Long Distance Relationship... Nasib badan...

Friday, April 04, 2014

Sebelum ni kalau nak travel jauh jauh ni aku lebih gemar drive sendiri aja sebab segalanya aku boleh kawal.dari masa nak gerak,nak kencing dimana, nak melencong kemana, nak berhenti makan bila dan segalanya lah.Tapi bila masa berganti masa,apetite aku untuk drive jauh jauh mula berkurang.rasa malas semacam ja.Mungkin faktor usia (macam tua sangat aku ni) tapi yang pasti lebih kepada faktor usia kereta aku sebenarnya.dah tua kereta aku tuh, bawak laju sikit pon dah gegar sana sini.maka tuan dia pon samalah bergegar.sampai aja destinasi badan dah lesu mengalah naik unta.

ok.abaikan bab tuh.sebagai weekend husband dimana bini kerja jauh (aku duduk Perlis,bini duduk KL,KL dlm konteks aku ialah putrajaya,KL,Selangor),kami pun kena lah selalu travel untuk berjumpa.selalunya aku lah turun ke kl sebab kesian dan risau nak bagi perempuan travel sorang-sorang.Sebelum ni aku dah borong banyak tiket airasia awal-awal sewaktu tempoh promosi hujung tahun lepas.Walaupun tak dapat jangka samada tarikh aku ambil tuh aku free atau tidak tapi dari congak-congak dalam minda, per-gamble-an tuh berbaloi sebab walau aku tak jadi pergi pun, still tak rugi sangat pun.(tiket aku borong selalunya rm100 kebawah pergi balik). Tapi tuh lah, dalam bajet dapat tiket murah, ada jugak aral yang nak melintang didepan aku, caj parking airport Sultan Abdul Halim Shah, Kepala Batas telah naik mencanak secara mengejut baru-baru ni. Asalnya dulu baru Rm5.50 sehari, sekarang dah naik jadi Rm13.00 sehari. RM 37 gak lah caj sekali parking selalunya. Terpaksalah.

Lepas mula naik airasia ya ampun, baru la aku terasa letihnya terpaksa bergerak sana sini untuk sampai Subang.ok.meh aku kongsi perjalanan aku kalau naik airasia.first, aku kena drive ke airport sultan abdul halim kedah dari kangar yang memakan masa sejam.by then aku kena tunggu pulak lah flight yang selalunya dalam sejam.lepas tuh aku naik flight ke lcct yang memakan masa 45minit - 1jam.sampai lcct aku perlu ke putrajaya sentral since bini aku akan pick up dari sana.untuk ke putrajaya sentral, aku kena naik bus transit ke erl salak tinggi.bus ni bergerak sejam sekali. kalau time sampai, bus elok-elok bergerak,kena la tunggu lagi sejam.lepas naik bus dalam 30minit maka sampai di erl salak tinggi dan naik ke putrajaya sentral.sampai putrajaya sentral pula bini aku akan ambil naik kereta untuk ke subang.See.Transit dah mengalah PATI nak masuk Malaysia.Lepas kira-kira balik semua proses ni memakan masa hampir 5jam.Dah la aku selalu ambil flight malam,dengat penat balik kerja terus kena travel 5jam pulak, bila smpai subang pun aku terus pengsan punya. Takda masa pun nak bermanja. Haha.

hah..ni gambar proses yang aku lalui tapi dari reverse order sebab ni gambar aku on the way balik perlis

Dari point ni, aku agak menyesal pergi borong sakan tiket promo airasia tempoh hari.tambahan pula baru baru ni fireflyz yang operate di subang airport (5km ja dari rumah aku disubang) pun ada menawarkan promo rm77 pergi balik, maka sekali lagi aku borong sakan.Siap ada yang bertindih dengan tiket Airasia yang aku dah beli lagi.Lagi satu, baru aku tahu yang perayaan Deepavali bukannya tetap tarikhnya. Entah tetiba aja tarikh Deepavali 2014 diawalkan sehari compare dengan tahun lepas punya ramalan. Mungkin ada anak bulan yang lari dari orbit la kot.Tak pasal aku kena beli tiket baru.

Menaiki pesawat atr fireflyz ibarat menaiki bus aja sebab orang pun tak ramai.susunan seat pun lebih ringkas dan tak padat macam tin sardin.tapi paling aku tak gemar naik fireflyz adalah bila hari hujan atau cuaca kurang baik. Dia punya beralun rasa macam naik sampan.maklum lah pesawat kecil. Memang waktu ni aku rasa wirid aku paling padu.

so pada trip aku hari ni, aku akan menaiki fireflyz ke subang dalam keadaan cuaca hujan.adess..

You Might Also Like

0 Rangsangan

Flickr Images