Jam menunjukkan pukul 6 pagi waktu Cambodia ( 7 pagi waktu MY) sewaktu AJ tersengih sengih kejut aku sambil bukak langsir bilik. Haruuussss. Matahari sudah pun warming up diufuk timur. Maka bak kata pepatah "barang yang lepas usah dikenang", kami pun terus turun ke lobi untuk pekena sarapan yang disediakan tanpa rasa kecewa. Sarapan di Tanei Guesthouse ini disediakan dalam bentuk set. 5 jenis set kesemuanya. Aku memilih set no.5 iaitu cornflaskes, Coffee, Jus buah dan buah-buahan manakala AJ memilih set no.3 iaitu pancake, roti croissant,coffee dan jus buah. Lepas la sekadar alas perut.
Selesai makan,kami pun pecut mandi dan bersiap untuk ke Angkor Wat sebelum terik mentari menjengah bumi Siem Reap. Maklumlah kami berbasikal. Jarak Tanei Guest house dengan Angkor Wat lebih kurang 10km. Jauh? aku pun hairan. Kalau duduk Malaysia, berbasikal 10km rasa jauh gila, tapi bila di tempat orang, semua jadi rajin. Mungkin kerana setiap km yang kita lalui akan menyajikan pemandangan yang berlainan dari tanah air kita.
|
Manusia nampak ramai, tapi servis memang laju. Haaa.tuh tuktuk Cambodia baq hang! |
Pukul 8.30 pagi, kami pun terpacak beratur beli tiket nak masuk Angkor Wat. Tiket atau pas ini dijual dalam bentuk per day($20), 3days pass ($40) atau 1week pass ($60). Bagi mereka yang bayang Angkor wat just sekadar satu monumen kuil (macam aku sebelum traveling ni), mesti nampak macam mahal aja $20 @ RM60 hanya untuk tengok sebuah kuil purba. Ekceli tuan puan sekalian, Angkor wat ni hanya satu daripada berpuluh - puluh kuil purba yang wujud di sekitar kawasan tuh. Tapi disebabkan Angkor wat paling besar dan komersil, maka ia lebih menonjol. Klik map di bawah untuk lebih pemahaman.
|
Banyak lagi kuil bersepah di sekeliling. |
Walaupun manusia nampak ramai time nak beli tiket ni, tapi tak lama mana pun nak tunggu sebab banyak kaunter yang dibuka. So dalam 20 minit kami dah sambung kayuh basikal menuju ke Angkor wat. Nak tahu mana satu Angkor Wat tak susah, selain signboard, tengok sahaja mana tempat yang paling meriah disitu lah Angkor Wat. Time nak parking basikal, kami pun tercari - cari port nak park depan Angkor sebelum seorang budak perempuan khmer berusia awal 20-an menjerit - jerit "park here !!!. inside...inside... " sambil menunjukkan kawasan orang letak basikal. Tapi aku dapat merasakan ada udang disebalik batu dengan keprihatinan yang ditunjukkan budak perempuan tersebut lalu buat tak tahu dan parking depan sikit di satu kawasan yang orang lain pun ada park basikal. Lepas menongkat Fiona aku dengan kukuh, tiba - tiba budak perempuan khmer itu mendekati aku manakala AJ pula didatangi seorang remaja lelaki. Budak perempuan tuh pun cakap, "You park here..you must buy water.." . Aku pun terfikir, apa pasal park sini kena beli air pulak.Kalau suruh bayar duit parking kot iya. So aku pun dapat rasa ni taktik peniaga air di depan Angkor nak pow penunggang basikal sengkek macam kami. AJ yang tak nak menegangkan suasana pun beli lah air coke light. Dan yang lagi gila, Coke setin yang $1 kat pekan dah up sini jadi $2. Wtf! setin rm6. Budak perempuan tuh masih memaksa aku beli sambil kata " 2 bicycles 2 water" . Kalau kat Malaysia nak ja aku lempang budak ni. Dah habis bengang, aku pun cakap "noo..i dont want to buy! I will ask tourist police over there to see whether it's necessary or not to buy a drink for a parking " sambil tunjuk kat brader polis yang melepak depan jambatan nak ke Angkor. Dengan nada bebal, budak pompuan tuh pon blah sambil cakap "ok..ask him!" sambil menutup mukhadimah dengan berkata " i will scratch your bike! ". Perghh!!! menyirap darah naik kepala aku tapi malas nak tunjuk, aku dan AJ pun belah dengan setin Coke rm6.Tak nak membiarkan peristiwa tadi menjejaskan mood lawatan, aku pun menikmati hasil binaan Angkor sambil berdoa dijauhkan musibah. Kalau dipancitkan tayar basikal aku naya jugak nak menolak.Huhu.
|
Ni lah port tourist berebut nak ambil gambar sunrise Angkor Wat |
|
Sebelum sampai Angkot Wat anda akan jumpa dua monumen macam ni kiri dan kanan jalan .
Tak silap ni dulu library awam. Berapa kadar bayaran sewaan buku aku tak pasti lak. |
Sebelum nak lalu jambatan menuju Angkor Wat ni, akan ada ramai orang-orang local yang offer untuk jadi tourist guide. Ada yang official sebab aku tengkok pakai vest seragam dan ada jugak yang freelance atau barang kali buat - buat tahu.Hahaha. Ya lah, kalau dia tipu goreng cerita dongeng purbakala pun kita mana tau. Di sebabkan kami sengkek dan malas nak ada orang follow, kami pun men'guide'kan diri sendiri.
|
Ukiran ini semua melambangkan satu jalan cerita "Peristiwa Semalam" di zaman dahulu kala. |
Part yang rugi kalau takda tourist guide ialah anda hanya nampak ukiran gambar di dinding Angkor wat dan juga wat - wat yang lain just sekadar gambar tanpa paham jalan cerita. Berdasarkan curi - curi dengar tourist guide upahan orang lain, gambar - gambar ni menceritakan peristiwa yang berlaku pada zaman pemerintahan seseorang raja,Macam gambar kat atas ni kisah mereka berperang. Tuh ja yang aku tahu sebab tourist guide tuh buat - buat slow volume bila kami lalu.Hahaha. Satu lagi alternatif untuk paham tanpa guna tourist guide adalah dengan membeli buku Angkor Wat yang dijual disini. Tebal jugak lah aku tengok. Mau 5 hari baru nak habis baca, bila masa nak melawat.
|
Angkor Wat di satu sudut |
Memandangkan Angkor ni kuil Buddha, maka banyak upacara agama Buddha masih dijalankan disini. Tok sami di sini turut meng"offer"kan colok untuk sembah patung buddha lama.Mungkin ibarat solat sunat Tahiyatul Masjid gamaknya. Aku pun di "offer" tapi aku menolak dengan cara baik. Tengok mat saleh ada aja yang layan tunduk2 dengan colok berasap. Dah nama pun bekas kuil, maka patung patung buddha pun banyaklah di kiri kanan koridor jalan. Sebenarnya tak semua patung disini origanal kerana setelah sekian lama sebelum kawasan ni dikomersilkan, memacam jenis manusia dah jarah tempat ni. Selain itu, banyak juga patung yang berkeadaan tak sempurna kerana faktor pertukaran agama mengikut Raja yang memerintah. Ada time orang Angkor anut Buddha dan ada masa anut agama Hindu. So bila agama lain memerintah, mereka akan cuba buang unsur-unsur agama yang lagi satu.
|
Mat Saleh berpusu pusu mintak di jampi Tok Sami. Aku pasti mereka tak paham sepatah haram apa Tok sami ni baca.
|
|
Dialog hanyalah imaginasi penulis. |
Lebih sajam meneliti kesenian hasil kerja tangan orang Khmer di Angkor Wat, kami pun beredar ke Kuil seterusnya. Nak ke kuil seterusnya kena naik basikal sebab agak tak logik nak berjalan kaki dan tourist lain pun sesetengahnya menyewa perkhidmatan tuktuk untuk pusing kawasan ni. Memula nak ambil basikal, risau jugak kot2 budak penjual air tadi dah sabotaj potong tali brek ka letak ular senduk dalam bakul depan basikal, tapi Alhamdulillah, berkat doa, Fiona kelihatan masih utuh dan teguh tanpa kesan usikan. Kami pun memulakan kayuhan seterusnya ke Angkor Tom, kuil kedua pemes selepas Angkor Wat yang terletak kira-kira 3km di utara. Angkor Tom merupakan kawasan kuil terakhir Dinasti Angkor dan terdapat 4 pintu gerbang untuk masuk ke kawasan Angkor Tom dan dalam perkarangan Angkor Tom terletaknya kuil Bayon.
|
South gate. Salah satu pintu gerbang untuk masuk kawasan Angkor Tom. |
Sampai sahaja Bayon, aku ajak AJ berkhelah dahulu pekena roti taruk tuna yang di import khas dari Malaysia.Bateri aku memang dah low namun AJ kelihatan masih gagah perkasa ibarat pahlawan khmer yang tak berisi.Kahkahkah.
|
Bayon.Pusat pemerintahan Angkor Tom. |
|
Ni simbol Bayon,patung kepala berwajah empat, yang banyak tertera di poskad
dan hasil2 seni melambangkan kebudayaan Cambodia, |
Memandangkan kami self guided gitu, maka hanya sekadar melihat lihat sekeliling sebelum beredar. Ekceli kalau di guide, kita akan tahu mana kuil berunsur Buddha mana kuil berunsur Hindu. Lokasi seterusnya ialah Kuil Preah Khan yang terletak 3km dari Bayon. Mula - mula bersemangat aja kayuh namun pelan - pelan AJ dah mula merungut macam budak-budak sekolah tentang betapa malas dan penatnya beliau. Maka untuk mereleasekan sedikit kepenatan, aku ajak AJ berhenti mengeteh dahulu di gerai - gerai kecil depan Preah Prihtu. Di setiap kuil yang selalu dikunjungi pelancong, akan ada gerai - gerai kecil menjual minuman dan makanan, dan part yang aku paling tak suka ialah orang - orang meniaga ni akan kejar pelancong atau pengayuh basikal macam kami sambil offer makan dan minum.Offer diaorang ni adalah dalam keadaaan mendesak desak.Tuh yang aku malas. Sehinggakan kami terpaksa mengayuh laju - laju ibarat dikejar Zombie sebelum melabuhkan tongkat basikal di gerai paling hujung dan agak tak chill. Tuh pun promoter gerai makan yang 200 meter jauhnya dari situ still datang offer makanan.Hadoi. Aku pun bila dah malas layan just cakap " we only eat Halal food" ... boleh pulak budak tuh buat muka mata keatas sambil mulut kumat kamit cakap khmer. Waaa...memang kena banyak bersabar.
Time ni kami duduk berbincang samada hendak diteruskan perjalanan ke Preah Khan dan melewati setiap kuil dalam map yang mana akan memakan jarak 22km sebelum berjumpa Angkor wat semula atau Plan B sekadar berpatah balik melawat Prasat Tha Prom (tempat Angelina Jolie berlakon Tomb Rider) dan belah yang hanya memakan jarak 10km sahaja. Aku pun pujuklah si AJ ni cakap entah bila lagi kita nak melawat Angkor ni dan time tuh kalau datang pun aku dah naik van sewa dengan anak bini dan tak muat nak bawak AJ. Dia pun mula ok sikit tapi ajak tinggal basikal disitu dan sewa tuktuk. Sekali lagi aku kena pujuk dan menyemarakkan semangat juang AJ dengan memberi janji palsu iaitu kami ke Preah Khan yang lagi 3km dan kalau tak larat kami patah balik dan kalau rasa tak jauh, kami akan teruskan Plan A.Maka berputar semula roda Fiona dan Jack (baru bagi nama) menuju destinasi yang diarahkan tuan sewaannya.
|
Batu penanda jarak. Untuk mengelakkan kejatuhan moral AJ,
aku kena buat buat sembang setiap kali melintasi batu ni. Itu permainan dia. |
Setelah bercurahan peluh, kami pun sampai ke Preah Khan dan aku pun mula memainkan permain psycho sekali lagi untuk pujuk AJ habiskan satu lap Angkor ni. Kali ni kami just melewati kuil istead of melawat sebab berdasarkan perkiraan jam, memang tak sempat nak tengok semua.Maka kami menuju pula ke next kuil iaitu prasat krol ko.
|
Antara pemandangan kawasan yang dilalui |
Lepas prasat krol ko, kami lalu pulak Ta Som, kemudian Mebon, Pre rup , Srang srang dan akhirnya tiba juga di Ta Prom pada pukul 4.30 petang waktu tempatan. Orang pun dah tak berapa nak meriah memandangkan hari dah petang dan mungkin ramai dah stand by nak tengok sunset di Angkor wat pada pukul 6.
|
Kuil Ta Phrom, pemes sebab pilem Tomb Rider lakonan Angelina Jolie selain pokok- pokok yang maha
besar berakar di dinding kuil. Kelihatan pelancong2 dari Jepun tengah buat acara pertandingan melukis. |
Kuil Ta Phrom ni sekarang dalam proses baik pulih yang di sponsor kerajaan India (mungkin kerana faktor sejarah agama hindu ) memandangkan banyak binaan yang dah runtuh dan tak kukuh. Selain ada yang musnah dek kerana akar pokok membesar seolah menelan binaan tersebut.Tedia ayat.Untuk lebih gambar sebagai pemahaman anda semua boleh lah google gambar Ta Phrom ni sebab aku nak upload semua gambar pun buat menyemak blog aja nanti.
|
Recommended. Worth every penny. Abaikan bulu kaki yang seksi dan mengiurkan
serta jari kaki kanak - kanak ipoh di sebelah |
Setelah puas amik feel ala- ala Tomb Rider, maka kami pun move our ass keluar menuju basikal yang di parking diluar. Time kami keluar ni, pelancong dah memang lengang. Maka habislah semua bebudak jual poskad dan segala macam barang menyerbu aku sambil promote hasil jualan masing-masing. Yang hairannya, AJ tak pulak mereka serbu. Mungkin kerana gua lebih hensem dan kelihatan kurang sengkek dari AJ yang berselipar Jepun dan muka tak cukup makan. Penat jugak nak menolak offer bebudak berniaga ni.Kesian pun kesian, tapi abang ni penganggur adik-adik oi.Adik-adik atleast ada pekerjaan.Huhu.Kami kemudian meneruskan kayuhan ke Angkor Wat semula untuk mengejar sunset.
|
Pintu belakang Angkor Wat. Mungkin pintu bebudak Sami Angkor dulu tuang mengaji.kehkeh. |
Dalam sesat dan kesesatan, kami pun tiba di pintu belakang Angkor Wat. Tapi aku tak pasti samada kami dah terlewat matahari dah terbenam or matahari tak nampak ka hapa sebab aku tak perasan mana matahari.Gambar di atas nampak terang sebab adjust ISO, sebenarnya dah maghrib. Tengok jam pun dah pukul 6am waktu tempatan dan tak lama lagi dah nak masuk waktu Maghrib. Kalau ikut plan waktu ni kami patut dah melepak makan di Restoran D'Wau dan aku bajet nak jamak zuhur/asar disana.Memandangkan dah tak sempat, terpaksa jugaklah aku cari port untuk nak sembanyang. Kami menyusuri dinding tembok Angkor wat untuk ke pintu utama dan kebetulan disitu ada tandas awam berhadapan sebuah wat moden di mana sami-sami muda kelihatan melepak. Aku ambil kesempatan disitu untuk ambil wudhu. Terasa macam nak jugak mintak tumpang sembahyang di area lapang bersimen depan wat tuh tapi malas pula kalau perlu berdebat panjang maka kami bergerak menyusuri lalui tepi tembok Angkor sebelum aku jumpa satu sudut bawah pokok untuk sembahyang. Time dok hampar kain selendang untuk dibuat sejadah, seorang sami muda ni tiba-tiba lalu di celah pokok pisang kira-kira 100 meter dari aku dan kelihatan brader tuh mengendap2 tengok apa aku tengah buat.Aiseh.Dah terbayang babak pertarungan filem shaolin dalam fikiran ni tapi aku buat tak endah sahaja dan meneruskan sembahyang. Kita buat benda baik, buat apa nak takut. Sungguh kerdil rasa bila sembahyang di kelilingi banggunan purba dan pokok - pokok besar.
Selesai sembahyang, kami melewati pintu depan Angkor Wat sambil mengikut pelancong lain yang kian beransur pulang. Time ni aku terbayang macam mana keadaan sekeliling di era kegemilangan mereka. Time tuh orang-orang berpakaian tradisional khmer mesti bersepah berjalan di sekitar Angkor Wat ni sambil memikirkan masalah duniawi dikala zaman tersebut. Sayangnya, empayar ini tidak lagi di warisi oleh kerajaan moden mereka sekarang. Terbayang juga macam mana keadaan di Tanah Melayu pada masa tersebut dan mengapa orang - orang Melayu di Tanah Melayu tidak punya tinggalan monumen yang agung seperti ini.
Seriously pengalaman mengayuh basikal yang totalnya lebih kurang 35km didalam kawasan bersejarah Angkor wat ini sungguh memberi kesan. Terasa puas bila dapat tawaf kesemua kawasan tersebut dengan keringat sendiri selain drama - drama tayar basikal AJ kurang angin, perasaan down AJ dan segalanya yang negatif dari AJ.Haha.Atlast AJ berterima kasih pada aku sebab push dia sampai tamat tawaf dan merasai sendiri pemandangan sekitar yang awesome instead ikut plan B yang bagi aku sesuai untuk golongan veteren dan tak cool. Bagi mereka yang tak cool atau masa tak mengizinkan untuk tawaf semua kuil, aku dan buku-buku tourist guide disini mencadangkan agar anda semua atleast melawat Angkor Wat, Bayon dan Ta Phrom kerana itu adalah wajib untuk mendapat Angkor Mabrur manakala bagi mereka yang cool dan nak berbasikal macam kami buat pulak, aku nasihatkan datang awal pagi time Angkor bukak tuh, baru sempat nak tengok lebih banyak kuil seperti Srang Srang yang tak kurang Awesomenya.
Kenderaan membawa pelancong berpusu - pusu menuju jalan keluar dari kawasan Angkor. Masing masing melepaskan lelah di dalam kenderaan berhawa dingin mereka atau paling kurang dibelakang tuktuk. Bagi rider macam kami, ada lagi 8km kayuhan untuk sampai di pekan Siem Reap.Maka aku dan AJ pun memecut laju pulang memandangkan basikal perlu diserahkan kembali sebelum pukul 8pm.
Bersambung......
8 Rangsangan:
information yang amat berguna.. tak tahu pulak ada public transport dalam merentasi 3 bandar tu.. :D
ada..ada duit semua jalan, xda duit jalan guna kaki macam kami la..haha
yep jalan kaki jer.. betul tu.. macam sy juga :D... hahahahaa...
ang dah level otai musafir dah bro.. hehe
eh saya mana otai... baru jer start travel dalam bebebebebeberapa tahun lepas.. and baru je nak berkongsi pengalaman dekat blog... :D
by the way.. minah mat saleh tu rasa kene chong je ngan orang sami tu hahaha.. :P
Salam bro...buat pengetahuan Angkor Wat semua ni nenek moyang kita Melayu yang membinanya Bro..batu bersurat yang tertulis di angkor wat adalah bahasa Melayu Kuno...Raja raja dinasti Angkor Wat ni adalah Raja Raja Melayu..orang khmer dan orang melayu berkait rapat antara satu sama lain..mereka mengangkat orang melayu sebagai Raja Mereka kerana orang melayu sewaktu itu empayarnya besar empayar Srivijaya sebab tu di Kemboja ada MElayu Champa serpihn tamadun Melayu di indo china...tu belum lagi Kota Purba Empayar Funan di Vietnam..tu pun susur galur Raja Raja Melayu yang membina empayar di vietnam dan susur galur nenek moyang Raja Raja Melayu yang memerintah di Kemboja.
di Kota Purba Funan di vietnam tu pun baru bersurat di kota tersebut adalah tulisan Melayu Kuno...
Menarik juga teori tuh tapi biasalah, dah sejarah S.E.A omputih yang start tulis mungkin banyak benda yang tak disertakan... Apa yang aku leh nampak kaitan bahasa melayu ialah part maksud perkataan KAMPONG di Cambodia yang sama dengan kampung di Malaysia.
Post a Comment