Aku Punya Pasal

Happy Merdeka

Monday, August 31, 2009



Selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua.

Apa yang aku buat untuk menyemarakkan hari kemerdekaan ?



saya membasuh kereta proton saya sebagai tanda kesyukuran..patriotik tak ?

Aku Punya Pasal

Ramadhan Ini

Tuesday, August 25, 2009

sekadar hiasan

Ramadhan tanpa terawih bagi aku bak burger tanpa sos.Tak sempurna rasanya.Malam tadi aku ke Masjid Dengkil ,dah hampir setahun tak merasa duduk masjid malam malam.Biasanya seminggu sekali,tuh pun tengahari.Haih.Bila nak insaf.Orang orang Dengkil masih ramai lagi beriman berdasarkan attendance penduduk ke masjid.Pemuda pemuda pun masih ramai ke masjid mengerjakan terawih ni.

Sudah setahun tak mengerjakan semayang terawih,banyak jugak step dah lupa.Yang paling aku confuse tadi,lepas orang azan,semua kucar kacir bangun.Setengah rapat ke kiri,setengah ke kanan,setengah ke tengah.Aku dah pening.Aku bajet dah nak sembahyang Isyak,aku pun sama sama kucar kacir ke brader terdekat.Siap jari kaki hampir berlaga punya teguh saf aku buat.Setan pun susah nak bolos.Tapi kalau saiz saiz cik kelvin mahupun aj,boleh lolos jugak ni.Dalam kucar kacir tuh,aku tak tau nak niat apa,sebab bajet nak sembahyang Isyak tadi,lepas tengok orang berterabur,aku pon sembahyang tanpa niat.hahaha.Sembahyang ni hukumnya hampir haram sebab tidak membawa pahala.

Sembahyang Isyak masuk pukul 8.30 lebih kurang,tapi sementara menunggu makmum yang masih membuat perangai zaman universiti,tak reti nak puncture,jadi lama jugak la.Pukul 9.00 pm baru sudah Isyak.Lepas Isyak tok imam bagi sedikit ceramah pendek.Bunyi marah betul tok imam.Nada memang soprano habis.Nasib baik tiada jemaah warga emas yang tumbang.Tak ka Syahid.Selain memiliki suara yang lantang,imam masjid Dengkil ni boleh tahan rempitnya.8 rakaat dihabiskan dalam masa 20min sahaja.Tapi memandangkan masjid Dengkil mengerjakan sembahyang 20rakaat,maka aku berundur awal bersama sesetengah jemaah yang lain meninggalkan hardcore hardcore.

Selalunya balik sembahyang,aneka jenis kuih terhidang.Tapi berpuasa diperantauan,yang ada hanyalah sawang sawang.Entah mengapa,semenjak umur makin meningkat,ramadhan mahupun raya sudah menjadi kurang meriah.Cabaran berpuasa dimasa kecil lebih menarik berbanding sekarang.Dulu puasa macam nak pitam,bila berbuka rasa stim mengalah semua perasaan stim yang len pastuh lepas terawih boleh main mercun pom pang sana sini.Dekat nak raya time paling gusar.Time tuh nak pilih kaler baju raya bak urusan hidup atau mati.Memang 7hari 7malam tak tidur dibuatnya.2-3 hari sebelum raya dah buat list senarai pemberi duit raya beserta jumlah ramalan siap estimate jumlah keuntungan tahun ini.Tapi sekarang kemana semua semangat itu pergi ?

Aku Punya Pasal

Selamat Berpuasa Kepada Umat Islam Sekalian Alam

Saturday, August 22, 2009

Pada Ramadhan kali ini,ucapan aku masih sama,selamat berpuasa.Kepada rakan rakan,cukup cukup la,jangan wat kerja kerja lama.Sudah sudah la kerabat (panjat) bukit pada waktu tengahari,masuk restoren ikut pintu belakang,tunduk tunduk dalam kereta dan perbuatan tidak beretika yang lain.


Mari menyerbu bazar Ramadhan dipetang hari sambil menjana ekonomi negara.


*Aku tengah tulis list makanan nak beli berbuka nanti.Senang nak tick kat bazar nanti

Projekt Angelina

Projekt Angelina

Friday, August 21, 2009

Ni projek kereta kakak aku..Gen2.Asal macam ni

Sebelum

Selepas




Cat yang pilih tak kena.Kaler Pink garang jadi pink manja.Lepas menangis,bebai kat tukang cat,hasilnya ...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Silap ...tak mungkin
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Aku Punya Pasal

Sehari Yang Tidak Produktif

Thursday, August 20, 2009

Manusia,bila sudah terbiasa,sugguh sukar untuk berubah.Sama seperti aku.Kelmarin ada kompang kejutkan,hari ini tanpa paluan kompang mahupun rebana,tidur aku semakin menjadi jadi sehingga membawa ke pukui 1 lebih.Kelas pukul 12 aku buat secara online sahaja dari alam mimpi.Sungguh sukar pelajaran hari ini.Kelas seterusnya pukul 2 petang,jadi aku pun mandi mandi serba sedikit.Bagi nampak fresh sudah memadai.Masuk kelas,nganga.Sembang kiri,sembang kanan.Pergi depan.Pergi belakang.Kelas tamat pukul 4.Pulang.

Sampai rumah,tak lapar lagi,tapi rasa nak makan.Aneh.Goreng sana.Goreng sini.Makan sambil layan cerita bersiri.Dah makan,kenyang,hati riang,mata mula mengantuk.Baring sekejap,rehatkan badan.Alih2 terjaga sudah pukul 6.40 petang.Bangun,jalan keluar kedai,beli air bekarbonat sambil tengok tv dirumah.Pukul 8,siap-siap mandi dengan gelabah.Pakai baju,spray2 sikit.Cabut sebab mak dan kakak aku dah nak smpai cyber.Ke cyber,singgah hostel sambil tunggu adik aku turun.Sambil menunggu,lepak tempat makan.usha kiri usha kanan.Bertegur sapa sikit sikit.Senyum sana sini.Ada juga orang pandang aku.Tapi semacam.

Adik aku turun,mak dan kakak aku dah sampai,tinggal kereta,Hop in orang putih cakap ke kereta kakak aku.Lalu menuju Putrajaya.Mereka datang dari Perlis dengan niat membeli belah sempena raya.Malam saja datang ajak berkhelah di Putrajaya.Sambil duduk bukak tuppaware,kakak aku menyapa "awat baju ang semacam,terbalik".Confirm lepas ni lepak hostel sambil mengenakan topeng dibawah






Aku Punya Pasal

Sepagi yang shuffle

Thursday, August 20, 2009

Hari rabu menandakan kelas aku bermula pada pukul 12 tgh hari.Tapi entah bagaimana,alarm aku boleh tertidur sekali sehinggakan aku pun tak sedar yang masa sudah berlalu dengan pantas.Apa yang mebuatkan aku terjaga dari tidur pun adalah angkara kebingitan melampau yang menerjah dari luar rumah.Kebingitan ini menimbulkan 1001 persoalan dalam lubuk sanubari aku.Didalam keadaan separa sedar,aku berguling ala ala komando ke arah tingkap untuk menyiasat gerangan yang berlaku diluar sana.Rusuhan kah?Pergaduhan kah?Masalah rumahtangga kah?Jepun mendarat semula kah?Dari paluan kompang bertali arus,kesemua persoalan diatas amatlah kurang sesuai.

Setelah pemerhatian dilakukan dengan teliti,ini yang aku lihat



Aku dikhabarkan yang hari ini ialah hari kematian En Balakrishnan (bukan nama sebenar) yang merupakan jiran aku sejak beberapa bulan lepas.Sepanjang berjiran dengan En Balakrishnan,aku tidak pernah mendengar samada beliau bermusahan dengan sesiapa sehinggkan mereka bershuffle dengan meriah dihari kematian beliau.Semalam kedengaran suara meraung raung menangisi,pagi ini meriah macam sambut menantu.Inikah yang dinamakan perasaan bercampur baur.Apapun,semoga roh En Balakrishnan berehat dengan tenang.

Apa yang aku agak kecik hati,mereka tidak mejemput kami datang memeriahkan majlis makan makan yang kelihatan agak lazat.Bukan luak tepung pon kalau jemput kami.Tapi kalau cha hadir,aku kurang pasti.Ekceli kami tidak kisah kerana mereka mungkin masih tidak faham dengan konsep 1Malaysia yang dilaung laungkan kerajaan.Lagipun,Pak Mail (bukan nama sebenar) depan rumah Mendiang En Bala pun tak jemput kami bila mengadakan kenduri kahwin walhal siap guna space jalan depan rumah kami lagi pacak khemah.Hina sangatkah kami selaku pemuda bujang?

Sudah lah itu,Pak Kassim (bukan nama sebenar) selang beberapa biji rumah turut pernah mengadakan kenduri perkahwinan yang amat meriah berlaukan ayam masak kicap dan daging masak kurma (berdasarkan maklumat sumber) selang beberapa bulan kemudian.Sekali lagi kami hampa.Hanya mampu meraikan dengan mendegar lagu lagu kawin dari dalam rumah.Ok lagik kalau dibandingkan dengan jiran bujang kami bersebelahan rumah Pak Kassim.Pihak majlis siap guna space meletak speaker gedabak besar didalam ruang laman mereka tapi tetap tidak mendapat jemputan.Adakah budaya masyarakat degkil mejemput dengan laungan lagu kawin?adakah pemuda bujang dilarang hadir?adakah lauk hanya cukup cukup tempahan?adakah kami tidak wujud?Hanya mereka yang mengetahui


Movie

District-9

Tuesday, August 18, 2009


Lepas terbaca yang filem District 9 ni mencatatkan kutipan sebanyak rm131 juta dalam masa seminggu mengalahkan filem yang aku dengar katanya best,Gi Joe : The Rise Of Cobra Rm80 Juta ,aku tertanya tanya tentang taste penduduk bumi.Filem District 9 ni mengisahkan tentang alien yang tersadai dibumi selepas kapal angkasa mereka gagal berfungsi mungkin akibat tidak diservis mengikut jadual.Selepas diselamatkan.pihak manusia memberi mereka kawasan penempatan tersendiri namun mereka bebas ke bandar bandar manusia.Ini menyebabkan sentiasa berlaku kofantrasi diantara dua dua pihak.

Secara kasar bagi aku,filem ni nampak berbajet murah dah dilakonkan oleh pelakon yang kurang terkenal.Permulaan cerita yang agak bosan dengan imej video camera dan liputan tv memanjang.Jalan cerita pulak kurang menarik,aksi aksi kurang menarik yang menarik bagi aku hanyalah Toyota Hilux yang dimake up ala-security car pihak MNU.Aku pun tak dengar filem ni ada promosi besar,yang tahu tetiba ada poster aja kat GSC tuh.Aku tengok pon kes dah tak da cerita sangat dah.Overall,aku bagi 5 bintang aja daripada 10 dan nasihatkan tak payah la tengok.


Projek Kunang Kunang

Project kunang kunang stage 2

Monday, August 17, 2009

Actually benda first yang aku buat bila dapat kereta setahun lepas ialah memasukkan bodykit.Kalau ikutkan hati,memang nak sumbat bodykit GTi yang sungguh kacak menawan itu sahaja namun kalau nampak macam GTi tapi dengan Kancil pon boleh kena highbeam kat highway,baik tak payah.Maka buat masa sekarang aku just pasang bodykit yang simple dan tidak lari dari tema proton itu sendiri.Sebagai sebuah satria,bagi aku.kit yang sedap dipandang mata hanyalah dari GTi ataupun mirage cyborg big or small fog lamp.

so benda pertama yang aku pasang tempoh hari ialah Putra lip (PU),Mivec side skirt (Fiber) dan Spoiler GTi (Fiber) dekat sebuah kedai aksesori di Kajang.Kepada mereka yang masih belum paham apa itu fiber atau PU,senang cerita,ambil dua jenis pembaris plastik.
1)jenis keras dan tak boleh bengkok


2)jenis kenyal boleh bengkok


Bodykit atau bumper yang dibuat daripada fiber ni ibarat pembaris jenis (1),rapuh tapi murah.Kalau kena langgar sikit,boleh pecah.Tetapi,perlu diingat yang fiber ni mudah dicat dan dibaiki kalau pecah.Pu pulak ibarat pembaris jenis (2).Mahal dan kenyal.Kalau langgar sikit sikit dia tak pecah.Tapi sekali pecah,memang dah tak boleh repair.

Hari ini aku ke kedai Siong Seng Dengkil untuk memasang Putra lip (fiber) dan spoiler Gti yang baru (fiber).Kenapa aku tukar menda sama?Ok.Silap aku dulu,aku just beli barang berdasarkan harga yang paling rendah dan bila harga dah rendah,kualiti pun paham paham la.Lip PU yang aku pasang tempoh hari sudah meleding.Meleding ni salah satu dari sifat buruk PU dikala berhadapan cuaca panas seperti di Malaysia.Maka aku mengambil keputusan untuk bertukar kepada Lip fiber sahaja yang dibeli dari seorang member Zerotohundred dengan harga lebih kurang rm60 kalau tak silap.Upah pasang lip kat Siong Seng pula adalah rm10 sahaja.

Masalah kedua pula ialah spoiler Gti fiber.Spoiler Gti yang aku beli sebelum ni ada sedikit masalah dimana kaki tapak tuh agak pendek,maka aku perlu lapik dengan double sided tape untuk menjadikan posisinya cantik.Masalah kedua ialah kedai yang aku pasang sebelum ini pasang cincai gila.Dah la tebuk bonet aku tak sama menyebabkan spoiler senget sedikit jika dipandang dengan teliti.Segala masalah ini akhirnya terlerai di Siong seng apabila aku mengambil keputusan untuk membeli spoiler Gti baru juga fiber berharga rm135 siap pasang.Spoiler kali ni memang cun,masuk ngam2 dengan lubang spoiler standard proton.


Keseluruhan,makin sedap mata aku memandang kereta buruk kuning ni .Kedai siong seng pulak,pekerja yang handle kereta aku tuh agak sombong dan tidak mesra pelanggan.Muka mau serius,bila aku cakap,muka serupa cam aku maki.Apapun,janji kereta aku ok.Sepanjang menunggu kereta aku siap,aku sempat berkenalan dengan Ah Siong (bukan nama sebenar) yang juga seorang pelanggan setia kedai siong seng.Sempat juga aku borak borak dengan Ah Siong ni,borak apa,nanti aja aku tulis.

Flickr Images