18 May 2014

Via Fika Cafe @ Kota Damansara

Aku ni sebenarnya bukanlah rajin sangat nak tulis review tentang makan-makan ni. Tak macam dulu, excited ja time cuba makan kedai baru aja terus nak menulis dalam blog. Tetambah time aku gila char dulu. Sekarang tak makan sangat dah char konon diet yang tak kemana pun perut aku ni. Haha. Ada dua sebab kenapa aku malas nak menulis. Sebab pertama, bila aku balik dari makan aku rasa nak bersandar aja dan bila datang mood nak menulis pulak, idea dan point semua dah hilang. Sebab kedua, aku rasa buat ganggu aku nak makan aja sebab nak mengambil gambar la, sudut lah, pencahayaan lah apa bagai. Bukan blog aku pemes sangat sampai perlu aku nak puaskan hati ramai peminat. Habis sangat habuan orang yang tersesat aja kan. 

Tapi untuk kali ni aku sanggup gagahkan jugak diri nak meng"review" pasal sebuah cafe yang aku jumpa dari iklan facebook ni. Aku ni nak kata minat kopi taklah sangat, sebab kalau ke mana-mana kedai kopi pun aku selalu order Mocha aja. Biasalah, aku memang suka cokelat. Cuma yang membuatkan aku suka melepak kedai kopi adalah sebab suasana dan bau aroma kopi tuh. Layan semacam aja bila di combine dua benda ni. So beberapa hari lepas time aku surf facebook, aku terklik pada sebuah iklan cafe ni. Iklan ni meng'refer'kan ke sebuah fb cafe ni iaitu Via Fika Cafe. Dari segi likes aku tengok tak la banyak pun, cuma yang buat aku tertarik untuk mencuba adalah kerana ia milik bumiputera dan tak jauh pun dari rumah aku. Maka aku awal-awal dah bagitau CIk Dee yang aku nak bawak dia kesana weekend ni bila aku turun KL.

Hari ni aku pun menunaikan hasrat aku nak bawak Cik Dee ke Via Cafe ni. Nak cari tak susah cuma kawasan dia adalah banggunan baru yang belum banyak kedai buka. Kedai sekeliling banyak yang under renovation lagi dan Cafe dia pulak membelakangi jalan. Nasib baik dah ada dalam Waze jadi jumpa jugak kami akhirnya. Memula sampai aku dengan Cik Dee dah pandang sesama sendiri. Betul ka cafe ni, nampak macam kecik aja. Sebab Via Fika Cafe ni combine dengan syarikat pelancongan milik owner sama juga. Jadi pintu masuk cafe ni nampak macam kecil. Aku memula agak ragu-ragu tapi dah alang-alang sampai kami pun masuk kedalam. Ok. Rupanya luas la juga dalam tuh, cuma pintu depan tuh aja nampak kecil. 



Kami pun berdiri di kaunter sambil melihat menu. Berdasarkan menu didinding, takda la pulak makanan berat, yang ada hanya sandwich, kek macam tuh aja. Aku terus pandang Cik Dee dengan muka buat-buat tak terkejut, dan suggest kami tapau ajalah air sebab dah masuk pun. Namun mungkin brader waiter tuh tahu kami mungkin nak makan benda lain sebelum dia memberi kami menu yang rupanya ada macam-macam lagi.
Lega lah aku sebab aku pun lapar belum sarapan. Menu Cafe ni tak lah banyak dan tak lah sikit sangat, ada lah laksa, nasi , kek, western dan bla..bla.. Untuk lunch Via Fika Cafe ada menawarkan pakej lunch yang mana minumanya diberi diskaun. Cik Dee order NAsi Kukus Ayam dan ICed Cappucino manakala aku pula order Kuey Tiaw Goreng Fika dan Hot Mocha. 

