05 August 2014

Tiket Flight, Satu Perjudian

Hidup ini sebenarnya satu perjudian. Setiap perkara yang kita lakukan sebenarnya memperjudikan untung rugi, timbal balik bagi kehidupan kita bukan sekadar di dunia malah di akhirat. Bercakap pasal berjudi, sejak menjadi seorang weekend husband dari bulan November lalu, aku telah lama bergiat dengan satu sindiket judi ni. Sindiket pejudian yang aku join ni tak la tinggi sangat risikonya namun mampu menjimatkan duit serta memberi aku pulangan berganda jika kena gaya.

Perjudian yang aku join ialah perjudian tiket flight. Masih tak faham? Semua sudah sedia maklum dengan penerbangan tambang rendah bukan? Kalau kat Malaysia ni yang sudah tentu AirAsia selain anak syarikat MAS, Fireflyz sebelum disertai dengan Malindo Air. Bercakap tentang tambang murah, betulkah ia betul-betul murah? Kalau jual harga tiket puluh - puluh Ringgit ja macam mana Syarikat Penerbangan tersebut mampu bertahan bahkan terus maju? 

Sebenarnya, konsep penerbangan tambang murah ni lebih kepada "perjudian". Semua benda didunia ni yang too good to be true mesti ada something punya. Ini kerana untuk menikmati tambang yang  betul-betul murah, kita selalunya perlu membeli tiket beberapa bulan lebih awal dari tarikh perjalanan tersebut. Dan Selalunya kita bukan boleh ramal apa yang akan berlaku beberapa bulan kemudian. Samada cuti diluluskan atau tidak, kesihatan baik atau tidak, modal bercuti cukup atau tidak. Tapi bagi kebanyakan orang, dengan harga tiket yang murah sebegitu, ia bukan satu risiko yang besar. Namun bagi aku yang memerlukan perjalanan yang kerap, risiko yang kecil didarab banyak kali perjalanan boleh menjadi besar. 

Ok. Sekarang aku nak bercerita tentang pengalaman aku yang baru berjinak dalam perjudian tiket kapal terbang ni. Selepas tunang aku *sekarang bini* mendapat kerja di Putrajaya beberapa bulan sebelum kami berkahwin, aku telah membuat keputusan nekad untuk kerap ke sana. Dari Perlis nak ke Kuala Lumpur ada beberapa kaedah perjalanan. 

Kereta api, aku tak pernah lagi try. Tapi dengan 12jam perjalanan, terlalu memakan masa dan menyeksakan. Nak Pandu sendiri, dengan kos minyak + tol RM3**.00 per trip pergi balik belum dicampur kebarangkalian tinggi kos kena speedtrap, wear&tear kenderaan + penat ? memang ni pilihan terakhir aku. Bas pula bagi aku merupakan pilihan yang baik kerana keselesaan dan harga tiket yang murah. Namun jika ada tiket kapal terbang yang sama harga dengan tiket bas disamping memakan masa hanya 2 jam berbanding 8 jam dan dengan rekod keselamatan yang lebih baik. Mengapa tidak naik kapal terbang aja kan?



Kebetulan pada hujung tahun bulan November AirAsia telah membuat promosi serendah RM59 pergi balik (Harga tiket RM0 cuma bayar airport tax + fuel surcharge) bagi penerbangan domestik, aku tanpa berfikir panjang terus membeli hampir 10 tiket pergi balik ke sana bagi 3 perjalanan tahun 2013 dan selebihnya adalah perjalanan bagi tahun 2014 dimana trip paling lewat adalah bulan Julai, iaitu 8 bulan kemudian. Sewaktu itu aku hanya menyasarkan hari-hari cuti umum yang jatuh pada hari Jumaat atau Isnin so boleh lajak terus cuti weekend.



Pada bulan March 2014, Fireflyz pula membuat promosi tiket RM77 pergi balik bagi penerbangan domestik. Actually aku dah lama tak naik Fireflyz jadi setelah 5 bulan menaiki AirAsia, aku dah mula muak dan serik pun ada. Kalau naik Fireflyz, perjalanan aku menjadi lebih mudah sebab kapal terbang twin turboprop mereka mendarat di Lapangan Terbang Subang yang terletak 5KM aja dari rumah aku disana. Jadi mudah sangat. Tanpa berlengah, aku terus memperjudikan diri membeli 4 tiket pergi balik dengan penerbangan pertama 2 minggu kemudian.



Selepas menaiki penerbangan Fireflyz, aku dah memang tak nak dah beli tiket AirAsia melainkan harga tiket murah gila babeng. (refer perbandingan trip aku disini ). Di saat tuh aku macam nak borong lebih banyak tiket Fireflyz tapi promosi RM77 dah tamat dan diganti dengan promosi RM47 sehala. Bagi aku yang dah merasa naik RM38.50 sehala seperti sebelum ni, RM47 tuh mahal harganya jadi aku tak jadi tambah tiket melainkan ada lagi offer sebegitu. Tak lama kemudian promosi Fireflyz menjadi semakin mahal dimana ia naik pula pada harga Rm57 sehala. Aku yang pada waktu ini dah mula rasa menyesal sebab tak beli aja tiket RM47 tuh terus sambar jugak 2 tiket pergi balik dengan promosi RM57 sehala ni. Sangkaan aku tepat kerana tak lama kemudian promosi naik menjadi RM69 sehala. 

