Kalau orang tengok aku, mungkin nampak macam pemuda pemuda yang lain. Pemuda yang hanya fikir nak enjoy, lepak, usha awek dan segala negativiti yang lain. Sesetengah tu ada benarnya namun jauh disudut hati ini, tersemai jiwa yang berwawasan. Yang kekadang tuh aku rasa lebih berwawasan daripada Menteri - Menteri yang dilantik atas platform politik yang korup.
Ke'wawasan'an dalam diri aku ni bukannya lahir dari didikan mahupun terikut ikut dakyah pihak sana sini tetapi lahir dari perasaan cinta akan Tanah Air pusaka nenek moyang kita. Kalau tak sebab aku sayang akan bumi bertuah ni, takda masanya aku nak ambil port bab politik yang tunggang langgang tuh. Lebih baik aku ambil port bab gosip artis cerai, kena tangkap basah dan sebagai porno yang lain.
Kalau bab tv, aku dari kecik tak minat bab hiburan sangat. Aku lebih suka program berunsur dokumentari. Tak kira lah Animal Planet, National Geographic mahupun Discovery Channel. Dalam banyak-banyak jenis dokumentari pulak, aku lebih suka genre sejarah, biography mahupun perkara-perkara perihal politik dunia.
Seingat aku sejak aku naik Sekolah Menegah, perkara pertama bila aku balik sekolah adalah makan nasik sambil belek Utusan bahagian Luar Negara. Berita dalam negara aku tak ambil port langsung. Aku akan baca event yang berlaku diluar sana. Perang dimana, US gaduh dengan sapa dan sebagainya.
Malam ni (2.50am) aku tak ngantuk lagi dan memandangkan esok tak perlu bangun awal, jadi aku layan aja dokumentari tentang bekas Presiden Venezuela,Hugo Chavez diYoutube. Kalau sapa tak kenal Hugo Chavez, google lah sendiri. Dah mati dah pun dia ni. Apa yang membuatkan aku kagum dengan dia adalah sikap beraninya melawan imperialisme US dan solidaritinya pada rakyat Palestin dan negara anti-US yang lain.
Sedikit cerita lah tentang Hugo Chavez, beliau asalnya seorang pegawai Tentera Muda dalam Tentera Vanezuela. Sewaktu berlaku tunjuk perasaan pada tahun 1987 keatas Presiden Venezuela ketika itu yang tidak popular dikalangan rakyat, beliau mengambil keputusan untuk melakukan rampasan kuasa setelah Kerajaaan ketika itu mula menggunakan tentera untuk membunuh penunjuk perasaan. Bersama beberapa pegawai muda yang lain, beliau melancarkan Kundeta yang akhirnya gagal. Walaupun gagal, beliau dianggap wira pada rakyat Venezuela.
Beliau memikul tanggujawab dan dipenjarakan selama 2tahun. Pendek cerita, 6 tahun selepas itu beliau memenangi pilihan raya Presiden secara demokrasi dan memegang tampuk pemerintahan. Tidak seperti Presiden sebelumnya, beliau melaksanakan polisi Anti-US. Memandangkan Vanezuela memiliki rezab minyak yang banyak, US selaku pendokong Demokrasi pun tidak boleh membiarkan ia begitu saja. Pada tahun 2002, US menggerakkan NGO nya bernama National Endowment for Democracy (NED) membantu pihak pembangkang yang ketika itu sedang menjalankan tunjuk perasaan jalanan untuk menjatuhkan Hugo Chavez.
Nak dijadikan cerita, Hugo Chavez hampir digulingkan namun last minute beliau diselamatkan oleh sepasukan tentera yang setia padanya sebelum dibawa pulang ke Istana Presiden yang ketika itu sudah dikerumuni penyokong setia beliau. US yang malu disebabkan usaha menjatuhkan Hugo Chavez tidak berjaya mula lah tidak mengaku segala kegiatan mereka sebelum itu. Disini kita boleh lihat perangai US yang tak peduli pon demokrasi sebenarnya yang penting kepentingan mereka saja.
Demokrasi hanyalah alat untuk menjatuhkan kerajaan anti-US yang tidak mengamalkan sistem demokrasi seperti mana operasi 'IRAQI FREEDOM' yang kononnya nak menjatuhkan diktaktor dan menegakkan demokrasi dibumi Iraq. Macam kes Venezuela yang mana kerajaan telah pun mengamalkan demokrasi, mereka menggunakan pula alasan Kerajaan sedia ada tak cukup demokratik, tak telus dan sebagainya. Semua takkan serba kena pada sesebuah kerajaan itu selagi tak tunduk bawah telunjuk mereka.
Pulang ke Istana Presiden setelah pihak pembangkan gagal dalam rampasan kuasa |
So kalau macam di Malaysia, kita sedia maklum adalah sebuah negara demokrasi. Namun ada NGO-NGO di Malaysiayang didokong oleh parti politik mempertikaikan ketelusan demokrasi negara. Maka mereka melakukan tunjuk perasaan. Dalam melakukan tunjuk perasaan tersebut, NGO-NGO ini disokong pula dari segi kewangan oleh pihak NED. Nampak tak persamaan situasi Venezuela dengan situasi di Malaysia? Permainan yang sama, pemain yang sama. Bezanya hanya tempat, masa dan kuda tunggangan.
Bagi aku, pemimpin politik yang patriotik tidak akan sesekali meminta bantuan atau menerima bantuan dari anasir luar. Sejauh mana pun kesulitan, bantuan patut hanya diterima atau diminta dari sumber dalaman kerana tangan-tangan asing tidak akan membantu dengan percuma. Tidakkah kita belajar dari sejarah datuk nenek moyang kita tak kira sejarah Kesultanan Kedah, Melaka, Selangor, Perak yang telah meminta bantuan luar apabila berlaku pertikaian dalaman dan apa hasilnya ?
Demonstrasi BERSIH |
Sumber WIKIPEDIA NED - http://en.wikipedia.org/wiki/National_Endowment_for_Democracy |
Pemimpin pembangkang Vanezuela memohon bantuan luar |
0 Rangsangan:
Post a Comment