KAMPETAI

Wednesday, April 16, 2014

Kah kah kah... serius aku terasa bodoh selama ni. Sepanjang berkecimpung dalam DIY kecil-kecilan aku atau kita of course akan bertemu dengan menda alah ni.


Benda alah ni zaman aku pergi kedai motor dulu-dulu pomen cina member aku ni selalu sebut KAMPETAI..KAMPETAI.. dalam minda aku time tuh apa jadah KAMPETAI ni... setahu aku kampetai ni dalam sejarah Malaya dulu-dulu tuh aja..ala..yang polis askar jepun tuh. Dan sejak itu memang kalau ke kedai nak beli menda alah ni aku akan cakap nak beli KAMPETAI... hari ni entah cemana aku boleh terbaca dalam satu forum D.I.Y ni yang mention "cable tie". Lepas google barulah aku mengerti bukannya KAMPETAI..cable tie laaaa apek...!!!

You Might Also Like

0 Rangsangan

Flickr Images