22 August 2014

Moden ?

Apakah itu negara yang membangun a.k.a moden ? Menurut laman WIKIPEDIA, definasi negara membangun ialah :-
Sebuah negara maju, negara perindustrian, atau "secara ekonominya maju", ialah sebuah negara berdaulat yang mempunyai ekonomi yang maju dan infrastruktur berteknologi tinggi. Kebiasaannya, kriteria untuk menilai tahap pembangunan ekonomi adalah keluaran dalam negara kasar (KDNK), pendapatan per kapita, tahap perindustrian, jumlah infrastruktur meluas dan standard sara hidup. Kriteria yang patut digunakan untuk diklasifikasikan sebagai negara membangun masih menjadi perdebatan.
Jika dapat dilihat pada ayat akhir tersebut dinyatakan bahawa kriteria yang patut digunakan masih menjadi perdebatan. Ini kerana bagi sesetengah orang, kemajuan adalah dari segi kosmetik manakala bagi sesetengah yang lain kemajuan patut didefinasi dari segi rohaniah atau mentaliti.

Dalam kes ini, aku lebih cenderung dengan pendapat mentaliti sesebuah masyarakat itu melambangkan kemajuan lebih dari sekadar kemajuan fizikal. Jika kemajuan ini dari sudut mentaliti diambil kira, dimanakah negara kita Malaysia berada? 

Banyak perkara sekeliling masyarakat kita yang membuatkan aku geleng kepala dan sedih. Selalunya perkara ini hanya remeh dan mudah namun tak mampu nak dilakukan dengan baik oleh orang kita tak kira yang berpendidikan tinggi mahupun yang kurang pendidikan.

Budaya Buang Sampah
Contoh mudah bab buang sampah. Perkara yang sering aku lihat adalah orang membuang sampah merata-rata dari tingkap kenderaan, semasa berjalan-jalan, semasa melepak dan kalau macam kat kampung aku tinggal ni, sampah dibuang ke sungai. Yang paling memilukan kalau jenis buang sampah beberapa meter aja dari tong sampah yang disediakan. 

Credit : http://sindiket.files.wordpress.com/
Mungkin kita rasa mudah membuang merata-rata namun pada akhirnya jika semua bersikap begitu, masalah akan berbalik semula menimpa kita. Kita jugak nanti yang akan rasa "sakit mata" melihat keadaaan sekeliling yang tak terurus. Bagi jenis buang sampah dalam longkang atau sungai, ia akan menyebabkan tersumbat dan akhirnya banjir menimpa dan yang sengsaranya kita sendiri. Selain itu, penyakit macam aedis pon mudah merebak. Yang nak sakitnya kita jugak.Benda simple, kenapa orang kita tak mampu berfikir? 


Tidak beratur Dan Memotong Que
Perkara ini berlaku tak kira samada dijalan raya ataupun di kaunter-kaunter tiket. Semua orang nak memudahkan hidup masing-masing dengan menyusahkan hidup orang lain. 

credit : www.bubblynotes.com
Bila perkara ini berlaku pada kita, janganlah kita melakukannya pula pada orang lain dimasa hadapan yang akhirnya akan menjadi budaya. Mungkin hari ni dengan berbuat demikian kita jimat 20 minit masa perjalanan, namun esok lusa orang lain buat begitu pada kita, kita pulak rugi 20 minit. Aku sentiasa panas hati kalau drive di Kuala Lumpur dengan karenah manusia begini namun apa yang aku pegang, "what you give, u get back.Allah Maha Adil" cuma kita ja mungkin tak nampak bila balasan ini berlaku pada mereka mereka tuh.

Kat Jepun tengah kebulur lepas gempa bumi pun masih berdisplin beratur
Tak guna bertolak-tolak, kalau dah bukan rezeki jump que atau cemanapun tak kemana
Penggunaan Tandas
Ini yang paling aku hairan sekali. Kalau menggunakan tandas awam atau mana-mana tandas selain dirumah, aku selalu terfikir macam mana orang Malaysia boleh jadi sebegini ganas ketika di dalam tandas. Seolah-olah time berak mereka bertukar menjadi hulk. Habis melayang pelapik tempat duduk, patahkan flush, tercabut penutup air flush, patah kunci2 pintu jamban. How come? 

Tandas Alamanda, Putrajaya - fauziblues.com
Ok, part ni kalau aku nak fikir logik, mungkin lah kot sesetengah orang bila nikmat tahi keluar dia jadi hyper power. Tapi part yang aku tak faham dan tak mampu nak explain adalah kenapa majoriti orang Malaysia tak reti nak flush tandas yang menggunakan mekanisme yang simple. Tarik atau tekan. Monyet tak terlatih pun mampu lakukan. Kenapa? aku sering geleng kepala sangat2 part ni. Dimanakah etika kita.

Satu lagi kalau dalam tandas ni, kalau lelaki tuh selalu nak merokok time berak. Aku bukan perokok tak faham kenapa namun aku terimalah mungkin kepuasan cara masing-masing macam aku yang perlu ada bahan bacaan kalau nak berak. Namun masalahnya mereka ni. bila sudah berak kenapa tak buang puntung dalam lubang jamban tuh, kenapa perlu padamkan bara api dipenutup jamban, dikotak tisu yang kebanyakan dibuat dengan plastik. Kan dah bertompok sana sini dengan kesan terbakar. Adoi.

Bas terbakar angkara buang puntung rokok dalam tandas di Sabah. Human..how come????
Pejalan kaki
Di negara moden bermentaliti tinggi, pejalan kaki atau basikal diberi keutamaan oleh pemandu kenderaan.



Namun di Malaysia, lagi nampak orang lintas, lagi nak laju kenderaan

run for your life

Kalau ikutkan banyak gila contoh aku nak beri namun tulis panjang -panjang belum tentu orang baca kerana majoriti orang Malaysia terbukti malas membaca. Sebab tuh percaya aja bulat-bulat sms berangkai atau berita-berita hoax .

Hari ni merupakan Hari Berkabung bagi negara kita diatas tragedi MH17 yang berlaku 1bulan 5 hari lepas. Pada hari ini rakyat Malaysia boleh melihat sambutan penuh hormat Negara kepada jenazah-jenazah mangsa yang tiba dari Belanda dimana acara menyambut sudah setaraf dengan upacara menyambut seseorang wira negara yang terkorban atau pemimpin negara yang meninggal. 


Disini pada hemat aku kita "terpaksa" melakukan sambutan sebegini setelah "kagum" melihat penghormatan yang tinggi diberikan Kerajaan dan rakyat Belanda kepada mangsa-mangsa walaupun banyak yang bukan warganegara Belanda pun.

Amsterdam - dailymail.co.uk

pemandu memberhentikan kenderaan disisi jalan tanda penghormatan - dailymail.co.uk
Disini aku bukan nak mempertikaikan sambutan sedemikian, cuma aku nak tunjukkan macam mana cara negara maju dan rakyatnya menghormati jenazah berbanding orang kita selama ni. Hairan kalau difikirkan. Kita dikurniakan dengan Islam yang mengajar semua ini namun nilai-nilai murni sedemikian lebih ditonjolkan oleh mereka yang bukan Islam.

Semoga Kerajaan Malaysia mempunyai plan untuk brainwash rakyat agar mengubah budaya buruk ini.
Share:

0 Rangsangan: