24 June 2014

Ceroboh Dan Roboh

Apa perasaan anda apabila melihat rumah seseorang di roboh oleh Kerajaan? Tak kira Kerajaan BN mahupun Kerajaan PR. Semestinya anda akan meletakkan gambaran situasi anda di tempat mereka bukan? Rumah yang didiami puluhan tahun mungkin beberapa generasi sudah akhirnya di roboh. Secara tiba-tina tiada tempat tinggal.Sudah tentu anda akan berteriak kerajaan tempatan zalim persis Zionis. 

Gambar hiasan
Namun sedar tak sedar, tak terfikirkah siapa yang menzalimi siapa? Dalam kebanyakan kes yang aku lihat, "penduduk" menyatakan bahawa mereka telah lama mendiami kawasan tersebut, jesteru tanah tersebut adalah tanah mereka. 

Cuba anda tempatkan diri anda dalam situasi pemilik tanah sebenar pula. Anda mempunyai sebidang tanah namun tidak mempunyai modal atau tidak berminat untuk memajukan tanah tersebut. Jadi anda membiarkan tanah ia terabai. Dalam jangka masa itu, beberapa orang telah mendiami tanah anda. Samada anda tidak sedar mahupun anda sedar tapi memikirkan ada baiknya tanah diduduki mereka dengan harapan sekurang-kurangnya dapat dimanfaat untuk suatu masa atau sekurang-kurangnya tanah anda itu terurus.

Masa berganti masa, anda mempunyai modal atau pembanggunan sekitar membuatkan anda terfikir untuk membangunkan tanah anda sesuai dengan permintaan pasaran sekitar. Namun secara tiba-tiba mereka yang anda benarkan menumpang menuntut hak tanah anda dengan alasan mereka sudah lama menguruskannya. Ada juga yang menuntut pampasan sesuai dengan harga tanah. Sedangkan secara terang - terang geran adalah nama anda. Macam mana tuh? 

Sebagai "penduduk" di tanah orang, perlulah set di minda dari hari pertama yang anda hanya sekadar menumpang. Maka tumpanglah dengan berhemah. Apabila pemilik inginkan semula, janganlah pula nak mempertikai sesuatu yang bukan hak anda. Orang dah bagi menumpang pun sudah besar tuah. Patutnya dengan tempoh masa yang lama anda menumpang tuh, anda sudah boleh menjimatkan banyak wang dari segi kos sewa. Guna lah duit yang dijimatkan tuh untuk kumpul modal beli rumah dan bukannya memperbesarkan rumah di tanah tumpangan.

P/s : teringat pulak aku pada kes ini

Tanah Kedutaan Malaysia di Jakartakena ceroboh
KIRA-KIRA 12 tahun lalu Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia memiliki sebidang tanah di Kemang Raya, Jakarta Selatan.
Di situlah terletak kediaman rasmi duta besar. Bagaimanapun pada 1998 ketika Indonesia dilanda huru-hara akibat tindakan reformasi menjatuhkan Presiden Suharto, tanah berkenaan telah diduduki oleh penduduk tempatan.
Pengawal keselamatan yang menjaga kediaman berkenaan menerima wang suapan sebanyak Rp35 juta atau kira-kira RM12,000 dan terus melarikan diri bersama wang berkenaan dan membiarkan tanah berkenaan diduduki oleh sekumpulan penduduk. Lebih tepat lagi oleh sekumpulan orang Ambon yang cukup dikenali sering terlibat dalam persengketaan tanah di Jakarta.
Tanah berkeluasan 4,950 meter persegi dibeli oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1971 daripada Rumphus Erwin Sondakh. Selepas itu ia diduduki oleh Frederik Matheus Pietersz. Penceroboh berkenaan telah menjualnya kepada Mulyo Setiawan.
Pada tahun 1999 Mulyo telah memfailkan bantahan di mahkamah berikutan hak milik beliau ke atas tanah berkenaan dibatalkan, tetapi telah ditolak.
Mulyo seterusnya mengajukan rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi dan permohonannya kali ini ditunaikan.
Bagaimanapun pada 2001, Kedutaan Besar Malaysia mengemukakan rayuan ke Mahkamah Agung Indonesia dan akhirnya pada 2004 mahkamah memutuskan bahawa tanah itu adalah milik kerajaan Malaysia.
Namun sepanjang tempoh itu Mulyo terus menduduki tanah berkenaan yang kini mempunyai beberapa buah rumah kediaman, juga digunakan sebagai tempat letak kenderaan.
Sepatutnya pada 21 April lalu operasi mengusir penceroboh tanah milik Malaysia dilakukan, tetapi sehari sebelum tarikh tersebut pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Luar Indonesia memaklumkan ia ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Keputusan itu memang cukup mengecewakan bagi pihak Malaysia, kerana usaha selama 12 tahun ini yang telah menelan belanja jutaan ringgit akhirnya tidak membuahkan hasil.
Sebenarnya dalam setiap kali pertemuan di antara Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia, isu berkenaan akan dibangkitkan. Setiap kali itu juga janji demi janji diberikan bahawa isu tersebut akan diselesaikan. Begitu juga dalam pertemuan para pemimpin mahu di peringkat kementerian atau kedutaan, isu yang sama turut dibangkitkan.
Sedangkan jika mengikut Konvensyen Geneva tanah yang dimiliki oleh sebuah kedutaan adalah dianggap sebagai sebuah negara. Ini bermakna tanah berkenaan adalah sebahagian tanah air Malaysia. Menceroboh dan menduduki tanah berkenaan adalah sama juga dengan menceroboh kedaulatan Malaysia.
Janganlah kerana hanya tanah 'sekangkang kera' itu terus menjadi duri dalam daging kepada hubungan baik Malaysia dan Indonesia. Bayangkanlah jika rumah kedutaan besar Indonesia di Kuala Lumpur dirampas dan diduduki oleh orang seperti Mulyo dan pihak kerajaan termasuk polis serta pihak berkuasa tempatan hanya 'memejamkan mata'. Apakah perasaan rakyat Indonesia?

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm#ixzz35Ws3IwXR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Share:

0 Rangsangan: