09 May 2014

Kitaran Norma Kehidupan Separuh 2014

Dalam post yang lepas-lepas, tak ingat tahun bila aku ada juga post tentang rutin harian aku ketika itu. Memandangkan blog ni seakan diari bagi aku dan aku sekali sekala akan baca balik dan mengenang PERISTIWA SEMALAM maka afdal lah untuk aku menulis rutin aku recently ni. 

Nak kata banyak benda berubah, aku rasa tak jugak cuma sekarang aku dah jadi seorang pekerja...dah jadi seorang suami... maka menda-menda cenggitu yang effect sedikit sebanyak

5.30am-9.00am
Pagi pagi kalau hari bekerja aku akan bangun ikut mood. Kalau harituh iman kuat, pukul 5.30am aku dah bangun goncang Handphone untuk mematikan alarm NeverMissFajr yang aku download tuh. Ya, kena goncang-goncang handphone ikut berapa kali kita set ( aku set 20kali) baru lah azan aka alarm akan berhenti. Lepas goncang dah jadi segar aku akan bersiap Subuh di Masjid. Tuh hari rajin, kalau hari tak rajin pukul 8.30am baru aku bangun sebelum melompat ke terus ke bilik air. Masuk ofis dalam pukul 9am. Kekadang terlajak. Kalau malam tak makan kekadang aku singgah mamak pergi sarapan sorang-sorang lelaju. Kalau tak aku tapaukan aja.

9.00am-5.00pm
Jadi ala-ala boss ni ada baik buruknya. Bagi sesetengah orang mungkin seronok kerja sendiri tanpa kena arah. Bagi orang macam aku, mungkin aku ni jenis lebih optimum kerja kalau diarah, di navigate, di tunjuk jalan. Sebab kalau dapat arahan aku akan jadi lebih bersemangat gitu. Aku akan buat mengikut arahan tanpa cakap banyak. Macam robot asimo. Even menda tuh ada jalan shortcut yang lebih bernas, aku akan ikut saja cakap boss. Aku rasa aku sesuai masuk askar. Tuh semua berdasarkan pengalaman aku ketika menyertai Skim Latihan 1 Malaysia dengan TNB tempoh hari. 


Sekarang dah masuk ofis ni, aku lah supervisor gamaknya. Apa-apa benda aku kena initiate or start dulu. Aku kena keluarkan idea apa yang aku nak lakukan, apa yang aku nak improve untuk company. So kekadang aku jadi lost jugak. Kalau datang mood mengalah orang period, aku lepak goyang kaki aja. Kalau datang mood bersemangat, macam-macam idea bernas datang bertalu.Apapun aku bersyukur atleast aku takda supervisor yang macam pund*k mahupun staff superior yang kaki ampu. I'm my own supervisor.Mesti hairan kan aku keja apa bagi yang tak tahu? haha..

Time rehat kalau aku dah kenyang kes sarapan lewat aku lebih suka ke masjid dalam pekan. Bukan apa, sembahyang Zuhur disitu ada penyaman udara. Bukannya ofis aku takda penyaman udara, cuma bila sembahyang dalam aircond khusyuk dia lain sikit. Selesa.

5.00pm - 7.00pm 
Petang-petang aku tak suka terperap dalam rumah. Ntah. Dari kecik lagi aku tak suka waktu petang dibazir dengan lepak di rumah saja. Waktu petang waktu paling syahdu bagi aku. Waktu aku suka buat apapun. Kalau boleh nak petang 5 - 6 jam sehari. Semua benda kalau buat time ni rasa best. Macam sekarang aku lebih suka joging atau berbasikal di sawah berhampiran rumah aku. Jangan la bayang aku naik basikal dalam sawah yang bergenang tuh pulak. Maksud aku melalui batas yang sesetengah telah bertar sesetengah berbatu pasir tuh. 


Aku rasa tenang sangat melepak disitu. Melihat kelapangan sawah padi melapangkan minda aku. Yang mana yang serabut, yang mana yang sedih, semua hilang. Aku suka tengok matahari terbenam dari sini. Bunyi romantik semacam kan. Serius aku menikmati saat langit bertukar pinkish gitu. Memang cantik. Patut la banyak surah menerangkan tentang matahari terbit dan terbenam untuk menunjukkan kekuasaan Tuhan yang Maha Esa kan. Ada jugak pak cik atau brader2 yang lalu naik motor time aku melepak melayan matahari terbenam ni. Mesti nampak aku macam orang putus cinta aja menung sorang-sorang. Padahal aku khusyuk menikmati keindahan alam sambil memikir masa depan. Tuh aja. 





Kalau tak ke sawah aku akan ke gym. Aku tak suka sangat ke gym sebab gym ni tempat orang nak menayangkan ego masing-masing. Masing-masing nak rasa besar, masing-masing nak rasa hebat. Tapi aku tak kisah sangat. Aku angkat ja yang mana larat. Lantaklah nak kena gelak pon. Janji kalau jadi apa-apa buka depa nak tanggung. Dah serik aku terlantar 4 hari atas katil angkara ego dan terlalu ikut cakap orang di gym. Haha.

8.00-9.00pm
Waktu ni aku akan menunaikan Solat Maghrib dan Isyak di Masjid. Dulu mula-mula memang aku selalu kena paksa untuk ke Masjid. Namun sekarang kalau tak berjemaah time Maghrib or Isyak aku akan rasa something tak lengkap untuk hari tuh. Terasa semacam aja kalau melepak di luar atau di rumah time tuh. Tapi biasalah, iman naik dan turun. Cuma untuk kuatkan semangat untuk pergi waktu Isyak berjemaah, aku selalu ingatkan diri aku dengan hadis ini.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.”

9.00pm-11pm 
Waktu ni antara aku keluar melepak di kedai minum ataupun aku melepak di rumah aja layan movie. Kekadang kalau rajin aku baca sikit-sikit buku mengenai pelbagai isu. But jarang lah. Nak membaca ni betul-betul ikut mood. Aku ni memang manusia jenis ikut mood. Kalau kena mood, rajin mengalah orang kena ketum . Tapi kalau takda mood, umpan la dengan apapun, tak menjadi punya. 



Begitu lah sedikit sebanyak rutin aku sekarang. Takda yang menarik. Tapi takda la sama memanjang. Ada masa berubah la serba sedikit. Tapi sekarang aku macam lebih suka bersendiri. Wat hal sendiri. Nanti lah aku cerita sedikit bab 'Individualism Vs Collectivism' ni. 

Share:

0 Rangsangan: