27 April 2014

Lawatan Obama

  1. Siapa tak kenal Obama kan ? Presiden sebuah negara paling berkuasa di dunia ini, yang boleh dikatakan juga sebagai Presiden bumi in case ada lawatan dari makhluk asing satu masa kelak.
  2. Hari ni merupakan satu detik bersejarah bagi hubungan dua hala antara negara kita, Malaysia dan juga Amerika di mana selepas 50 tahun akhirnya seorang lagi Presiden paling berkuasa di dunia tiba menjejakkan kaki dibumi bertuah ini.
  3. Sebagai Presiden negara paling berkuasa di dunia, sambutan gilang gemilang telah disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dalam menyambut ketibaan "orang kuat" bumi ini. 
  4. Sambutan kepada seseorang Presiden dari negara luar bukanlah perkara luar biasa namun untuk Amerika, layanan adalah extra sedikit sesuai dengan darjat negara tersebut.
  5. Media Malaysia pun sejak beberapa hari ini telah mula mencanangkan betapa bagus dan hebatnya Presiden Amerika ini. Boleh dikatakan separuh dari kata-kata pujian yang wujud dari Kamus Dewan Bahasa dan Pusaka telah diguna pakai dalam menyediakan artikel-artikel mereka (fakta songsang).
  6. Namun, lupakah kita, yang manusia ini juga sebenarnya telah melutut menagih restu dari The American Israel Public Affairs Committee (AIPAC), pelobi Yahudi yang berpengaruh dalam memastikan kemenangannya dalam Pilihan raya Presiden lepas.Tanpa restu yahudi AIPAC, adalah agak mustahil bagi seseorang itu untuk menjadi "Presiden Bumi" ini.



  7. Dan yang tidak munasabahnya, Presiden ini juga yang telah menjadi "pengadil" dalam konflik Israel-Palestin. Jadi adakah kita harap pengadilan yang adil dari pengadil ini yang ditaja oleh Israel ini ? 
  8. Dan bukankah mereka juga yang telah membekalkan senjata dan peluru kepada pihak Israel bagi membunuh saudara-saudara kita di Gaza ?
    Gaza, Palestin
  9. Dan bukankah mereka juga yang turut tidak menyokong penubuhan negara Palestin bagi menjaga kepentingan Israel ?
  10. Gaza bukan lah satu-satunya tempah di bumi ini dimana saudara kita telah ditindas, lupakah kita akan saudara kita di Afghanistan, Iraq, Mesir, Syria, Libya, Somalia dan banyak lagi yang dibunuh oleh tentera-tentera Presiden yang melawat negara kita ini ?

    Abu Graib, Iraq
  11. Dan bukankah mereka juga yang sedang mengintip negara kita mengunakan proksi mereka di rantau ini ?
  12. Tidak salah untuk menerima kunjungan beliau sebagai tetamu namun jangan sesekali kita lupa akan dosa-dosa yang telah dilakukan Presiden tersebut keatas saudara kita di serata dunia. 
  13. Bagi aku tak perlulah kita terlalu over mencanang - canang kebaikan beliau sehingga terlupa sisi buruknya yang lebih menyerlah.
  14. Ingatlah firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 28 yang bermaksud: 
     Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.
  15. Dan juga surah dalam surah Ali-Imran ayat 118 yang bermaksud:
    Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.  
  16. Itu semua adalah pesan Tuhan, bukan pesan Hang Tuah, yang ternyata tak dapat disangkal lagi maka tidakkah kita mahu mendengar ?
  17. Semoga pemimpin kita berani dalam menegakkan kebenaran demi kepentingan agama Islam dan tidak tunduk pada mana-mana desakan puak kafir ini yang sudah terang-terang tidak akan senang jika kita berjaya.Dan ingatlah, kalau seseorang itu jarang contact kita dan tetiba contact setelah sekian lama, mesti ada lah tu agenda tersirat yang dibawa bersama.
     

Share:

0 Rangsangan: