Taktala rakan-rakan sebaya aku yang lain sibuk mengumpul aset, aku pulak diusia begini sibuk mengumpul tiket kapal terbang. Pantang aja ada sale, aku sapu. Bukan sikit sapu-sapuan aku, sampaikan padat kalendar hujung minggu sehingga bulan Ogos ni. Semuanya dek kerana nak bertemu Cik Dee yang berada di Kelompo. Mula-mula aku agak teruja dengan life sebegini. Weekdays stay di Perlis yang tenang manakala weekend 'enjoy' di Kelompo yang penuh dengan segala macam hiruk pikuk.
Namun masuk 4 bulan kehidupan separa nomad ni, hati dan badan pun dah mula mengeluh. Kalaulah ada airport di Perlis ni, mungkin aku tak terasa sangat keletihan ni. Tapi disebabkan perlu naik di Alor Setar, kena pandu pulak sejam perjalanan sebelum kena menunggu hampir sejam di airport sebelum melalui penerbangan selama 45 minit pula kemudian tuh membuatkan tubuh muda aku pun boleh lesu. Kekadang aku fikir samada aku sebenarnya letih berulang alik atau sebenarnya aku bosan dengan life berjauhan ni. Bukan apa, duduk Kelompo pun aku dah tak tahu nak kemana. Nak buat aktiviti apa. Nak berjalan sentiasa tuh semua memakan kos. Belanjawan aku lebih dari separuh dah habis di jalanan aja. Seingat aku paling lama kami tak berjumpa 3minggu. Selalunya selang seminggu.
Dalam merenung nasib sebegini, Allah dah pertemukan aku dengan beberapa lagi rakan yang senasib. Ekceli tuh baru rakan, berjuta lagi yang senasib dengan aku sebenarnya. Contohnya brader indon dan bangla yang terpaksa bertahun tahun berjauhan dengan anak bini semata nak cari rezeki di sin. Aku jauh-jauh pun hampir setiap weekend mampu jumpa. Mereka ? Nak pandang lagi dekat, aku pandang pada sorang dua member aku yang menyambungkan pelajaran di Perlis namun dalam masa sama bini bekerja di Kelompo. Mereka lagi lah, dengan bajet limited tak boleh turun selalu jumpa bini. Aku habis rindu sangat terus aja sambar tiket dan terbang.
Alhamdulillah. Bila terfikir benda begini aku mula la insaf dan bersyukur balik walau kekadang gambaran indahnya hidup kalau dapat tinggal sekali.. Bangun pagi aja bini sediakan sarapan, tension kerja balik rumah bini ada untuk dengar aku bebel. Tapi aku masih fikir positif, mungkin ada hikmah. Mungkin kalau hari-hari jumpa aku akan jemu. Mungkin kalau dekat pakai tak merasa aku nak melepak Kelompo selalu. Mungkin kalau dekat aku pon kena dibebelkan selalu. Yang paling penting, 20tahun lebih hidup takda bini ok aja kan. Hahaha.
0 Rangsangan:
Post a Comment