Dah lama kan aku tak bercerita bab kereta. Sebagai "motorhead" agak sukar nak buat - buat tak minat soal kereta bila sebenarnya minat. Tambahan pulak sekarang dah bekerjaya yang boleh la takat nak hidup, maka rasa nak beli kenderaan baru tuh memang sentiasa ada. Perasaan itu akan bertambah meluap bila kereta tua aku ni mula meragam. Namun bila ber - "Istiqamah" semula, dari aku habis duit bayar ansurans bulanan kereta lebih baik aku perabis beli tiket flight dan enjoy my life semasa di Kelompo bersama bini. Lagipun duduk di Perlis ni bukan besar mana pun. Aku travel sekadar ke opis yang jarak dalam 7 km dan ke gym yang jarak dalam 10km. Jadi dalam jangka masa sekarang memang tak berbaloi kalau difikir secara waras walaupun kekadang nafsu mula menganggu gugat kewarasan aku. Haha.
Berbalik kepada kuda tua aku ni, well, lagi 2minggu genap lah ia berusia 14 Tahun. Kalau ia adalah anak dara, kira dah mula datang period dah tuh. But seriously, kereta aku pon dah datang period. Sejak beberapa bulan ni aku perasan yang ada tompokan minyak enjin di lantai setiap hari. Tak banyak namun itu menunjukkan tanda-tanda something wrong lah tuh. Selepas check dengan pomen, ia berpunca dari gasket head yang bocor. Tapi buat masa sekarang aku senyapkan dulu sebab perkara tak serius sangat. Alang-alang nak angkat head, aku nak tukar sekali menda-menda macam spark plug dan apa bagai. Mau makan kat RM2k rasanya.
2 hari lepas aku dah keluar RM200 untuk repair starter. Itu semua kos luar jangka namun patut dijangka kepada kereta yang berusia begini. Nak jual? tak mungkin sebab aku sayang gila kat kereta ni. Dari aku tolak dan menyesal macam jual motor 125z aku dulu tuh, lebaik baik aku simpan buat kenangan di hari tua kelak. Jadi sekarang aku dah bajet-bajet nak repair menda yang betul-betul perlu dulu iaitu kebocoran ekzos dan rim yang tak berapa elok sangat dah tuh.
Sebenarnya ekzos kereta ni dah mula dimamah usia dan berkarat, dah dua kali aku pateri dan tukang pateri pon dah pesan tak kan tahan lama dan sekarang ia mula crack semula. Kekadang ada la terasa macam kereta sport walaupun aku rasa mertua aku mesti fikir kereta aku bunyi macam bot. Sebelum ni aku pernah menggunakan sistem ekzos dari POWERZONE pada kereta Satria 1.3 aku dulu dan memang cukup berpuas hati kerana terasa peningkatan "pick up" nya. Namun kali ni aku rasa berkira-kira sikit sebab untuk enjin V6, ia memerlukan dua header instead of one untuk kebanyakan kereta jadi kos header sebijik RM470 dah kena darab dengan dua. Tuh belum masuk piping/bullet apa bagai. Jadi aku pon survey-survey di internet sebelum terjumpa EXSS Exhaust. Berdasarkan review ramai macam ok dan selepas aku tanya kepada pihak EXSS, formula mereka hanya main pada bullet dan bukannya header. Jadi aku boleh kekalkan header standard. Kira penjimatannya agak ketara di mana kalau POWERZONE mungkin menelan belanja sekitar Rm 2k dan kalau di EXSS dalam Rm1.2k sahaja. Risau jugak nak mengeksperimenkan kereta yang aku nak pakai lama ni sebab dalam kamus hidup aku mostly MAHAL TUH BERSEBAB.
Untuk rim pulak, aku sekarang pkai rim design BBS yang memang aku minat pun. Kalau duduk sesaja takdanya aku nak tukar baru. Namun baru-baru ni aku pergi buat alignment dan balancing since kereta aku akan bergegar bila bawak 120km/h keatas. Time buat balancing tuh lah brader pomen tunjuk satu rim aku tuh ada gelong sikit dan aku rasa tuh puncanya sebab memang dari area tuh aku rasa punca gegar. Disebabkan satu aja rim gelong, aku agak berbelah bahagi samada nak repair atau tukar baru. Kalau repair dalam Rm40 ja satu biji dan kalau nak tukar baru mu kat RM500-600 gak lepas trade in. Aku takut kalau repair nanti kalau still bermasalah, dikala nak trade in boleh nampak kesan repair. Ya ka? Walaupun kekadang tengok design RPF01 pun cantik jugak namun untuk penjimatan aku rasa nak gamble repair dulu.
Tuh aja yang aku rasa nak repair dalam masa terdekat walaupun kalau ikutkan banyak lagi nak kena sentuh untuk refresh semula kereta tua ni. Tapi in the end aku akan beli kereta baru jugak so tak nak la aku terlalu memperabih duit kat sini. Pelan-pelan aku nak buat. Mungkin dalam masa 3-4 tahun. Bagi aku untuk orang diluar sana, kalau nak beli kereta, better beli baru dari beli kereta yang dah berumur 5-6 tahun keatas kerana dalam tempoh tuh parts wear & tear dah mula mintak tukar. Kalau dicongak semula nanti kos beli + repair dah nak sama dengan kos beli kereta baru. Tapi statement aku ni tak diambil kira kalau nak beli kereta untuk tujuan collectable. Contohnya dari muda belia dulu memang minat Satria GTi dan sekarang baru mampu pakai dan sanggup melabur kos macam mana beli baru semata-mata nak merasa pakai kereta idaman tersebut, maka go on. Takkan menyesal.
0 Rangsangan:
Post a Comment