28 February 2013

Peristiwa Sekarang

Minggu ni terasa masa pantas berlalu.. sedar tak sedar dah nak weekend semula yang bermakna kena ke kelas. Sejak sambung Master ni banyak betul assignment setiap minggu, Yang minggu lepas belum siap, minggu ni dapat baru pulak. Aku baru balik dari urusan di Kelompo. Tak sabar nak perabih episod Travelog sebab aku ni jenis lelama tinggal memang malas nak sambung. Tuh yang banyak cerita sebelum-sebelum ni part 1 jadi the only part.Haha... Tengah plan untuk next adventure trip. InshaAllah kalau takda aral melintang time cuti mid term seminggu pada bulan April ni. Adventure domestik sahaja memandangkan bagi aku apa guna pusing dunia kalau tempat sendiri pun tak habis kenal ditambah pulak yang sebenarnya bajet constraint. Hahaha. Yang AJ dah tak sabar ajak aku ke Vietnam pulak. Teringin memang teringin tapi jadual sebagai student turut menjadi batu penghalang.Semoga semua plan kedepan berjalan lancar hendaknya.


Share:

24 February 2013

Siem Reap,Cambodia - Bangkok,Thai Travelog: Part 6

Ni lah rupa bilik dorm yang kami sewa di Asok Montri Hostel dengan kadar 300bhat (rm30) satu malam. Satu bilik menempatkan enam orang. Mula - mula aku bajet nak tinggal di SUK11 Hostel yang dah pernah aku duduk tahun lepas time turun Bangkok namun lepas mengambil kira faktor new experience, faktor partner aku AJ akan balik Malaysia tinggal aku esok dan yang paling penting faktor bajet, maka Asok Montri Hostel menjadi pilihan. AJ booking bilik ni melalui agoda.com untuk memastikan tempat terjamin dan hasil reviews di trip advisor juga menunjukkan ia mendapat rating yang tinggi.Time kami check in masuk tiada kelibat penghuni lain yang mungkin sedah sibuk menjelajah bandaraya Bangkok. Kami pun yang dari pagi tadi hanya makan makanan ringan bagi mengalas perut pun segera bersiap untuk keluar makan.

Asok Montri Hostel terletak tak sampai 100 meter dari shopping complex terminal 21 dan didepan shopping complex tersebut terdapat brader-brader taxi motosikal melepak menanti penumpang. AJ yang baru 2minggu lepas ke Bangkok mengajak aku ke restoran Usman menggunakan khidmat taxi motosikal ni memandangkan jarak yang tak jauh mana. Kami kena charge 40bhat untuk satu hala.

Restoran Usman yang terletak di 259/9 Sukhumvit 22 merupakan restoran Indonesia tetapi menawarkan masakan - masakan Thai. Aku boleh tahu pun sebab tengok ownernya petah berbicara bahasa indonesia dengan sekumpulan pelanggan Indonesia. Baru terasa ada suasana di Malaysia sedikit bila dengar orang cakap bahasa Melayu walaupun versi Indonesia.

Aku order nasi daging berlada manakala AJ nasi goreng dan juga Tom Yam campur. Bil untuk segala makanan diatas adalah 335 bhat. Kena la harga dengan restoran aircond. Setelah kenyang, kami pun pulang semula ke area Asok (Asok adalah nama tempat dan Asok montri nama bersempena nama tempat) dengan niat nak jalan-jalan dalam shopping complex Terminal 21. Time balik kami naik taxi motosikal sekali lagi dan kali ni di charge hanya 300bhat. Harga boleh dirunding sebenarnya.

Terminal 21 adalah sebuah pusat membeli belah yang unik di mana ia bertemakan sebuah airport dan sebuah journey. Sudah menjadi kelaziman bagi setiap pusat membeli belah di Thailand meletakkan pengawal atau polis di pintu utama yang akan memeriksa pengunjung yang nak masuk. Disini, pengawal pun pakai baju macam pilot. Tak payah susah-susah nak apply AIRASIA. Gambar diatas menunjukan ciri-ciri ke-airport-an. Bab aku kata journey pulak, setiap level mempunya tema mengikut negara. 

Yang atas ni mini replika jambatan golden gate San Francisco, Amerika. Level Amerika ni menempatkan kedai-kedai menjual barangan IT. Aku pun mengambil kesempatan mengunjungi kedai telekomunikasi AIS untuk membeli simcard . Adalah lebih afdal untuk membeli simcard local bagi menghubungi Malaysia berbanding roaming guna nombor Malaysia. Simcard berharga 100bhat dalam tuh ada credit 50bhat dan aku topup lagi 300bhat menjadikan ia 400bhat kesemuanya. Bukan apa, sebab aku nak melanggan pakej data plan  1GB yang berharga 350bhat. So bolehlah guna whatsapp dan call guna software LINE aja. Memang jimat banyak. Sampai hari nak balik last-last aku guna 100mb lebih aja.

Dalam banyak-banyak tempat, kat level Jepun ni jugak perut aku buat hal. Time ni dah tak peduli mana AJ sebab aku dah ada telepon yang function. Mau dekat 15minit aku godek-godek keypad tepi jamban Jepun yang canggih tuh untuk memastikan fuction pancutan air ada. Punyalah lama last-last baru aku tau menda alah ni akan berfungsi bila ada pressure orang duduk. Aku bukan apa takmau test duduk, sekali dah duduk kompom barai punya. Tak sanggup aku nak guna tisu kalau takda air sebab tuh aku test dulu untuk kepastian. Tapi dia punya pancutan air bawah tuh memang tahap pancutan pili  bomba pecah. Sampai harlem shake jugak lah aku atas jamban tuh. Hahaha.

Ni rupa bukan Tandas area bertemakan Jepun. Tapi takdalah semua kedai jual kimono. Tshirt fesyen universal.

Bila lepak level 1 terasa macam kat Rome pun ada kecuali muka siam di keliling. So perhaps gambaran kota Rome jika ditakluki empayar Siam satu masa dahulu.

Bila dah sudah tawaf didalam Terminal 21, kami pun keluar berjalan usha kedai-kedai jualan di kaki lima. Deretan kedai ni dari stesen BTS Asok hinggalah stesen BTS Nana yang sejauh hampir 500 meter kalau tak silap.


Nak ala-ala pasar malam Batu Feringhi Penang pun ada cuma ni dideretan kaki lima kedai dalam bandar. Macam - macam jenis barang dijual di sini dari selipar,cenderamata sehinggalah adult toy dan DVD X-rated. Walaupun aku dah kategori adult tapi aku dah tak main toy dah. Hahaha. Bila dah sampai area BTS Nana dah terasa macam duduk Arab. Sini tak silap orang panggil arab street. Kedai makanan arab memang bersepah tapi harga taraf Arab jugak la. SUK11 Hostel terletak kat area ni. Kat sini ada satu kedai Kebab jual tepi jalan, memang sedap. 60bhat ja.


Sudah puas meronda, kami pun berjalan pulang ke area Asok. Sempat jugak lalu Soi Cowboy. Soi Cowboy ni takda Cowboy pun, ladyboy banyak. Hahaha. Kepada mereka berhidung belang, belalang, belangkas dan seangkatan dengannya, sini la tempat sesuai untuk anda. Aku lalu ja dengan AJ laju-laju. AJ dah berdarah hidung time ni. Memandangkan AJ dah lemah lutut, aku pun memapahnya pulang ke Asok Montri. Sampai tempat penginapan, budak-budak yang stay situ tengah melepak di lobi. Ada omputih, jepun dan sebagainya. Aku terus naik bilik charge henpon manakala AJ duduk melepak buat perangai ramahnya di lobi dengan penghuni lain.

Bersambung.... 





Share:

20 February 2013

Siem Reap,Cambodia - Bangkok,Thai Travelog Part 5

Pada hari ketiga di Siem Reap, kami bangun awal pagi untuk bersiap dan mengemas barang memandangkan van ke Bangkok akan bertolak pada pukul 6 pagi. Harga tiket untuk van ke Bangkok adalah $15 seorang berbanding bus yang berharga $10 seorang. Kenapa kami memilih van berbanding bus ialah waktu bertolak pada awal pagi serta masa perjalanan yang lebih singkat. Itu yang diberitahu oleh pekerja Tanei Guesthouse memandangkan kami booking tiket melalui mereka. Ekceli sebelum ni aku agak risau bab nak bergerak ke Bangkok dari sini sebab aku dah baca banyak reviews negatif tentang transportation dari Siem Reap ke Bangkok seperti ditipu ulat tiket, dapat bas buruk, masa perjalanan yang lama dan banyak lagi lah. Tapi sebab aku yakin Tanei Guesthouse tak akan merosakkan reputasi mereka dengan memilih travel agen yang hampeh, maka aku lebih yakin booking tiket melalui mereka berbanding beli sendiri di pekan. Harga pun tak berbeza berbanding harga tiket di pekan.

Lebih kurang pukul 5.00 pagi, amoi penjaga kaunter Tanei yang semalam dah set untuk mengejutkan kami di bilik datang mengetuk-ngetuk pintu. Maka AJ dengan wajah berseri seri baru lepas mandi segera membuka pintu dengan sekuntum senyuman manis. Tapi malangnya, amoi itu bukan setakat datang kejutkan kami, malah turut membawa berita terkejut di mana van yang patut kami naiki dah penuh! Nak marah tak sampai hati dek kecomelan amoi tersebut, maka dengan pasrahnya kami terpaksa amik bas next trip pukul 8 pagi. Nak tak nak, kami pun sambung tidur semula yang mana sebenarnya agak nikmat.

Pukul 8am, bas yang patut datang amik depan Tanei belum muncul tapi pekerja kaunter Tanei menyuruh kami tunggu memandangkan katanya bas sedang mengambil penumpang - penumpang lain yang turut nak ke Bangkok di serata ceruk pekan. Memandangkan macam banyak masa senggang, maka aku pun memutuskan untuk pergi ke toilet lobi bagi membuang apa yang patut sebelum memulakan perjalanan jauh. Nasib tampak tak menyebelahi aku, baru aja aku nak get ready, AJ datang mengetuk pintu dengan suara gelabah cakap "dah sampai". Adeh, dengan berat hati aku pun cepat-cepat keluar dan mengusung beg galas ke depan Tanei. Di depan Tanei, batang arm bas pun tak nampak bayang,yang ada hanyalah tuktuk.Aku dah pelik tapi pekerja kaunter Tanei mengarahkan kami naik tuktuk untuk dihantar ke bas yang sedang menunggu di stesen. Pulak. Kami pun ikut saja.


Aku tak nampak stesen bas mahupun bas bila kami diberhentikan di tepi jalan oleh drebar tuktuk tersebut, yang ada ialah seorang pak cik tengah memunggah beg satu coupe mat salleh ni masuk ke dalam but kereta. Kemudian drebar tuktuk tuh pun menyuruh kami juga memasukkan beg ke dalam but. Aku time ni terfikir mungkin kami akan di bawa ke stesen bas menaiki kereta tersebut.Tanpa banyak soal kami pun naik join couple mat salleh tadi yang sudah get ready dikerusi penumpang belakang.


Couple omputih yang duduk di belakang bersama AJ cuba untuk membuka bicara dengan menanyakan serba sedikit soalan kepada AJ namun AJ yang mungkin masih trauma di pow mamat Cambodia angkara ramah tak bertempat hanya menjawab sepatah dua sebelum masing-masing mendiamkan diri.Hahaha.Pak cik drebar yang kelihatan penuh misteri bertopengkan separa muka juga turut tidak mengeluarkan sepatah kata. Dia hanya  khusyuk memandu sambil sesekali sibuk menampar 2-3 ekor nyamuk yang berterbangan di dalam kereta. Marah sungguh gaya Pak cik ini pada nyamuk. Sehinggakan nyamuk yang terbang di kaki pun dia cuba pijak. Ada sekali tuh seekor nyamuk yang dia cuba tampar terbang kucar-kacir sebelum hinggap di atas lutut aku. Aku dah telan air liur sambil pandang pak cik tuh dengan hujung mata takut- takut di'smash'nya sekali kepala lutut aku.

Mungkin undang undang Cambodia mempunyai klausa yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak diwajibkan memakai topi keledar melainkan semasa berada di atas bumbung kenderaan.

Khinzir itu masih hidup tau dan meronta - ronta tanda excited barangkali. Mungkin tuan khinzir sedang membawa khinzir peliharaan bersiar-siar sambil menghilangkan stress setelah sekian lama terperap di dalam kandang.

Tanda ini menunjukan bahawa anda akan keluar dari daerah tersebut. Dah macam tanda "anti" something.

Bak kata pepatah Khmer, " thông minh thông minh nhÆ° sóc nhảy cuối cùng rÆ¡i xuống mặt đất gì " yang bermaksud "sepandai pandai orang Khmer memandu motosikal, akhirnya accident juga". 

Bila dah masuk 30 minit perjalanan, aku dah mula terasa pelik sebab tadi pekerja Tanei cakap tuktuk nak hantar ke bas tapi kereta ni macam dah menghala jauh keluar pekan. Pak cik ni pun steady aja tengok depan tanpa cuba berbicara. Bila dah rasa lama, aku pun memejamkan mata join para penumpang di belakang yang dah lama pitam.

3 jam kemudian, kami pun sampai di pekan Poipet yang terletak di border Cambodia-Thailand.

Sampai sahaja berhampiran pintu sempadan, kelihatan para porter menunggu untuk memberi servis mengangkat barang. Berkurumunlah mereka di belakang bonet kereta kami naiki dengan harapan dapat upah membawa barang namun semua hampa kerana kami berempat masing-masing hanya membawa beg galas sebuah.


Kemudian seorang lelaki cambodia yang merupakan travel agen syarikat yang kami langgan ni datang memeriksa tiket serta melekatkan pelekat berwarna di baju kami. Time ni aku masih blur dan layan sahaja. dia mengarahkan kami pergi cop passport dan bergerak ke sebelah Thailand di mana sudah ada agen mereka disana menanti kami. Risau jugak aku takut-takut kena tipu.

Selepas cop passport di imigresen Cambodia, kami pun berjalan masuk ke Thailand. Pintu gerbang berseni ukir Thai di atas menandakan kami akan memasuki wilayah Thailand tapi sebelum nak masuk kawasan Thailand, ada banggunan hotel dan Casino moden terletak di antara sempadan kedua - dua negara.


Hampir sejam jugak kami beratur di pejabat imigresen Thailand memandangkan ramai pelancong serta pekerja Cambodia yang bekerja di Thailand beratur bersama-sama kami untuk mendapatkan cop di kaunter. Selesai semua urusan tersebut, kami pun berjalan menuju pintu keluar dan secara rasminya berada di pekan Aranyaphat,Thailand sebelum seorang mamat Thailand memperkenalkan diri sebagai agen syarikat agensi Travel yang kami langgan. Dia menyuruh kami tunggu di bawah khemah bersama berpuluh lagi pelancong lain. Rupanya sticker bewarna yang dilekatkan di badan kami tadi dijadikan penanda. Lain warna lain syarikat travel agensi. Pekan Aranyaphat ni terkenal sebagai tempat nak borong barang-barang dengan harga murah. Dia punya besar pasar untuk beli-belah tuh sehinggakan perlu menyewa motosikal kalau nak betul-betul pusing. Google untuk lebih lanjut. Kira-kira 30 minit kemudian sebuah van Toyota Commuter  pun tiba dan agen tadi mengarahkan kami dan beberapa pelancong lain naik yang mana lebih kurang 14 orang kesemuanya. Besar van ni, dan macam minibus pun ada.

Di dalam van, pelancong-pelancong omputih dari pelbagai negara ni dah awal-awal cakap mereka taknak berhenti mana-mana dan nak terus ke Bangkok. Berdasarkan research di internet, aku ada terbaca yang sesetengah drebar van dan bas ni mempunyai link dengan restoran atau pusat jualan di sepanjang perjalanan ke Bangkok dan mereka akan berhenti di setiap tempat-tempat tersebut. Benda-benda cenggini la yang membuatkan perjalanan jadi lebih lama. 

Kami bernasib baik sebab drebar van ni ok dan hanya berhenti bagi mengisi minyak di stesen minyak. Dia juga agak ramah walaupun tak fasih berbahasa Inggeris.

Cangkerik dan ulat goreng turut di jual dekat stesen minyak yang kami singgah ni.

Bagi Muslim macam kami, biskut berperisa ayam pun sudah besar tuah bagi menghilangkan kelaparan. Dah masuk Thailand makanan Halal sudah agak mudah didapati di pasaraya memandangkan Thailand mempunyai Majlis Agama Islam mereka sendiri yang mengeluarkan sijil halal. Lagi satu harga barang di sini dah murah berbanding harga di Siem Reap yang mengalahkan bandar Tokyo.


Perjalanan dari sempadan Cambodia ke Bangkok mengambil masa hampir 5jam dengan dua kali berhenti isi minyak sebelum kami di turunkan di Stesen BTS Phaya Thai (BTS ni macam RapidKL LRT). Dari Stesen ini, kami mengambil train terus ke stesen Asok dan berjalan lebih kurang 100 meter sebelum tiba di Asok Montri Hostel, tempat kami akan menginap semasa di Bangkok.

Bersambung....
Share:

19 February 2013

Cara Ke Hatyai : Pandu Sendiri

Kat sini aku nak cerita step by step kepada mereka yang nak ke Hatyai melalui Padang Besar dengan memandu kenderaan sendiri.
  1. Pastikan anda membawa salinan geran kenderaan beserta surat kebenaran memandu ( jika anda bukan pemilik nama di geran )
  2. Untuk memandu di Thailand, anda memerlukan perlindungan insurans basic. Insurans basic ni adalah peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Thai bagi kereta asing yang nak memandu di sana. Dari yang aku faham,  Insurans basic ni hanya cover kos perubatan mangsa yang kita langgar (*mintak simpang*) dan tidak cover harta benda mangsa seperti kenderaan apatah lagi kenderaan kita. Dan syarikat insurans Malaysia tak cover kenderaan Malaysia di Thai. (bunyi macam bahaya kan? banyak berdoa lah, Alhamdulillah selama dok pi ni ok aja)
  3. Di pekan Padang Besar terdapat 3 pejabat wakil Insurans yang boleh anda kunjungi iaitu Chong Aik Chang (masuk pekan padang besar memang nampak ni dulu), Pejabat Insurans no.2 terletak bersebelahan BSN Padang Besar dan no.3 iaitu cawangan pejabat No.2 ni terletak di lorong bersebelahan Maybank Padang Besar. Insurans boleh dibeli untuk tempoh masa seminggu (RM18), sebulan (Rm25) atau setahun (rm90).
  4. In case anda tidak membawa surat kebenaran memandu, anda boleh dapatkan surat yang telah di drafkan dari pejabat insurans disini secara percuma. Sign pepandai sendiri.
  5. Dah selesai beli insurans, maka boleh lah anda menuju ke pintu sempadan. Macam biasa, cop passport atau border pass anda di kaunter drive thru sebelah Malaysia sebelum masuk ke bahagian Imigresen  Thailand.
  6. Di bahagian Imigresen Thailand, parking kenderaan anda dan bawa turun passport atau border pass untuk di cop oleh pihak Imigresen Thailand. Disini ada sorang pakcik siam ni akan offer isi arrival card bagi mereka yang menggunakan passport dengan bayaran rm1. Ekceli benda tuh mudah aja nak isi. So yang mana rasa tak nak boleh skip sahaja pak cik ni, dan mintak di kaunter imigresen sendiri borang tuh dan isi sebelum di serahkan bersama passport kepada Imigresen Thailand untuk di cop. Time ni anda akan di "pow" rm1 duit kopi oleh pihak imegresen Thailand,bergantung pada mood pegawai bertugas. So ikut nasib memandangkan duit tersebut bukan syarat wajib oleh pihak berkuasa Thailand.
  7. Selesai cop dan menyumpah dalam hati, jalan pulak ke kaunter declare kenderaan berhadapan dengan kaunter cop passport. Bawa sekali salinan geran, surat kebenaran bagi bukan pemilik kenderaan dan surat insurans yang telah dibeli. Serahkan pada pak cik Imegresen Thailand berkaca mata bulat seakan profesor di kaunter.
  8. Habis part di atas, anda akan mendapat surat kebenaran memandu dari kastam Thailand dan selamat memandu

Nota : 

  1. Surat kebenaran memandu kastam Thai perlu diserahkan semula time balik nanti. Surat ini untuk menunjukkan yang kereta anda sudah keluar dari Thailand. Aku harituh boleh terlupa bagi, maka terpaksalah ke sempadan semata - mata nak serahkan semula menda alah ni. Kalau anda tak pulangkan mengikut tempoh yang ditetapkan di surat tersebut, denda adalah rm50/hari.
  2. Isi minyak penuh-penuh memandangkan minyak di Thailand bapak mahal
  3. Pandu cermat memandangkan ada dengar 2-3 kes pemandu Malaysia di pow kaw-kaw bila eksiden. Tapi jangan lah cuak pulak, pemandu sana berhemah dan kereta Malaysia bersepah.
  4. Kalau tak sempat tukar duit di Malaysia, kat Padang Besar Thai pon ada money changer. Ahad buka.
Share:

18 February 2013

Siem Reap,Cambodia - Bangkok,Thai Travelog : Part 4


Kami tiba di kedai sewa basikal pada pukul 7 malam dengan lapar dan letih ya amat. Nak makan pun tak sempat nak berhenti sebab terkejar - kejar masa pemulangan basikal. Kalau lebih masa takut kena extra charge lagi sehari. Aku sempat juga makan 2 biji bun time mengayuh tadi. Aku agak hairan macam mana AJ boleh survive dengan makan breakfast roti dan sebiji bun kat Ta Prhom petang tadi. Selesai urusan penghantaran, kami berjalan pulang ke Tanei Guesthouse untuk menyucikan badan yang dah seharian berpeluh. Lapar memang lapar, tapi kami bertekad nak menikmati makan malam dengan bau wangi.

Saat pahit berpisah dengan Fiona. Sesapa nak sewa, aku sangat rekemen Fiona yang tiptop  ber no.71
On the way berjalan balik melalui lorong berdebu ke Tanei Guesthouse, kami melalui sebuah rumah yang di jadikan kelas tuisyen mengajar bahasa Inggeris kepada kanak - kanak Cambodia secara percuma. Di sini, kemajuan ekonomi mereka banyak disumbangkan oleh sektor perlancongan dengan Angkor Wat sebagai tarikan utama.Maka untuk survive mereka terpaksa mempelajari Bahasa Inggeris untuk bertutur dengan para pelancong bagi menjual produk - produk mereka.. Tak hairanlah di sini kadar celik Bahasa Inggeris bagi kanak - kanak sangat tinggi. Part ni aku sungguh kagum.  

Apabila keadaan mendesak, tiada yang mustahil. Kanak-kanak di Malaysia terlalu dimanjakan.
Sampai sahaja Tanei, kami tak cakap banyak, terus mandi dan bersiap untuk keluar makan. Masing - masing bersetuju untuk ke Restoran yang diusahakan anak Malaysia iaitu D'Wau. Dari alamat rasmi yang kami dapat, memang tak dapat nak detect dengan tepat di Google Map. Tak kisah sangat sebab malam ni kami menggunakan khidmat tuktuk.Maka dengan alamat di tangan, kami pun turun bawah dan menuju ke drebar tuktuk yang sentiasa ada di depan Tanei. Tapi drebar malam ni bukan drebar yang pick up kami di airport hari tuh. Setelah menunjukkan alamat yang dicatat, drebar tuktuk yang pada hemat aku baya lebih kurang kami terus mengerutkan dahi sambil berulang kami terkumat kamit menyebut nama jalan yang kami tunjukkan dengan harapan dapat mengingati dimana. Lama jugak kami try bagi clue tempat - tempat sekitar D'Wau yang kami dapat info dari internet namun hampa. Aku dah mula nak ajak AJ blah cari drebar tuktuk lain yang bersepah di jalan besar namun brader ni bersungguh - sunguh try tanya orang Tanei dan member - membernya di talifon sebelum dengan perasaan kurang pasti, beliau mengajak kami naik tuktuk dengan charge yang dipersetujui $3. Rm9 untuk perjalanan dalam pengiraan aku tak sampai 10km.

Kami pun layan sahaja journey biar brader tuh setel sendiri hala tuju. Yang penting kami nak sampai dan makan. Dalam masa 10 minit kami pun tiba di alamat yang dinyatakan dalam web. Sah betul walaupun brader tuh berkali - kali jugak memusing sebelum nak jumpa. Tapi masalah kedua mula timbul apabila kedai tersebut tutup namun yng peliknya signboard pun takda. Setelah menyoal siasat awek hotel sebelah, baru lah kami tahu yang D'Wau dah hampir 3 bulan berpindah lokasi dan dia memberikan aku alamat baru D'wau yang bertempat di Angkor Shopping Arcade , # E09 National Road No.6. Adoi, sungguh kecewa dalam keadaan lapar camnih dan yang lagi kecewa, drebar tuktuk ni mula balik sindrom tak tau jalan. Hampeh! Kalau alamat pelik- pelik aku tak marah sangat, ni terang - terang tulis shopping arcade takkan tak tau kot. Selepas call sana sini tanya, dia berpaling kearah kami dan nak tambah charge extra jadi $5. WTF..rm15 untuk tuktuk sahaja. Dalam keadaan lapar dan bengang, kami nego sampai jadi $4 dan dia pun bergerak ke desitinasi. Hampir 45 minit jugak kami melilau dari awal tadi sebelum tiba di restoran D'wau .Tuh pun selepas sesat sana sini sebelum nak sampai. 
Akhirnya, D'Wau Restaurant.
Selepas meneliti menu yang diberi, memang tak salah ni restoran Malaysia sebab menunya semua makanan Malaysia dan sebagai traveler yang baru 2 hari sampai disini, sudah tentu kami nak rasa masakan tempatan. Selepas tanya waiter yang bertugas, beliau menunjukkan Nasi Goreng Lolack yang merupakan satu - satunya menu tempatan. Kalau bahasa utara Malaysia Loqlaq yang bunyi sama macam nasi goreng ni bermaksud tak senonoh.

Nasi Goreng Lolack $3 dan minuman $1. Rasa sungguh enak bagi musafir kelaparan seperti kami.

Terasa macam berbuka puasa pun ada lahapnya sehinggakan salad - salad pun aku sapu. Kalau boleh Sekali  dengan bunga-bunga hiasan atas meja tuh pun aku nak telan. Kami berehat seketika melepaskan mengah sambil layan WIFI D'wau .Di sini boleh dikatakan majoriti restoran ber WIFI. Restoran bukan warung. Selepas ini kami plan nak jejalan ronda pekan Siem Reap tengok suasana malam sebelum esok pagi nak bergerak ke Bangkok. Oh ya, tadi time kami balik mandi kami sempat booking tiket ke Bangkok melalui Tanei Guesthouse. Masalah kelaparan dah selesai, sekarang masalah nak cari tuktuk balik ke area pekan pulak. Maklumlah kawasan D'wau ni agak jauh dari kawasan tumpuan pelancong so tuktuk tak berapa nak kelihatan.

Keluar sahaja dari Restoran D'wau, kami di sapa oleh seorang brader yang tengah melepak dengan 2 orang lagi lelaki di meja luar restoran. "nak kemana lepas ni bro ? " 

"nak pergi Old Market" jawab aku pantas yang masih janggal rasa bercakap melayu dengan orang selain Aj.

"Oh...Jom saya hantar...." offer brader tersebut sebelum bangun mendapatkan kereta di parking.

Aku time ni dah agak penat dengan taktik orang Cambodia nak pow traveler macam kami ni pun pasrah naik aja selepas melihat brader tuh bersungguh - sungguh offer suruh naik. Dalam perjalanan, brader tuh pun membuka bicara dengan kami dan dari situ baru la aku tahu yang brader ni orang Johor, patut lah boleh cakap melayu walaupun dah slang semacam orang Siam Pattani dah dan yang paling mengejutkan ialah rupa - rupanya dia adalah owner D'wau.Huh! Muda lagi beb, baru 20-an. Dia pun menceritakan pada kami yang dia dulu selalu travel  secara bagpacker dan dari pengalaman tersebut dia nampak potensi restoran makanan Halal di Siem Reap memandangkan time tuh memang susah pelancong Muslim nak dapat makanan halal disini. Setelah balik berbincang dengan parents, maka tertubuhnya D'wau Restoran Siem Reap pada tahun 2006. Sekarang mereka ada cawangan di Pnom Peh yang diusahakan oleh parentsnya. Banyak lagi soalan yang aku nak tanya brader ni tapi memandangkan perjalanan yang singkat, maka kami pun berjabat tangan sambil mengucapkan ribuan terima kasih sebab susah - susah hantar kami ke old market.Thanks Bro!

Sebenarnya kami bukan nak ke old market yang macam pasar aku tunjuk dalam post lepas, tapi ke night market berdekatan. Tak jauh pun, dalam 500meter aja. Sini ada dua night market, satu night market baru yang brader D'wau tuh cakap baru dibina semula selepas insiden kebakaran dan satu lagi original night market yang mana night market lama tapi telah dinaik taraf keadaanya. Kata brader D'wau lagi, ia di design oleh orang Malaysia.

Night Market baru
Dalam berjalan usha-usha night market baru, perut aku memulas semacam dan dipinta pintanya untuk mendapatkan toilet. Try usha kat night market takda toilet, nak balik guesthouse berjalan memang mau bersepah tepi jalan, nak naik tuktuk macam tak logik sebab tak sampai 1km. Alternatif terakhir ialah  pinjam toilet restoran.Maka terima kasih diucapkan kepada AJ kerana dia sudi duduk minum di  restoran ABABA Curry house sambil aku memerut di toilet. Haha..Berak punya pasal kena minum $1.75 sorang. Tapi better dari AJ yang kena pow $1 dengan orang Cambodia angkara ramah tak bertempat (aku malas cerita kisah ni.hahaha) .ABABA curry house ni pada firasat aku baru dibuka dan turut tertulis menyediakan hidangan Halal. Time aku ke jamban nampak jugak perempuan bertudung di dapur so Halal la kot. Ia terletak di jalan menuju ke original night market. Dari night market baru, anda dapat lihat ada satu signboard anak panah menunjukkan arah ke original night market.

Jalan atau lorong ke origanal night market. Pintu gerbang hujung tuh la pintu masuk ke
 original night market.Ababa curry house terletak di sini.
Old Market Original
Lebih tenang 

dan susunan kedai yang cantik
Lepas seharian penat berjalan, maka memang la afdal ke pusat massage. Part ni AJ beriya - iya ajak konon lenguh kaki, maka aku pun turut aja serta sebagai balasan dia teman aku berak tadi. Rupa - rupanya AJ dah recce awal bab massage ni dan dia ajak aku ke Lemongrass Garden Spa berdasarkan reviews yang baik di TripAdvisor.com .Di usahakan oleh orangKami amik pakej khmer massage yang berharga $10 sejam.Dia punya sedap kena urut sampai tertidur lah wa cakap lu... macam takmau balik pun ada..

Recommended. Kami kesini berdasarkan review di Trip advisor. 



Share:

11 February 2013

Siem Reap,Cambodia - Bangkok,Thai Travelog: Part 3

Jam menunjukkan pukul 6 pagi waktu Cambodia ( 7 pagi waktu MY) sewaktu AJ tersengih sengih kejut aku sambil bukak langsir bilik. Haruuussss. Matahari sudah pun warming up diufuk timur. Maka bak kata pepatah "barang yang lepas usah dikenang", kami pun terus turun ke lobi untuk pekena sarapan yang disediakan tanpa rasa kecewa. Sarapan di Tanei Guesthouse ini disediakan dalam bentuk set. 5 jenis set kesemuanya. Aku memilih set no.5 iaitu cornflaskes, Coffee, Jus buah dan buah-buahan manakala AJ memilih set no.3 iaitu pancake, roti croissant,coffee dan jus buah. Lepas la sekadar alas perut. 

Selesai makan,kami pun pecut mandi dan bersiap untuk ke Angkor Wat sebelum terik mentari menjengah bumi Siem Reap. Maklumlah kami berbasikal. Jarak Tanei Guest house dengan Angkor Wat lebih kurang 10km. Jauh? aku pun hairan. Kalau duduk Malaysia, berbasikal 10km rasa jauh gila, tapi bila di tempat orang, semua jadi rajin. Mungkin kerana setiap km yang kita lalui akan menyajikan pemandangan yang berlainan dari tanah air kita.
Manusia nampak ramai, tapi servis memang laju. Haaa.tuh tuktuk Cambodia baq hang!

 Pukul 8.30 pagi, kami pun terpacak beratur beli tiket nak masuk Angkor Wat. Tiket atau pas ini dijual dalam bentuk per day($20), 3days pass ($40) atau 1week pass ($60). Bagi mereka yang bayang Angkor wat just sekadar satu monumen kuil (macam aku sebelum traveling ni), mesti nampak macam mahal aja $20 @ RM60 hanya untuk tengok sebuah kuil purba. Ekceli tuan puan sekalian, Angkor wat ni hanya satu daripada berpuluh - puluh kuil purba yang wujud di sekitar kawasan tuh. Tapi disebabkan Angkor wat paling besar dan komersil, maka ia lebih menonjol. Klik map di bawah untuk lebih pemahaman.

Banyak lagi kuil bersepah di sekeliling.
Walaupun manusia nampak ramai time nak beli tiket ni, tapi tak lama mana pun nak tunggu sebab banyak kaunter yang dibuka. So dalam 20 minit kami dah sambung kayuh basikal menuju ke Angkor wat. Nak tahu mana satu Angkor Wat tak susah, selain signboard, tengok sahaja mana tempat yang paling meriah disitu lah Angkor Wat. Time nak parking basikal, kami pun tercari - cari port nak park depan Angkor sebelum seorang budak perempuan khmer berusia awal 20-an menjerit - jerit "park here !!!. inside...inside... " sambil menunjukkan kawasan orang letak basikal. Tapi aku dapat merasakan ada udang disebalik batu dengan keprihatinan yang ditunjukkan budak perempuan tersebut lalu buat tak tahu dan parking depan sikit di satu kawasan yang orang lain pun ada park basikal. Lepas menongkat Fiona aku dengan kukuh, tiba - tiba budak perempuan khmer itu mendekati aku manakala AJ pula didatangi seorang remaja lelaki. Budak perempuan tuh pun cakap, "You park here..you must buy water.." . Aku pun terfikir, apa pasal park sini kena beli air pulak.Kalau suruh bayar duit parking kot iya. So aku pun dapat rasa ni taktik peniaga air di depan Angkor nak pow penunggang basikal sengkek macam kami. AJ yang tak nak menegangkan suasana pun beli lah air coke light. Dan yang lagi gila, Coke setin yang $1 kat pekan dah up sini jadi $2. Wtf! setin rm6. Budak perempuan tuh masih memaksa aku beli sambil kata " 2 bicycles 2 water" . Kalau kat Malaysia nak ja aku lempang budak ni. Dah habis bengang, aku pun cakap "noo..i dont want to buy! I will ask tourist police over there to see whether it's necessary or not to buy a drink for a parking " sambil tunjuk kat brader polis yang melepak depan jambatan nak ke Angkor. Dengan nada bebal, budak pompuan tuh pon blah sambil cakap "ok..ask him!" sambil menutup mukhadimah dengan berkata " i will scratch your bike! ". Perghh!!! menyirap darah naik kepala aku tapi malas nak tunjuk, aku dan AJ pun belah dengan setin Coke rm6.Tak nak membiarkan peristiwa tadi menjejaskan mood lawatan, aku pun menikmati hasil binaan Angkor sambil berdoa dijauhkan musibah. Kalau dipancitkan tayar basikal aku naya jugak nak menolak.Huhu.

Ni lah port tourist berebut nak ambil gambar sunrise Angkor Wat
Sebelum sampai Angkot Wat anda akan jumpa dua monumen macam ni kiri dan kanan  jalan .
Tak silap ni dulu library awam. Berapa kadar bayaran sewaan buku aku tak pasti lak.
Sebelum nak lalu jambatan menuju Angkor Wat ni, akan ada ramai orang-orang local yang offer untuk jadi tourist guide. Ada yang official sebab aku tengkok pakai vest seragam dan ada jugak yang freelance atau barang kali buat - buat tahu.Hahaha. Ya lah, kalau dia tipu goreng cerita dongeng purbakala pun kita mana tau. Di sebabkan kami sengkek dan malas nak ada orang follow, kami pun men'guide'kan diri sendiri.

Ukiran ini semua melambangkan satu jalan cerita "Peristiwa Semalam" di zaman  dahulu kala.
Part yang rugi kalau takda tourist guide ialah anda hanya nampak ukiran gambar di dinding Angkor wat dan juga wat - wat yang lain just sekadar gambar tanpa paham jalan cerita. Berdasarkan curi - curi dengar tourist guide upahan orang lain, gambar - gambar ni menceritakan peristiwa yang berlaku pada zaman pemerintahan seseorang raja,Macam gambar kat atas ni kisah mereka berperang. Tuh ja yang aku tahu sebab tourist guide tuh buat - buat slow volume bila kami lalu.Hahaha. Satu lagi alternatif untuk paham tanpa guna tourist guide adalah dengan membeli buku Angkor Wat yang dijual disini. Tebal jugak lah aku tengok. Mau 5 hari baru nak habis baca, bila masa nak melawat.
Angkor Wat di satu sudut

Memandangkan Angkor ni kuil Buddha, maka banyak upacara agama Buddha masih dijalankan disini.  Tok sami di sini turut meng"offer"kan colok untuk sembah patung buddha lama.Mungkin ibarat solat sunat Tahiyatul Masjid gamaknya. Aku pun di "offer" tapi aku menolak dengan cara baik. Tengok mat saleh ada aja yang layan tunduk2 dengan colok berasap. Dah nama pun bekas kuil, maka patung patung buddha pun banyaklah di kiri kanan koridor jalan. Sebenarnya tak semua patung disini origanal kerana setelah sekian lama sebelum kawasan ni dikomersilkan, memacam jenis manusia dah jarah tempat ni. Selain itu, banyak juga patung yang berkeadaan tak sempurna kerana faktor pertukaran agama mengikut Raja yang memerintah. Ada time orang Angkor anut Buddha dan ada masa anut agama Hindu. So bila agama lain memerintah, mereka akan cuba buang unsur-unsur agama yang lagi satu.

Mat Saleh berpusu pusu mintak di jampi Tok  Sami. Aku pasti mereka tak paham sepatah haram apa Tok sami ni baca.

Dialog hanyalah imaginasi penulis.

Lebih sajam meneliti kesenian hasil kerja tangan orang Khmer di Angkor Wat, kami pun beredar ke Kuil seterusnya. Nak ke kuil seterusnya kena naik basikal sebab agak tak logik nak berjalan kaki dan tourist lain pun sesetengahnya menyewa perkhidmatan tuktuk untuk pusing kawasan ni. Memula nak ambil basikal, risau jugak kot2 budak penjual air tadi dah sabotaj potong tali brek ka letak ular senduk dalam bakul depan basikal, tapi Alhamdulillah, berkat doa, Fiona kelihatan masih utuh dan teguh tanpa kesan usikan. Kami pun memulakan kayuhan seterusnya ke Angkor Tom, kuil kedua pemes selepas Angkor Wat yang terletak kira-kira 3km di utara. Angkor Tom merupakan kawasan kuil terakhir Dinasti Angkor dan terdapat 4 pintu gerbang untuk masuk ke kawasan Angkor Tom dan dalam perkarangan Angkor Tom terletaknya kuil Bayon.

South gate. Salah satu pintu gerbang untuk masuk kawasan Angkor Tom.

Sampai sahaja Bayon, aku ajak AJ berkhelah dahulu pekena roti taruk tuna yang di import khas dari Malaysia.Bateri aku memang dah low namun AJ kelihatan masih gagah perkasa ibarat pahlawan khmer yang tak berisi.Kahkahkah.
Bayon.Pusat pemerintahan Angkor Tom.
Ni simbol Bayon,patung kepala berwajah empat, yang banyak tertera di poskad
dan hasil2 seni melambangkan kebudayaan Cambodia,
Memandangkan kami self guided gitu, maka hanya sekadar melihat lihat sekeliling sebelum beredar. Ekceli kalau di guide, kita akan tahu mana kuil berunsur Buddha mana kuil berunsur Hindu. Lokasi seterusnya ialah Kuil Preah Khan yang terletak 3km dari Bayon. Mula - mula bersemangat aja kayuh namun pelan - pelan AJ dah mula merungut macam budak-budak sekolah tentang betapa malas dan penatnya beliau. Maka untuk mereleasekan sedikit kepenatan, aku ajak AJ berhenti mengeteh dahulu di gerai - gerai kecil depan Preah Prihtu. Di setiap kuil yang selalu dikunjungi pelancong, akan ada gerai - gerai kecil menjual minuman dan makanan, dan part yang aku paling tak suka ialah orang - orang meniaga ni akan kejar pelancong atau pengayuh basikal macam kami sambil offer makan dan minum.Offer diaorang ni adalah dalam keadaaan mendesak desak.Tuh yang aku malas. Sehinggakan kami terpaksa mengayuh laju - laju ibarat dikejar Zombie sebelum melabuhkan tongkat basikal di gerai paling hujung dan agak tak chill. Tuh pun promoter gerai makan yang 200 meter jauhnya dari situ still datang offer makanan.Hadoi. Aku pun bila dah malas layan just cakap " we only eat Halal food" ... boleh pulak budak tuh buat muka mata keatas sambil mulut kumat kamit cakap khmer. Waaa...memang kena banyak bersabar.

Time ni kami duduk berbincang samada hendak diteruskan perjalanan ke Preah Khan dan melewati setiap kuil dalam map yang mana akan memakan jarak 22km sebelum berjumpa Angkor wat semula atau Plan B sekadar berpatah balik melawat Prasat Tha Prom (tempat Angelina Jolie berlakon Tomb Rider) dan belah yang hanya memakan jarak 10km sahaja.  Aku pun pujuklah si AJ ni cakap entah bila lagi kita nak melawat Angkor ni dan time tuh kalau datang pun aku dah naik van sewa dengan anak bini dan tak muat nak bawak AJ. Dia pun mula ok sikit tapi ajak tinggal basikal disitu dan sewa tuktuk. Sekali lagi aku kena pujuk dan menyemarakkan semangat juang AJ dengan memberi janji palsu iaitu kami ke Preah Khan yang lagi 3km dan kalau tak larat kami patah balik dan kalau rasa tak jauh, kami akan teruskan Plan A.Maka berputar semula roda Fiona dan Jack (baru bagi nama) menuju destinasi yang diarahkan tuan sewaannya.

Batu penanda jarak. Untuk mengelakkan kejatuhan moral AJ,
aku kena buat buat sembang setiap kali melintasi batu ni. Itu permainan dia.
Setelah bercurahan peluh, kami pun sampai ke Preah Khan dan aku pun mula memainkan permain psycho sekali lagi untuk pujuk AJ habiskan satu lap Angkor ni. Kali ni kami just melewati kuil istead of melawat sebab berdasarkan perkiraan jam, memang tak sempat nak tengok semua.Maka kami menuju pula ke next kuil iaitu prasat krol ko.

