh jadi lah namun apapun kos atau masalah ditanggung pihak pengeluar. Apapun kita sebagai pengguna perlu peka.
0 Rangsangan:
Post a Comment