30 April 2014

Satu malam di Masjid


Setiap hari. sudah menjadi kebiasaan untuk aku menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Masjid berhampiran rumah. Selalunya selepas sahaja selesai menunaikan solat Maghrib, aku akan terus pulang ke rumah sebelum datang semula ketika azan Isyak berkumandang. Namun sejak dua menjak ini, kadang - kadang aku akan stay sahaja di Masjid untuk duduk melayan penghawa dingin masjid. Waktu - waktu begini kalau aku balik pun, bilik aku agak berkuap dan panas kerana matahari time terbenam mengadap bilik aku. Tapi tuh bukan lah satu-satunya nawaitu aku untuk stay, walaupun agak keberatan ke arah itu..hehe.. kerana terdapat juga hadis yang menyatakan bahawa :-
 Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Seseorang hamba berterusan mendapat ganjaran solat selagi mana ia berada di tempat solatnya (menanti untuk menunaikan solat)
( Riwayat Muslim )
Sewaktu stay di masjid, selalunya aku akan lepak sorang-sorang sambil membaca buku-buku mengenai hadis ataupun membaca Al-Quran terjemahan. Kalau hari yang ada ceramah atau kelas agama pulak, aku akan duduk aja menempek sekaki mendengar. Mungkin ada hikmah jugak la Allah nak bagi bilik aku panas time cenggini. 

Malam semalam aku ambil keputusan untuk stay sahaja di Masjid sebab perut pun dah kenyang (aku dinner sebelum maghrib atau selepas maghrib), bilik pun panas, newspaper pun dah habis baca, maka takda alasan kukuh bagi aku mahupun setan untuk pujuk diri aku balik. Aku usha-usha jugak samada ada atau tidak kelas agama, tapi tengok gaya ramai makmun dah mula beredar. Jadi aku pun menuju ke rak Al-Quran dan mengambil sebuah Al-Quran terjemahan sebelum mencari satu sudut yang terang untuk melepak. 

Untuk makluman, aku ni bukan lah jemaah baru di Masjid ni, dah lama, tapi nama orang masjid ni 2-3 kerat ja yang aku tahu mahupun kenal. Yang lain setakat kenal rupa aja. Teruk kan aku? ini lah yang terjadi kalau sekadar datang masjid dan tak bergaul sangat dengan orang. Ya lah, dah majoriti makmum dah seusia atuk dan bapak aku aja. Segan la aku nak approach melainkan sorang dua pak cik-pakcik ni yang rajin tegur aku. Mereka ni kalau melepak sembang topik bendang, kebun, cucu, aku manalah nak ada ilmu bab-bab tuh.

Berbalik pada situasi aku tadi, aku pun melepak sorang-sorang di satu sudut sambil membelek-belek terjemahan surah. Dengan menggunakan hujung mata aku dapat melihat 5-6 orang pakcik/atuk berkumpul  dalam separa bulatan dengan Al-Quran dan rehal masing-masing sambil mengadap tok imam yang turut ada disitu. Aku dapat nampak yang 2- 3 orang daripada mereka menoleh tengok-tengok kearah aku sambil membetulkan duduk masing - masing. Aku pun lama kelamaan rasa kekok la pulak, dah macam kera sumbang ataupun antisocial orang putih kata. Dalam hati aku, aku pun fikir , "ni mesti kelas mengaji beramai-ramai ni, apa salahnya join, tak payah baca kuat-kuat, buat bagi ada bunyi sikit sudah lah".

 Jadi aku pun bangun mendapatkan rehal dan pergi menuju ke kelompok tok imam tuh. Aku pun mengambil kedudukan paling hujung dan duduk membuka rehal. Sesambil itu tok imam sudah mula memberi ucapan aluan dengan bersyukur dapat berkumpul bla bla bla. Aku mengaji Quran zaman kanak-kanak dahulu memang ada menggunakan rehal tapi ntah apa jenis rehal yang masjid ni guna sampai aku beberapa kali cuba lipat pun tak menjadi bentuk rehal. Tok imam yang memberi ucapan pun mula memerhatikan aku dalam kehairanan sambil orang lain pun mula mengalihkan pandangan sebab bunyi kayu rehal lintang pukang dari aku.

Nasib baik akhirnya dalam saat genting begitu aku dah dapat handle jugak akhirnya. Aku pun kemudian menjeling ke arah Quran pak cik sebelah untuk melihat muka surat yang tertera. Aku pun taknak la tunjuk sangat yang aku ni tak reti kan, jadi aku dengan konfidennya tanya pak cik sebelah aku tuh,

"muka surat 5 ratus berapa tuh ? " tanya aku sebab aku rasa aku kenal huruf awalan bernombor tuh.

" 345 " jawab pakcik tuh.

Err.. aku pon cover-cover malu dan terus membuka muka surat berkenaan. Orang lain dah mula membaca doa AL-Fatihah sebelum memulakan bacaan Al-Quran. Selesai sudah membaca doa, tok imam pun terus berkata

"ok, dah boleh mula, start dulu" sambil tunjuk pada seorang pak cik di sebelah kanan beliau.

Dalam hati aku terus " Damn! kelas mengaji sorang - sorang rupanya...aku mati-mati ingat berkumpulan" . 

Peluh mula mengalir laju di celahan ketiak aku. Bukan main garang lagi tok imam ni menegur silap pak cik ni. Time ni aku dah mula gelak sorang-sorang dalam hati memikirkan bala yang aku sengaja cari. Tak la sebenarnya bala, cuma bala dalam erti kata nak kena di nilai oleh tok imam yang pakar ni. Nak kata aku tak mengaji, aku ada jugak kekadang buka Al-Quran mengaji di rumah cuma bezanya di rumah aku belasah baca aja. Ntah dengung ke mana, harakat ke mana. Tambah pulak takda orang tegur. Tuh yang kadang-kadang dah terasa macam boleh saing-saing orang dalam Majlis Tilawah Quran aja tuh. Dalam kegusaran menunggu turn, aku dah makin hilang suspen bila lihat pak cik-pak cik ni pun 2 x 5 ja dengan aku. Haha. Habis semua kena marah dengan tok imam. 

"ghooooo..bukan khooo.." sekali sekala tok imam menegur.

Gambaran lebih kurang, tapi rehal cenggitulah.
Credit pict : http://azmi-yenggi.blogspot.com/2010/07/blog-post.html
Lagi satu aku bersyukur sangat sebab terambil Quran terjemahan yang turut ada kaler-kaler kat part tajwid tuh. Siap ada kertas penanda buku yang menunjukkan sekian kaler perlu sekian dengung dan tajwid lagi. Tuh yang buat aku konfiden sikit. Aku bernasib baik memandangkan sampai sahaja turn aku, waktu Isyak dah hampir, jadi dipendekkan dari bacaan satu muka surat menjadi separuh. Boleh tahan jugak bacaan aku sebenarnya, kalau di compare dengan pak cik - pak cik lain tuh la. Akhir sekali tok imam pun pesan kat aku yang aku ni muda lagi, banyak masa lagi nak perbetul. Aku sengih aja walaupun dalam hati macam ada kata "minggu depan saya tak stay dah malam rabu di masjid".Kehkeh. Semoga usaha aku ni dapat la cover balik kesilapan lampau aku dulu tuh ( klik sini ) dan menjadi pemuda contoh di masjid. Silap haribulan tok imam offer anak dara dia jadi bini no 2 aku. haha.

Share:

3 Rangsangan:

Time Traveller said...

Ish aku ni pun ... bukan selalu ngaji.. bila la boleh berubah.. harap2 ada kekuatan macam bro nak duduk kat masjid mengaji macam tu huhuuu..

Ayako A. said...

bang anip, ngarib kat masjid batu dua eh? kihkih. tajwid sy tunggang langgang gak. boleh belajaq lagi, muda lg kan..

Anep said...

@afif besa la..aku pon iman naik turun gak..ada masa rajin..ada masa waktu maghrib dok melepak minum kat luar lagi..haha..

@iris masjid btu 2 mana ek? tak leh bgtau masjid mana..bahaya..haha