Politik

Rombak Ombak Tombak

Thursday, June 26, 2014

Teringat aku ketika zaman universiti dulu, apabila lecturer mengarahkan student membentuk group untuk sesuatu assignment. Semestinya kita para student mula terpinga-pinga mencari wajah yang dikenali untuk membentuk group. Disebabkan rakan-rakan itu kita kenali, sudah tentu kita turut kenal akan perangai mereka. Ada yang jenis datang kelas sebulan sekali, ada jenis muncul sewaktu ada test sahaja, ada yang jenis takkan datang perjumpaan selain kelas, jenis copypaste wikipedia dan bagi pada kita*WTF kalau jenis ni,baik aku buat sendiri*, jenis pemalas *kalau perempuan pandai la guna nada manja i bz la u bla bla sori ekk sambil wink2*dan pelbagai lah. 

Sewaktu dalam keadaan begini, nak reject, dah member-member, kang bermasam muka pulak. Kang tak mahu lagi keluar makan bersama. Kang tak mahu lagi jemput melepak di rumah sewa mereka *kaki lepak seronok buat melepak tapi tak seronok buat group member*. Kang bila kita perlu bantuan diluar tak nak tolong pulak. Dan banyak lagi kang kang kang yang boleh terjadi.

Maka kita pun terpaksa menerima mereka walaupun dalam hati sudah dapat congak yang mana member dalam group yang boleh buat kerja dan yang mana sekadar ada nama sahaja. Begini lah hidup. Perlu banyak bertolak ansur dan berkorban.

Mungkin ini yang dialami abe Najib sewaktu membentuk kabinet. Lihatlah dengan pertambahan Menteri dan Timbalan yang baru dari Parti MCA menjadikan jumlah semua Menteri 35 orang dan Timbalan 27 orang untuk mentadbir negara berpenduduk hampir 28juta orang. Negara India dengan jumlah penduduk 1.2 billion orang pun hanya ada 24 orang Menteri Kabinet. Kalau aku jadi abe Najib, aku tak pentingkan sangat consequence jika tak memilih seseorang tuh dalam "team" aku kerana soal kabinet melibatkan duit orang ramai. Suatu amanah yang berat.

Lagipun dalam Surah Surah: ALI-'IMRAAN - Ayat: 26 dah terang dan jelas mengatakan


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Apa lagi nak takut ! ....


Politik

Ceroboh Dan Roboh

Tuesday, June 24, 2014

Apa perasaan anda apabila melihat rumah seseorang di roboh oleh Kerajaan? Tak kira Kerajaan BN mahupun Kerajaan PR. Semestinya anda akan meletakkan gambaran situasi anda di tempat mereka bukan? Rumah yang didiami puluhan tahun mungkin beberapa generasi sudah akhirnya di roboh. Secara tiba-tina tiada tempat tinggal.Sudah tentu anda akan berteriak kerajaan tempatan zalim persis Zionis. 

Gambar hiasan
Namun sedar tak sedar, tak terfikirkah siapa yang menzalimi siapa? Dalam kebanyakan kes yang aku lihat, "penduduk" menyatakan bahawa mereka telah lama mendiami kawasan tersebut, jesteru tanah tersebut adalah tanah mereka. 

Cuba anda tempatkan diri anda dalam situasi pemilik tanah sebenar pula. Anda mempunyai sebidang tanah namun tidak mempunyai modal atau tidak berminat untuk memajukan tanah tersebut. Jadi anda membiarkan tanah ia terabai. Dalam jangka masa itu, beberapa orang telah mendiami tanah anda. Samada anda tidak sedar mahupun anda sedar tapi memikirkan ada baiknya tanah diduduki mereka dengan harapan sekurang-kurangnya dapat dimanfaat untuk suatu masa atau sekurang-kurangnya tanah anda itu terurus.

Masa berganti masa, anda mempunyai modal atau pembanggunan sekitar membuatkan anda terfikir untuk membangunkan tanah anda sesuai dengan permintaan pasaran sekitar. Namun secara tiba-tiba mereka yang anda benarkan menumpang menuntut hak tanah anda dengan alasan mereka sudah lama menguruskannya. Ada juga yang menuntut pampasan sesuai dengan harga tanah. Sedangkan secara terang - terang geran adalah nama anda. Macam mana tuh? 

Sebagai "penduduk" di tanah orang, perlulah set di minda dari hari pertama yang anda hanya sekadar menumpang. Maka tumpanglah dengan berhemah. Apabila pemilik inginkan semula, janganlah pula nak mempertikai sesuatu yang bukan hak anda. Orang dah bagi menumpang pun sudah besar tuah. Patutnya dengan tempoh masa yang lama anda menumpang tuh, anda sudah boleh menjimatkan banyak wang dari segi kos sewa. Guna lah duit yang dijimatkan tuh untuk kumpul modal beli rumah dan bukannya memperbesarkan rumah di tanah tumpangan.

P/s : teringat pulak aku pada kes ini

Tanah Kedutaan Malaysia di Jakartakena ceroboh
KIRA-KIRA 12 tahun lalu Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia memiliki sebidang tanah di Kemang Raya, Jakarta Selatan.
Di situlah terletak kediaman rasmi duta besar. Bagaimanapun pada 1998 ketika Indonesia dilanda huru-hara akibat tindakan reformasi menjatuhkan Presiden Suharto, tanah berkenaan telah diduduki oleh penduduk tempatan.
Pengawal keselamatan yang menjaga kediaman berkenaan menerima wang suapan sebanyak Rp35 juta atau kira-kira RM12,000 dan terus melarikan diri bersama wang berkenaan dan membiarkan tanah berkenaan diduduki oleh sekumpulan penduduk. Lebih tepat lagi oleh sekumpulan orang Ambon yang cukup dikenali sering terlibat dalam persengketaan tanah di Jakarta.
Tanah berkeluasan 4,950 meter persegi dibeli oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1971 daripada Rumphus Erwin Sondakh. Selepas itu ia diduduki oleh Frederik Matheus Pietersz. Penceroboh berkenaan telah menjualnya kepada Mulyo Setiawan.
Pada tahun 1999 Mulyo telah memfailkan bantahan di mahkamah berikutan hak milik beliau ke atas tanah berkenaan dibatalkan, tetapi telah ditolak.
Mulyo seterusnya mengajukan rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi dan permohonannya kali ini ditunaikan.
Bagaimanapun pada 2001, Kedutaan Besar Malaysia mengemukakan rayuan ke Mahkamah Agung Indonesia dan akhirnya pada 2004 mahkamah memutuskan bahawa tanah itu adalah milik kerajaan Malaysia.
Namun sepanjang tempoh itu Mulyo terus menduduki tanah berkenaan yang kini mempunyai beberapa buah rumah kediaman, juga digunakan sebagai tempat letak kenderaan.
Sepatutnya pada 21 April lalu operasi mengusir penceroboh tanah milik Malaysia dilakukan, tetapi sehari sebelum tarikh tersebut pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Luar Indonesia memaklumkan ia ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Keputusan itu memang cukup mengecewakan bagi pihak Malaysia, kerana usaha selama 12 tahun ini yang telah menelan belanja jutaan ringgit akhirnya tidak membuahkan hasil.
Sebenarnya dalam setiap kali pertemuan di antara Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia, isu berkenaan akan dibangkitkan. Setiap kali itu juga janji demi janji diberikan bahawa isu tersebut akan diselesaikan. Begitu juga dalam pertemuan para pemimpin mahu di peringkat kementerian atau kedutaan, isu yang sama turut dibangkitkan.
Sedangkan jika mengikut Konvensyen Geneva tanah yang dimiliki oleh sebuah kedutaan adalah dianggap sebagai sebuah negara. Ini bermakna tanah berkenaan adalah sebahagian tanah air Malaysia. Menceroboh dan menduduki tanah berkenaan adalah sama juga dengan menceroboh kedaulatan Malaysia.
Janganlah kerana hanya tanah 'sekangkang kera' itu terus menjadi duri dalam daging kepada hubungan baik Malaysia dan Indonesia. Bayangkanlah jika rumah kedutaan besar Indonesia di Kuala Lumpur dirampas dan diduduki oleh orang seperti Mulyo dan pihak kerajaan termasuk polis serta pihak berkuasa tempatan hanya 'memejamkan mata'. Apakah perasaan rakyat Indonesia?

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm#ixzz35Ws3IwXR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Aku Punya Pasal

Piala Dunia

Thursday, June 19, 2014

Sedar tak sedar 4 tahun sudah berlalu. Rasa macam baru saja menghadapi ujian psikologi ini dan sekarang ia datang lagi.Sebagai seorang lelaki yang biloginya tak minat bola, kedatangan World Cup umpama kedatangan bulan Ramadhan bagi orang munafik. Haha. Kalau nak kata aku tak minat bola sebab tak pernah didedahkan sukan ini, tak jugak. Sekolah rendah dulu parents aku selalu juga bawak aku ke stadium untuk tengok pasukan Perlis beraksi. Pernah jugak turun sampai Ipoh demi Final Piala FA. Petang - petang aku main jugak bola dengan kawan-kawan walaupun ada on off sehingga tingkatan 3. Namun hati ni tak tertarik untuk ambil port tentang sukan ni.

Bila Piala Dunia menjelang, perkara yang membuatkan aku malas adalah di mana saja pergi tak kira kedai runcit, ofis, pejabat kerajaan sehinggalah ke tandas awam semuanya bersembang bab bola. Aku paling tak suka dengan "the awkward moment" bila seseorang yang kurang rapat dengan aku cuba memulakan perbualan dengan " game semalam best kan..." " aku dok rasa team ^%&**& menang ni.." "hang sokong sapa " etc. Setiap kali aku dituju soalan begitu, aku hanya akan jawab " owh ya ka" dan ubah topik atau terus terang cakap " tak tengok pun". Tak kisah la, tapi akan nampak perubahan riak muka orang yang bertanya tuh seolah aku ni murtad pon ada. Haha.

Perkara yang menghairan seorang lelaki yang tak minat bola macam aku, macam mana seseorang itu boleh menyokong pasukan sesebuah negara yang bukannya pun negara mereka apatah lagi mempunyai kerakyatan negara tersebut?  Susah aku nak paham. Kalau bab Kelab bola aku boleh terima lah. Mungkin persoalan aku ni tampak kolot dan serius tak bertempat tapi aku cukup menyirap baru - baru ni bila mendengar jawapan seorang pemanggil di radio yang menyatakan "saya orang Melaka, jadi saya sokong Portugal " dengan nada bangga. Seolah beliau berbangga negaranya dijajah. Agak-agak apa perasaan pahlawan Melayu zaman tuh kalau tahu anak cucu mereka cakap begini.

Ok. Aku malas nak serius sangat. Aku mungkin tak minat Bola Sepak tetapi apabila pasukan Malaysia atau pasukan negeri aku yang beraksi, aku boleh bersorak bersedih bagai seolah aku minat sukan itu. Setiap serangan ke gawang Malaysia boleh mendengupkan jantung aku. Time macam ni aku selalu fikir begini gamaknya perasaan penyokong bola tegar selama menonton EPL dan sebagainya. Hehe.

Apapun aku harap kita tak terlalu fanatik dengan Piala Dunia sehingga jadi macam Bangladesh.


Dhaka: Authorities in western Bangladesh pleaded with football fans on Tuesday to remove tens of thousands of Brazilian and Argentinian flags from their rooftops as World Cup fever grips the normally cricket-mad nation.
Ahead of Thursday’s big kick-off in Brazil, many Bangladeshi towns and cities have been turned into seas of either yellow and green or blue and white in a reflection of the huge support for the South American giants.
But Mustafizur Rahman, government administrator of Jessore district, which is home to 2.7 million people, said the mass display of support for the tournament’s two favourites was disrespectful to Bangladesh’s own flag.


Aku Punya Pasal

Aku tension

Saturday, June 07, 2014


  1. Bangun pagi, buka tv, kelihatan muka-muka yang secara terang terangan dengan kerasnya menolak Hukum Hudud menerima pingat jasa negara daripada Ketua Agama Islam Malaysia. Aku jadi tension.
  2. Aku malas ambil port, aku nak ke kedai. Beli makanan. Beli surat khabar. Aku keluar rumah menuju ke lif. Aku tekan butang. Tak berapa lama lif pun terbuka. Aku masuk. Keliling aku semuanya mata sepet. Aku jadi tension.
  3. Aku malas nak ambil port, sampai lobi, aku berjalan keluar dari kawasan apartment. Jalan sedikit beberapa langkah, kelihatan orang Indon meniaga nasi lemak di tepi jalan. Aku jadi tension.
  4. Aku malas nak ambil port, aku terus melangkah menuju ke kedai, lalu di kaki lima kedai, kelihatan pula seorang orang Indon membuka toko membaiki kasut. Aku jadi tension.
  5. Aku malas nak ambil port, Aku berlalu masuk kedalam kedai menjual barang basah, aku perhati sekeliling, kelihatan seorang bangla menjadi pemotong ayam, tiga orang perempuan indon menjadi pembantu kedai dan cina menjadi tauke kedai. Pelanggan lain pun berbahasa Indonesia. Aku menjadi tension.
  6. Aku malas ambil port, aku masuk pula ke dalam pasaraya mini, kelihatan anak-anak India berlari sana sini. Aku nak beli susu. Jadi aku pun menuju ke bahagian minuman, kelihatan muka vietnam ataupun Myanmar barangkali, sedang sibuk memilih arak di bahagian minuman. Aku jadi tension.
  7. Aku malas nak ambil port, aku beratur, bayar, dan menuju pula ke kedai majalah berhampiran. Aku nak beli surat khabar. Sampai kedai majalah, aku pun mencapai naskah Harian Metro dan membayar Rm1.50 kepada tauke india. Aku belek muka hadapan, terpampang tajuk "pulang dari Nepal" dengan latar belakang muka perempuan Melayu menangis disisi ibunya. Aku jadi tension.
  8. Aku malas nak ambil port, aku pun berjalan pulang ke rumah. Melalui tapak parking, kelihatan flyer-flyer disisip pada wiper kenderaan. Ada juga yang bersepah di atas lantai. Aku pun belek, hurmmm..Aku jadi tension.
  9. Aku malas nak ambil port, ya ka aku malas nak ambil port. Tapi kan, Kalau aku malas nak ambil port, kenapa pulak aku yang nak tension lebih lebih. Sultan pun tak tension macam aku. Najib pun tak tension macam aku pun. Menteri Menteri pon tak sampai tahap tension macam aku. Pembangkang yang terkangkang-kangkang pun tak tension macam aku. YB-YB pun tak tension macam aku. Kenapa aku yang bukan penerima anugerah negara nak tension lebih - lebih dari orang yang menerima anugerah dari negara. Aku hanyalah rakyat marhaen. Kenapa aku pulak yang nak tension lebih-lebih kan.


Flickr Images