In the end, promosi RM77 pergi balik tuh merupakan the cheapeast tiket oleh Fireflyz yang pernah aku nampak bagi haluan aku. So since then, aku dah setkan dalam diri jangan terlalu cheapskate dan kalau harga tiket flight bersamaan tiket bas, jangan fikir panjang.

Dulu nak naik KLIA transit dari LCCT kena naik bas.Sekarang tak lagi
Dah nama perjudian, mesti ada untung rugi kan. Meh sini aku nak senaraikan untung rugi aku. Kerugian yang berlaku tak lain dan tak bukan kerana faktor yang kita tak boleh kawal. Dah nama pun beli tiket berbulan awal.

Untung
Rugi
·         Aku nikmati tiket Rm100-RM150 lebih murah bagi setiap perjalanan.
·         Parking kenderaan airport Alor Setar bertukar tangan. Rate dari Rm5/day dah naik jadi RM13/day.
·         Sejak Mei 2014, dah ada KLIA Transit Train ke KLIA2, tak perlu lagi penat2 naik bas dari LCCT ke Stesen Train Salak Selatan.
·         Aku baru tahu tarikh Deepavali 2014 tak fix, tiba2 bertukar sehari awal. Jadi aku beli tiket baru sehari awal. But in the end aku decide tak nak ke KL waktu tuh tapi nak bercuti ke tempat lain, beli pulak tiket baru untuk bercuti. Huhuhu.
·         Sejak May 2014, AirAsia dah start charge KLIA2 Fee Rm3 per trip dari KLIA2 ke mana mana destinasi. Bagi yang beli tiket sebelum tuh tak kena charge
·         Ada satu trip aku tak naik flight AirAsia tapi beli tiket baru Fireflyz sebab aku malas nak turun LCCT waktu tuh.huhu
·         Dah susah nak dapat harga murah seperti sebelumnya kerana kos operasi makin tinggi. Dengar kata MAHB akan naikan airport tax kedepan.
·         Ada satu trip aku tak balik naik flight tapi balik naik kereta



Keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan pembelian aku. Ini kerana kalau dikira dari segi keseluruhan, tiket yang aku burn bernilai tak lebih RM150. Manakala aku dah beli tiket dengan harga Rm100-RM150 lebih murah. Nak kira secara tepat agak sukar sebab nak harga tiket sehari sebelum bertolak boleh cecah RM250 sehala manakala beberapa hari awal boleh cecah RM 150. Kalau cincai2 kira, untuk pembelian borong pertama aku, 20 tiket sehala dengan AirAsia yang bernilai hampir RM600, aku hanya boleh dapat 4 tiket RM 150 sehala kalau beli beberapa hari sebelum perjalanan. Nampak tak beza?

Kalau naik MAS boleh mengaji Quran di 29 000 kaki
Tips aku bagi yang nak berjudi macam aku :-
  1. Kalau beli last minute, selalunya tiket AirAsia lebih mahal dari MAS.
  2. Perhati betul-betul bila nak tekan next sewaktu membeli secara online, tak pasal kos bertambah sebab langgan insurans dan sebagainya. ( Bapak aku sebelum ni tak tahu, main tekan aja next..next dan bayar)
  3. Kalau beza harga setakat RM20-RM30, better naik MAS dari AirAsia. * bergantung pada poket masing2.Tapi kalau dah kaya, tak perlu lah beli tiket murah kan.haha
  4. Jangan menggelabah beli seat awal2 bagi yang nak beli.*aku suka tgk sunrise/sunset diawanan* Tunggu time check in kalau dapat seat yang tak kena gaya baru beli. Harga seat AirAsia RM6 (paling murah), MAS RM10, FireFlyz RM15. 
  5. Selalulah bukak web syarikat penerbangan untuk promosi terkini. Untuk MAS, jarang tunjuk promosi. AirAsia selalu keluar promosi, jadi tak releven sangat kalau nak borong melampau banyak. Bagi Fireflyz pulak, promosi ada sekali sekala namun jarang sekali nak bagi harga kaw2 murah. Kalau ada, terus sambar. Jangan fikir banyak. Malindo Air bagi aku paling kemut. Sepanjang aku dok bukak, baru ada sekali promosi murah. Tuh pun still mahal dari Fireflyz. Sebab tuh aku tak pernah naik.

(Segala penceritaan serta cadangan dalam post aku ni berdasarkan pengalaman aku naik dari Alor Setar ke Kuala Lumpur selama ni. Jadi ia mungkin berbeza dengan pengalaman dari bagi lain)

Share:

0 Rangsangan: