Petang tadi
aku ke Wang Kelian yang terkenal dengan laluan berbukit dan pemandangan yang
menarik. Dulu2 aku selalu kesana dengan gf/tunang (sekarang bini) untuk layan
view, tapi dah sekarang berjauhan, maka aku redah saja sorang2.
Tujuan ke
sana sekadar nak mencuba kamera ala2 GoPro iaitu SNJ4000 yang baru dibeli adik
aku. Ada projek video aku nak buat dimasa depan, jadi saja la nak menge”test”
serba sedikit.
Setiba
disana, aku pon layan satu lap laluan berliku-liku sebelum berhenti ditepi
jalan untuk ambil gambar view dari “look out point”. Untuk ke “look out point”
ni, aku kena berjalan sebab kereta aku agak lowered, tak lepas nak naik ikut
laluan kecil dan curam tuh. Jadi aku hanya park dibawah sebelum berjalan ke sana.
Tak jauh pun, dalam 100meter.
view dari "lookout point" |
Sudah ambik
video dan gambar serba sedikit, aku pun turun semula ke kereta. Waktu tuh aku
perasan ada sebiji Myvi model baru kaler ungu gelap tengah park beberapa meter
dari kereta aku. Tanpa sebarang syak was sangka aku terus beredar.Sambil drive kereta menuruni bukit Wang Kelian, aku
sambung rakam video. Bahaya jugak rakam video sambil belok membelok ni. Kekadang
mata lebih ke skrin kamera dari ke jalan.
Sampai saja
dilaluan mendatar, aku perasan yang Myvi
tadi berada dibelakang aku sambil memberi lampu tinggi beberapa kali. Aku waktu
ni terfikir apahal pulak kereta belakang ni. Sambil berfikir samada aku tertinggal
sesuatu di parking atau mungkin dia nak memotong gamaknya, maka aku pun
perlahankan kenderaan. Waktu tuh tingkap kereta aku memang dalam keadaan turun.
Kereta myvi yang dari tadi dibelakang terus memotong dengan perlahan sebelum
drivernya menurunkan tingkap dan mengarahkan aku berhenti. Dalam kereta myvi tuh ada sorang ja, drivernya yang berusia
dalam lingkungan lewat 20an atau awal 30an.
nampak myvi kat belakang tuh ..? |
Aku waktu
ni dah tertanya-tanya dalam hati apa hal ni. Pemikiran negative dan positif
datang bercampur2. Aku ni pun satu, dalam situasi macam ni masih berfikiran nak
menolong orang sebab menyangka mungkin ada kecemasan atau dia perlukan bantuan.
Lagipun dia sorang dan muka pun skema ja
aku tengok. Takda rupa perompak.Maka aku pun berhenti ke tepi. Kereta Myvi
tersebut berhenti dibelakang.
tempat aku berhenti |
Kebetulan
dalam kereta aku dah memang ada standby pepper spray, aku pon masukkan aja
menda alah tuh dalam poket seluar buat langkah berjaga sebelum turun dari
kereta.
Brader
tersebut dah keluar berdiri dibelakang kereta aku. Sewaktu melangkah aku
perasan dikeretanya ada tertera sticker Polis. Tapi part sticker Polis atau
mana2 jabatan penguatkuasa ni bukan boleh pakai sangat. Senang ja nak beli. Rm4
dah boleh dapat.
Brader tuh pun bertanya “number kereta ni
register atas nama siapa ya? “
“ saya..
kenapa?” aku menjawab.
“saya
periksa tadi, number ni diregisterkan atas kereta model Honda Accord”
Aku pon tak
tau nak bagi respon apa sebelum terus bertanya “ Encik ni siapa ?”
“saya polis….”
Jawab brader tuh.
“kalau ya
polis..tunjuk la kad kuasa saya nak tengok” aku pun praktikan apa yang selama
ni aku baca di internet, bab kalau ditahan mereka yang berpakaian awam.
‘Polis’
tersebut pun mengeluarkan dompetnya lalu menunjukkan satu kad dengan pantas.
Serius laju. Macam pertunjukkan magic.
Aku waktu
ni tak tahu samada nak gelak atau takut. Aku pon kata “ apasal laju sangat
tunjuk..bok mai sini saya nak tengok betul2..”
‘Polis’ tersebut
yang kelihatan macam sama2 kaget seperti aku terus simpan dompet dan cakap “mana
boleh saya bagi orang pegang kad saya”
Aku yang
dah rasa semacam waktu ni, berkata “ sekarang kalau ada apa apa hal, jom kita
ke balai terdekat.saya boleh cerita sana”
‘Polis’ tuh
tak bagi respon tapi mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menelefon seseorang. Aku pun tak nak ambil risiko memandangkan
jalan tuh kiri kanan hutan getah, kenderaan pun tak banyak lalu. Jadi terus
kata “jom balai…” sekali lagi sebelum bergerak menuju ke kereta. Saat ni suspen
jugak sebab kalau penjenayah, mungkin time ni akan berlaku pergerakan mengejut. Aku pun
ready-ready ajalah nak capai apa patut. Tapi nasib baik aku tengok ‘Polis’ tuh
masih ditelefon tanpa sebarang reaksi nak kejar atau apa2. Aku yang dah masuk
kereta terus blah sambil pandang rear view mirror.
Alhamdulillah
tiada apa yang berlaku Cuma sampai sekarang aku tertanya tanya apa motif brader
tuh memberhentikan aku. Nak kata nak merompak, takda gaya. Muka pun skema. Dia
sorang pulak tuh. Nak kata Polis, kenapa dia tak berani nak tunjuk kad kuasa
dia betul-betul ? dan kalau betul nak periksa aku, kenapa dia taknak ke balai
seperti aku cadang? Aku pun tak tahu cuma bersyukur tiada perkara buruk
berlaku.
Disini berdasarkan
pengalaman yang aku lalui, aku nak listkan “Do” dan “Don’t” jika anda berdepan
dalam situasi yang sama. Mungkin sedikit info ini berguna untuk saat-saat
mencemaskan begini kerana kita tak tahu mungkin satu hari perkara yang kita
baca diakhbar boleh berlaku pada kita pula.
Don’t
|
Do
|
·
JANGAN BERHENTI jika diarahkan orang tak dikenali walau apa jua
alasan. Pandu terus. Kalau masih didesak, terus ke Balai Polis berdekatan.
Aku tak syorkan sangat berhenti walaupun ditempat ramai orang sebab sekarang
tempat ramai orang pun penjenayah berani beraksi
·
Jangan biarkan kenderaan anda dihalang. Biar dia park belakang. Apa2
hal senang nak beredar
·
Jangan matikan enjin kereta
|
·
Aku syorkan simpan la sesuatu dalam kereta sebagai langkah berjaga
samada pepper spray atau apa2 terutamanya perempuan.
·
Mintak kad kuasa kalau mengaku pasukan beruniform.
· Ambil
no plat kereta tersebut (aku tak sempat langsung hafal sebab focus ke lain)
|
0 Rangsangan:
Post a Comment