belakang aku ni ada kaunter bancuh kopi, siap ada kerusi bar stand tuh..
saja malas kepoh snap gambar mengalah blogger makanan 
Sambil menanti makanan aku pun tengoklah kiri kanan atas bawah. Suasana kedai ni betul-betul mengingatkan aku pada Cafe-cafe di Hatyai yang kebanyakan kecil, decoration artistik, ada aircond, ada buku/magazine di rak dan berbau aroma kopi satu kedai. Yang paling penting suasana tenang dan santai sebab tak crowded macam oldtown dan apa bagai kopitiam yang lain. Tapi di Cafe ni waktu kami datang kami aja satu-satunya customer, maka terlebih tenang la pulak. Nasib baik mereka terus buka TV bila kami duduk, jadi bila bersembang takdalah dengar satu kedai. Kopi di kedai ni di blend/grind sendirilah tak macam kebanyakan Cafe melayu yang selalunya nama aja kopitiam padahal bancuh kopi paket 3in1. Tuh takpa lagi, ada pernah aku order kononnya Mocha alih-alih sampai air Ovaltine. Serupa tak kenal aja rasa Ovaltine. Di dinding kedai ada terpampang gambar beberapa orang artis yang dah pernah sampai kedai ni. Aku suspek owner dia ada kabel dengan artis-artis ni sebab kalau nak sesaja datang macam kami ni macam mustahil.

Tak lama kami menunggu sebelum makanan dan minuman yang kami order sampai. Air dia bagi aku setaraf dengan kedai-kedai kopi ternama yang lain dengan harga yang lebih murah. Air mocha aku memang KAW tapi kalau dapat kurang manis sikit mesti lagi umphh. So lepas ni aku dah tahu nak request macam mana. Air Iced Coppucino CIk Dee pulak didatangkan dengan syrup sendiri jadi tak susah nak kawal kemanisan. Kemanisan ni atas orang lah, aku jenis tak suka manis-manis ni. Bab makanan pulak, tak menghampakan. Kueh Teow Goreng aku memang kena dengan citarasa aku, sebab dia lembap-lembap gitu tak kering sangat. Manakala Nasi Ayam berempah Cik Dee pun sedap tetambah kuah dia dan didatangkan dengan sambal. Aku taknak komen banyak sangat bab rasa sebab semua atas lidah masing-masing. Tapi lidah aku bagi A+ untuk makanan di sini.

Hot Mocha
Kueh Teow Goreng Fika
Nasi Ayam Berempah
Sudah makan kami pun duduk-duduklah dulu sambil ambil-ambil gambar sedikit habuan nak masukkan dalam Instagram. Tak lama kemudian brader waiter datang dan membawakan desert berupa puding jagung kepada kami. Aku tak pasti sama ada memang 'complimentary' atau sebab mereka ingat kami food blogger kes keja ambil gambar dari makanan,minuman sampailah gambar persekitaran. Haha. Apapun 'a small act of kindness' sebegini membuatkan customer rasa dihargai. Aku hairan kenapa tauke-tauke lain taknak pentingkan benda-benda kecil macam ni. Aku sempat juga ke toilet cafe ni dan memang bersih. Aku rasa macam aku terperasan satu ruang sembahyang. Apapun aku sangat suka kalau tengok anak muda yang berpegang pada tali agama. Sekali sekala terbabas tuh biasalah kan. Lagipun kat rak buku sebelah aku tadi pun aku perasan ada gak buku-buku agama. 

Puding Jagung
Selesai makan kami pun bayar di kaunter sambil sembang dengan brader cashier. Sayang tak sempat bersembang dengan owner kedai untuk menyatakan rasa puas hati dengan service dan taste makanan. Tapi brader cashier adalah tunjuk ownernya yang tengah bersembang diluar. Muda lagi. Pasangan suami isteri. Apapun aku berbangga tengok orang melayu dapat buka kedai kopi yang "class" sebegini. Tapi kalau dapat lokasi yang lebih strategik mesti lagi cun. Ada lagi satu Kopitiam melayu yang sempoi di Shah Alam iaitu Old Malaya Kopitiam tapi dah banyak review so boleh lah google tengok.

Total harga makanan kami :-
Kueh Teow Goreng               RM8.90
Upgrade Hot Coffee              RM2.00
Nasi Kukus Ayam Berempah RM 8.90
Upgrade Iced Coffee             RM 3.00
Total                                    RM 22.80

Tiada servis charge merapu, tiada tax...

P/s : Lepas makan kami pun pusing kereta di banggunan sekeliling dan dapat lihat beberapa kedai makan, kedai repair kereta, kedai handset yang mana milik bumiputera kita. 





Share:

3 Rangsangan:

Unknown said...

Hi, Terima Kasih Diatas Review Anda.. Kami Sangat Menghargainya.. -Via Fika Cafe-

;)

Anep said...

Via Fika
no prob..u guys deserve a positive review..!

Anonymous said...

Cafe ni dkt dgn kedai ustaz kan! Ada masa kami nk try singgah ;)