Antara pemandangan kawasan yang dilalui
Lepas prasat krol ko, kami lalu pulak Ta Som, kemudian Mebon, Pre rup , Srang srang dan akhirnya tiba juga di Ta Prom pada pukul 4.30 petang waktu tempatan. Orang pun dah tak berapa nak meriah memandangkan hari dah petang dan mungkin ramai dah stand by nak tengok sunset di Angkor wat pada pukul 6.

Kuil Ta Phrom, pemes sebab pilem Tomb Rider lakonan Angelina Jolie selain pokok- pokok yang maha
 besar berakar  di dinding kuil. Kelihatan pelancong2 dari Jepun tengah buat acara pertandingan melukis.
Kuil Ta Phrom ni sekarang dalam proses baik pulih yang di sponsor kerajaan India (mungkin kerana faktor sejarah agama hindu ) memandangkan banyak binaan yang dah runtuh dan tak kukuh. Selain ada yang musnah dek kerana akar pokok membesar seolah menelan binaan tersebut.Tedia ayat.Untuk lebih gambar sebagai pemahaman anda semua boleh lah google gambar Ta Phrom ni sebab aku nak upload semua gambar pun buat menyemak blog aja nanti.
Recommended. Worth every penny. Abaikan bulu kaki yang seksi dan mengiurkan
serta jari kaki kanak - kanak ipoh di sebelah 
Setelah puas amik feel ala- ala Tomb Rider, maka kami pun move our ass keluar menuju basikal yang di parking diluar. Time kami keluar ni, pelancong dah memang lengang. Maka habislah semua bebudak jual poskad dan segala macam barang menyerbu aku sambil promote hasil jualan masing-masing. Yang hairannya, AJ tak pulak mereka serbu. Mungkin kerana gua lebih hensem dan kelihatan kurang sengkek dari AJ yang berselipar Jepun dan muka tak cukup makan. Penat jugak nak menolak offer bebudak berniaga ni.Kesian pun kesian, tapi abang ni penganggur adik-adik oi.Adik-adik atleast ada pekerjaan.Huhu.Kami kemudian meneruskan kayuhan ke Angkor Wat semula untuk mengejar sunset.

Pintu belakang Angkor Wat. Mungkin pintu bebudak Sami Angkor dulu tuang mengaji.kehkeh.
Dalam sesat dan kesesatan, kami pun tiba di pintu belakang Angkor Wat. Tapi aku tak pasti samada kami dah terlewat matahari dah terbenam or matahari tak nampak ka hapa sebab aku tak perasan mana matahari.Gambar di atas nampak terang sebab adjust ISO, sebenarnya dah maghrib. Tengok jam pun dah pukul 6am waktu tempatan dan tak lama lagi dah nak masuk waktu Maghrib. Kalau ikut plan waktu ni kami patut dah melepak makan di Restoran D'Wau dan aku bajet nak jamak zuhur/asar disana.Memandangkan dah tak sempat, terpaksa jugaklah aku cari port untuk nak sembanyang. Kami menyusuri dinding tembok Angkor wat untuk ke pintu utama dan kebetulan disitu ada tandas awam berhadapan sebuah wat moden di mana sami-sami muda kelihatan melepak. Aku ambil kesempatan disitu untuk ambil wudhu. Terasa macam nak jugak mintak tumpang sembahyang di area lapang bersimen depan wat tuh tapi malas pula kalau perlu berdebat panjang maka kami bergerak menyusuri lalui tepi tembok Angkor sebelum aku jumpa satu sudut bawah pokok untuk sembahyang. Time dok hampar kain selendang untuk dibuat sejadah, seorang sami muda ni tiba-tiba lalu di celah pokok pisang kira-kira 100 meter dari aku dan kelihatan brader tuh mengendap2 tengok apa aku tengah buat.Aiseh.Dah terbayang babak pertarungan filem shaolin dalam fikiran ni tapi aku buat tak endah sahaja dan meneruskan sembahyang. Kita buat benda baik, buat apa nak takut. Sungguh kerdil rasa bila sembahyang di kelilingi banggunan purba dan pokok - pokok besar.

Selesai sembahyang, kami melewati pintu depan Angkor Wat sambil mengikut pelancong lain yang kian beransur pulang. Time ni aku terbayang macam mana keadaan sekeliling di era kegemilangan mereka. Time tuh orang-orang berpakaian tradisional khmer mesti bersepah berjalan di sekitar Angkor Wat ni sambil memikirkan masalah duniawi dikala zaman tersebut. Sayangnya, empayar ini tidak lagi di warisi oleh kerajaan moden mereka sekarang. Terbayang juga macam mana keadaan di Tanah Melayu pada masa tersebut dan mengapa orang - orang Melayu di Tanah Melayu tidak punya tinggalan monumen yang agung seperti ini.

Seriously pengalaman mengayuh basikal yang totalnya lebih kurang 35km didalam kawasan bersejarah Angkor wat ini sungguh memberi kesan. Terasa puas bila dapat tawaf kesemua kawasan tersebut dengan keringat sendiri selain drama - drama tayar basikal AJ kurang angin, perasaan down AJ dan segalanya yang negatif dari AJ.Haha.Atlast AJ berterima kasih pada aku sebab push dia sampai tamat tawaf dan merasai sendiri pemandangan sekitar yang awesome instead ikut plan B yang bagi aku sesuai untuk golongan veteren dan tak cool. Bagi mereka yang tak cool atau masa tak mengizinkan untuk tawaf semua kuil, aku dan buku-buku tourist guide disini mencadangkan agar anda semua atleast melawat Angkor Wat, Bayon dan Ta Phrom kerana itu adalah wajib untuk mendapat Angkor Mabrur manakala bagi mereka yang cool dan nak berbasikal macam kami buat pulak, aku nasihatkan datang awal pagi time Angkor bukak tuh, baru sempat nak tengok lebih banyak kuil seperti Srang Srang yang tak kurang Awesomenya.

Kenderaan membawa pelancong berpusu - pusu menuju jalan keluar dari kawasan Angkor. Masing masing melepaskan lelah di dalam kenderaan berhawa dingin mereka atau paling kurang dibelakang tuktuk. Bagi rider macam kami, ada lagi 8km kayuhan untuk sampai di pekan Siem Reap.Maka aku dan AJ pun memecut laju pulang memandangkan basikal perlu diserahkan kembali sebelum pukul 8pm.

Bersambung......
Share: