Viper Challenge 2014

Sunday, November 02, 2014

Kalau disebut Viper Challenge, mesti tak ramai yang sedar akan kewujudan event cabaran berhalangan yang diadakan di Litar Sepang (SIC) ini. Sebab tu kalau ditanya kemana aku pergi pada suatu sabtu, aku akan jawab pergi marathon jek. Viper Challenge atau dalam bahasa Melayunya Cabaran Viper menyajikan 20km perjalanan yang perlu ditempuhi peserta dan dalam perjalanan itu pula terdapat 20 halangan yang perlu ditempuhi. Acara ini diadakan selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad dan peserta dilepaskan secara berkala. Jadi boleh pilih nak pergi hari apa dan starting time pukul berapa.

Dianjurkan kali pertama pada tahun lepas, aku yang terjumpa tentang acara ni di internet pun terus sesaja cabar rakan sindiket aktiviti lasak aku, Syazana a.k.a Tokta. Gaya aku sebut serupa dia ni power kan, padahal lembik aja orangnya. Cuma yang powernya dia ni, kalau ajak ke mana-mana aktiviti lasak dia on aja. Itu yang aku respek.

Pada edisi pertama Viper tahun lepas, kami memula agak cuak jugak bila terjumpa page-page FB, twitter, instagram bakal-bakal peserta lain yang tampak prepare serupa nak pergi perang. Siap ada yang join boot camp semata-mata nak redah Viper. Kami punya preparation sekadar panjat Broga ja.Huhu. Tapi Alhamdulillah lepas dengan selamat juga semua cabaran. Cuma dalam acara 2013 aku lebih terasa seperti tahanan perang instead of peserta cabaran berbayar sebab semua peserta dehydrated kerana penganjur menyediakan lebih kurang 4 water station sahaja yang bermakna peserta terpaksa menapak 5 km dalam panas terik untuk jumpa next water station. Memang aku pasti ramai yang maki tahun lepas.

Pada tahun ni, aku join bersama partner yang sama meredah Viper Challenge 2014. Beberapa minggu awal aku dah terima email dari penganjur yang setiap peserta perlu tiba 2jam lebih awal sebelum masa pendaftaran bermakna dalam kes kami yang start pukul 8.20 ni, pukul 6.20 dah kena terpacak sana. Jadi agak2 pukul berapa nak keluar? Nasib baik juga Tokta bukan main kata kat aku suruh rileks aja, yang ternyata benar, takda masalah pun register 30 minit sebelum acara bermula. Aku rasa mungkin semakin dimamah usia aku jadi makin takut nak langgar bab2 rules and regulations ni..huhu

Tapi bak nasihat cikgu-cikgu disekolah, datang lah awal untuk elak masalah dan ternyata sewaktu kami baru sibuk nak check in bag kat tempat penyimpanan, MC diimport dari afrika dah start countdown untuk melepaskan peserta sesi 8.20am. Walaupun bukan kami sahaja yang jenis perangai last minute macam ni, namun tahun ni terlepaslah untuk dilepaskan beramai-ramai, so kami start 5 minit lewat dimana semasa lalu entrance start pun tak meriah. Adeh.

Aku perasan untuk acara tahun ni pengajur telah belajar dari kesilapan lampau dimana water booth telah diwujudkan untuk setiap 2km dan kali ni mereka menyediakan air mineral serta siap kasi 7up revive dengan cukup. Tak macam tahun lepas, minum dari tangki air SYABAS aja. Hampeh. Halangan - halangan tahun ini juga 70 % adalah baru dan sesetengah tuh diubahsuai dari halangan lama jadi untuk next Viper tak boleh nak expect halangan yang sama lagi. 

Bagi aku semua halangan aku boleh buat dengan sendiri walaupun dalam event-event sebegini lebih menerapkan teamwork. Ya lah, macam mana nak teamwork sebab aku team pun berdua, dan banyak juga halangan yang partner aku Tokta skip. Jadi selagi boleh redah sendiri, aku buat aja halangan secara sendiri. 

Dalam kesemua halangan, terdapat satu halangan bernama "define gravity" yang memang tak logik nak buat sendiri. Dah nama halangan pun dah macam nak suruh lawan hukum logik kan? Yang Tokta dah awal-awal macam biasa duduk tenggek di tepi untuk skip aktiviti tersebut. Halangan define gravity ni adalah halangan dinding tegak setinggi 4m. Kalau boleh ambil lajak mungkin aku boleh cuba sendiri tapi ni tak, saja ja diwujudkan longkang sebelum dinding tuh. Jadi memang tiada pilihan lain melainkan kena memasing bekerjasama bantu tolak ka, angkat ka, pijak bahu ka, untuk sesorang lepas dinding tuh. Jadi nak tak nak aku terpaksa minta tolong orang. 

Dalam 5-6 group yang berkumpul tengah bekerjasama nak hadapi dinding tegak setinggi 4 meter ni, aku spot satu group 2 indian dan 2 chinese ni yang tengah bekerjasama hadapi halangan tersebut. Jadi dengan slumber aku pun approach mereka dan cakap aku nak join sebab takda partner dan impossible untuk buat sorang. Aku tengok diaorang pun macam layan tak layan aja aku.

Untuk halangan ni bukan sekadar kena pijak bahu 2 orang yang tengah menyandar, tetapi perlu juga ada pertolongan dari atas untuk tolong tarik naik. Memang perlu kerjasama.Aku sebagai penumpang dalam group diaorang tuh pun takkanlah nak mintak turn awal2 kan, jadi aku tolonglah dulu orang lain naik bagi lepas termasuk sorang india gedabak besar ni. Akhir sekali tinggal aku dengan sorang India dari group mereka ni aja dibawah. India kat bawah ni pun berbadan besar, so kalau aku pijak bahu dia sorang pun dah boleh lepas, lagipun awal2 tadi dia dah cakap dia macam mustahil nak lepas cabaran ni. Belum sempat aku nak cakap apa-apa, India ni terus blah skip cabaran tuh tinggal aku sesorang terkontang kanting. WTF! Selepas aku tolong group mereka siap bagi india bapak besar pijak bahu aku, diaorang blah macam tuh aja. Aku memang speechless.

Lebih kurang macam ni cabarannya. - http://www.townofcary.org/
Aku taknak judge dalam point racism cuma the first thing yang buat aku target group mereka adalah kerana aku nampak group diaorang ni 2 chinese 2 indian so mereka mesti lebih ok bab toleransi kaum dari group purely chinese lagi 4 disebelah tuh. Aku taknak mengalah dan skip cabaran ni jadi aku tunggu aja lah depan dinding besar tuh sambil usha kiri kanan. 

Dalam mencari target seterusnya datang sorang brader ni sapa aku yang rupanya dia pun solo takda partner nak lepasi halangan ni. Tapi sekadar kami berdua pun mustahil nak lepas. Kalau lepas pun mungkin aku sorang dan takkan aku nak blah tinggal dia pulak kan. Haha. Nasib baik lah tak lama kemudian datang satu group bebudak lelaki melayu 4-5 orang yang datang nak buat cabaran. Jadi mereka pun dengan ok-nya tolong kami berdua melepasi halangan tersebut. Aku pun tak lah blah terus, lepas dah sampai atas aku tarik lah mereka naik pulak. 

Cuma apa yang aku nampak dalam acara sebegini yang mengumpulkan pelbagai bangsa dan warna kulit, masing-masing hanya bergaul sesama bangsa sendiri, berjalan serta buat hal pun sesama bangsa sendiri dan hadapi halangan pun sesama bangsa sendiri. Ada juga yang groupnya multiracial tapi boleh kira dengan jari dan aku tak nafikan aku nampak ada juga yang berlainan bangsa bantu sesama rakyat Malaysia tapi itu semua tak se'obvious' jurang antara kaum yang kelihatan dalam acara ini dan dalam masyarakat kita secara am-nya. 

In the end kami berdua berjaya hadapi cabaran selepas 6 jam menempuh halangan. Dan pada edisi tahun ini juga aku nampak halangan terbesar selain fizikal dan mental adalah cabaran kepada kasut peserta kerana untuk edisi tahun ini peserta lebih banyak bergelumang dengan lumpur dan tanah merah berbanding tahun lepas yang lebih banyak atas main tar. Jadi banyaklah tapak-tapak kasut yang kelihatan disepanjang perjalanan disamping pemandangan peserta terpaksa berjalan dengan stokin sahaja. Aku takleh bayang macam mana nak tamatkan dengan stokin aja. Dan akhirnya aku spot brader yang bailed on me tadi dah terduduk sebelah Ambulans. Haha. Tahniah pada mereka yang berjaya. Apapun, See u next year Viper.

see you this March!


TIPS FOR VIPER CHALLENGE 
  • More focus on your legs training since 80% of overall challenges come from grueling 20 KM walk. Do a lot of jogging/ walking/ climbing / squat etc
  • Train your arm because mostly the obstacles need you have a strong arm to pull yourself up. Do a lot of chin up / pull up etc 
  • Even though Organizer's website has stated not to wear your favorite shoes since it gonna rip off bla bla, that doesn't mean you need to wear your nearly torn out shoes. I've used the same shoes for both Viper and it still survive till now. I'm sure walking barefoot in the day of the event is not fun. So wear a good sport shoes! 
  • Help each other even though they're not from your group. That's all this event about. If you just want to have fun with your teammate, perhaps private boot camp is a better choice.

You Might Also Like

4 Rangsangan

Flickr Images