31 August 2014

Selamat Hari Merdeka

Sebenarnya hari kemerdekaan dengan diri aku ni agak sebati kerana tarikh lahir aku beberapa hari saja sebelum hari Kemerdekaan. Jadi dalam masa nak tunggu sambut birthday ( kalau budak2 dulu birthday ni macam hari yang bermakna bagi aku ) suasana kemerdekaan dah mula rancak lah.

Kalau nak dibandingkan dulu (2000 ke atas) dan sekarang, aku rasa macam sambutan kemerdekaan dulu-dulu lebih meriah. Namun benda ni aku tak pasti sama ada terasa meriah kerana aku masih kecil dan semua benda nampak meriah ( macam hari raya etc) atau memang benar sekarang sambutan dah makin kurang menarik.

Apapun sekarang hidup di zaman DS Najib Tun Razak, aku rasa nilai patriotisme pada negara dah makin kurang. Yang makin bertambah adalah jurang perpaduan kaum yang makin hari makin jauh. Sekarang dah jadi hari-hari ada aja berita - berita Raja dihina, pemimpin dihina, Islam dihina, Melayu dihina dan segala macam perkara diluahkan dengan bebas tanpa sekatan. Berkat permansuhan ISA.

Kalau ditanya pada aku, aku berpendapat yang DS Najib ni seorang pemimpin yang kurang berkaliber. DS Najib ni nampak macam banyak ikut cakap penasihat - penasihat ( PEMANDU, Konsultan Antarabangsa etc) berbanding dari menggunakan idea sendiri. Macam tukang angguk. Ini membuatkan aku gusar juga kadang-kadang dengan masa depan negara. Bunyik macam gempak aja kan sekutu-kutu aku nak fikir masalah negara. 

Tapi itulah realitinya bagi aku. Berbeza dengan zaman Tun Mahathir menjadi PM. Pada zaman tuh aku rasa aku tak ambil peduli tentang apapun masalah negara. Satu ya mungkin sebab masih kecil, tapi satu lagi sebab aku rasa apapun cabaran, halangan atau badai yang melanda, Tun Mahathir akan buat sedaya upaya untuk mengatasi segala permasalahan tersebut. Terasa yakin yang pemimpin sedemikian tak akan lari dari tanggujawab. Namun macam sekarang, aku terasa macam rakyat tiada tempat bersandar. 

Lagi satu bab PM Najib ni, kalau tengok gambar-gambar beliau yang hari-hari keluar dalam akhbar pun aku rasa nak gelak atau paling kurang tersenyum. Beliau selalu tampak kelakar atau tak serius. Mungkin kerana minda aku dah tercemar dengan gambar-gambar Troll beliau yang dihasilkan Red Bean Army ataupun mungkin kerana beliau sendiri selalu buat nak nampak cool tapi akhirnya tampak kelakar.

aku sorang kah rasa begitu?

mungkin beliau nak tunjuk yang beliau trendy dan boleh masuk
dengan orang muda namun bila buat perangai kebudakan macam ni membuatkan hilang
rasa 'gerun' pada seseorang pemimpin.
Berbeza dengan Tun yang mempunyai riak wajah lebih serius namun ada masa mampu melawak.
Kalau ditanya kenapa aku bandingkan dengan Tun M, tak lain hanyalah kerana aku pernah hidup dibawah pemerintahan beliau sahaja. Kalau pernah hidup bawah PM-PM lain mungkin aku boleh panjangkan lagi perbandingan. Pak Lah Who? hahaha..

Apapun Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-57 dari aku seorang kutu berjiwa besar.

P/s : aku ke Arked Niaga Padang Besar pada 31 Ogos, tampak meriah dengan kehadiran orang luar datang shopping. Namun yang sedihnya bila memikirkan 99% peniaga disitu adalah warga Thai dan meniaga di lot-lot arked yang di-ali baba kan oleh orang Melayu sendiri. Merdeka kah kita ? Hmmmm

Share:

25 August 2014

NED ?

Kalau orang tengok aku, mungkin nampak macam pemuda pemuda yang lain. Pemuda yang hanya fikir nak enjoy, lepak, usha awek dan segala negativiti yang lain. Sesetengah tu ada benarnya namun jauh disudut hati ini, tersemai jiwa yang berwawasan. Yang kekadang tuh aku rasa lebih berwawasan daripada Menteri - Menteri yang dilantik atas platform politik yang korup. 

Ke'wawasan'an dalam diri aku ni bukannya lahir dari didikan mahupun terikut ikut dakyah pihak sana sini tetapi lahir dari perasaan cinta akan Tanah Air pusaka nenek moyang kita. Kalau tak sebab aku sayang akan bumi bertuah ni, takda masanya aku nak ambil port bab politik yang tunggang langgang tuh. Lebih baik aku ambil port bab gosip artis cerai, kena tangkap basah dan sebagai porno yang lain. 

Kalau bab tv, aku dari kecik tak minat bab hiburan sangat. Aku lebih suka program berunsur dokumentari. Tak kira lah Animal Planet, National Geographic mahupun Discovery Channel. Dalam banyak-banyak jenis dokumentari pulak, aku lebih suka genre sejarah, biography mahupun perkara-perkara perihal politik dunia. 

Seingat aku sejak aku naik Sekolah Menegah, perkara pertama bila aku balik sekolah adalah makan nasik sambil belek Utusan bahagian Luar Negara. Berita dalam negara aku tak ambil port langsung. Aku akan baca event yang berlaku diluar sana. Perang dimana, US gaduh dengan sapa dan sebagainya.

Malam ni (2.50am) aku tak ngantuk lagi dan memandangkan esok tak perlu bangun awal, jadi aku layan aja dokumentari tentang bekas Presiden Venezuela,Hugo Chavez diYoutube. Kalau sapa tak kenal Hugo Chavez, google lah sendiri. Dah mati dah pun dia ni. Apa yang membuatkan aku kagum dengan dia adalah sikap beraninya melawan imperialisme US dan solidaritinya pada rakyat Palestin dan negara anti-US yang lain.




Sedikit cerita lah tentang Hugo Chavez, beliau asalnya seorang pegawai Tentera Muda dalam Tentera Vanezuela. Sewaktu berlaku tunjuk perasaan pada tahun 1987 keatas Presiden Venezuela ketika itu yang tidak popular dikalangan rakyat, beliau mengambil keputusan untuk melakukan rampasan kuasa setelah Kerajaaan ketika itu mula menggunakan tentera untuk membunuh penunjuk perasaan. Bersama beberapa pegawai muda yang lain, beliau melancarkan Kundeta yang akhirnya gagal. Walaupun gagal, beliau dianggap wira pada rakyat Venezuela.


Beliau memikul tanggujawab dan dipenjarakan selama 2tahun. Pendek cerita, 6 tahun selepas itu beliau memenangi pilihan raya Presiden secara demokrasi dan memegang tampuk pemerintahan. Tidak seperti Presiden sebelumnya, beliau melaksanakan polisi Anti-US. Memandangkan Vanezuela memiliki rezab minyak yang banyak, US selaku pendokong Demokrasi pun tidak boleh membiarkan ia begitu saja. Pada tahun 2002, US menggerakkan NGO nya bernama National Endowment for Democracy (NED) membantu pihak pembangkang yang ketika itu sedang menjalankan tunjuk perasaan jalanan untuk menjatuhkan Hugo Chavez.


Nak dijadikan cerita, Hugo Chavez hampir digulingkan namun last minute beliau diselamatkan oleh sepasukan tentera yang setia padanya sebelum dibawa pulang ke Istana Presiden yang ketika itu sudah dikerumuni penyokong setia beliau. US yang malu disebabkan usaha menjatuhkan Hugo Chavez tidak berjaya mula lah tidak mengaku segala kegiatan mereka sebelum itu. Disini kita boleh lihat perangai US yang tak peduli pon demokrasi sebenarnya yang penting kepentingan mereka saja.

Pulang ke Istana Presiden setelah pihak pembangkan gagal dalam rampasan kuasa
Demokrasi hanyalah alat untuk menjatuhkan kerajaan anti-US yang tidak mengamalkan sistem demokrasi seperti mana operasi 'IRAQI FREEDOM' yang kononnya nak menjatuhkan diktaktor dan menegakkan demokrasi dibumi Iraq. Macam kes Venezuela yang mana kerajaan telah pun mengamalkan demokrasi, mereka menggunakan pula alasan Kerajaan sedia ada tak cukup demokratik, tak telus dan sebagainya. Semua takkan serba kena pada sesebuah kerajaan itu selagi tak tunduk bawah telunjuk mereka.

So kalau macam di Malaysia, kita sedia maklum adalah sebuah negara demokrasi. Namun ada NGO-NGO di Malaysiayang didokong oleh parti politik mempertikaikan ketelusan demokrasi negara. Maka mereka melakukan tunjuk perasaan. Dalam melakukan tunjuk perasaan tersebut, NGO-NGO ini disokong pula dari segi kewangan oleh pihak NED. Nampak tak persamaan situasi Venezuela dengan situasi di Malaysia? Permainan yang sama, pemain yang sama. Bezanya hanya tempat, masa dan kuda tunggangan.

Demonstrasi BERSIH

Sumber WIKIPEDIA NED - http://en.wikipedia.org/wiki/National_Endowment_for_Democracy
Bagi aku, pemimpin politik yang patriotik tidak akan sesekali meminta bantuan atau menerima bantuan dari anasir luar. Sejauh mana pun kesulitan, bantuan patut hanya diterima atau diminta dari sumber dalaman kerana tangan-tangan asing tidak akan membantu dengan percuma. Tidakkah kita belajar dari sejarah datuk nenek moyang kita tak kira sejarah Kesultanan Kedah, Melaka, Selangor, Perak yang telah meminta bantuan luar apabila berlaku pertikaian dalaman dan apa hasilnya ?

Pemimpin pembangkang Vanezuela memohon bantuan luar
Share:

22 August 2014

Moden ?

Apakah itu negara yang membangun a.k.a moden ? Menurut laman WIKIPEDIA, definasi negara membangun ialah :-
Sebuah negara maju, negara perindustrian, atau "secara ekonominya maju", ialah sebuah negara berdaulat yang mempunyai ekonomi yang maju dan infrastruktur berteknologi tinggi. Kebiasaannya, kriteria untuk menilai tahap pembangunan ekonomi adalah keluaran dalam negara kasar (KDNK), pendapatan per kapita, tahap perindustrian, jumlah infrastruktur meluas dan standard sara hidup. Kriteria yang patut digunakan untuk diklasifikasikan sebagai negara membangun masih menjadi perdebatan.
Jika dapat dilihat pada ayat akhir tersebut dinyatakan bahawa kriteria yang patut digunakan masih menjadi perdebatan. Ini kerana bagi sesetengah orang, kemajuan adalah dari segi kosmetik manakala bagi sesetengah yang lain kemajuan patut didefinasi dari segi rohaniah atau mentaliti.

Dalam kes ini, aku lebih cenderung dengan pendapat mentaliti sesebuah masyarakat itu melambangkan kemajuan lebih dari sekadar kemajuan fizikal. Jika kemajuan ini dari sudut mentaliti diambil kira, dimanakah negara kita Malaysia berada? 

Banyak perkara sekeliling masyarakat kita yang membuatkan aku geleng kepala dan sedih. Selalunya perkara ini hanya remeh dan mudah namun tak mampu nak dilakukan dengan baik oleh orang kita tak kira yang berpendidikan tinggi mahupun yang kurang pendidikan.

Budaya Buang Sampah
Contoh mudah bab buang sampah. Perkara yang sering aku lihat adalah orang membuang sampah merata-rata dari tingkap kenderaan, semasa berjalan-jalan, semasa melepak dan kalau macam kat kampung aku tinggal ni, sampah dibuang ke sungai. Yang paling memilukan kalau jenis buang sampah beberapa meter aja dari tong sampah yang disediakan. 

Credit : http://sindiket.files.wordpress.com/
Mungkin kita rasa mudah membuang merata-rata namun pada akhirnya jika semua bersikap begitu, masalah akan berbalik semula menimpa kita. Kita jugak nanti yang akan rasa "sakit mata" melihat keadaaan sekeliling yang tak terurus. Bagi jenis buang sampah dalam longkang atau sungai, ia akan menyebabkan tersumbat dan akhirnya banjir menimpa dan yang sengsaranya kita sendiri. Selain itu, penyakit macam aedis pon mudah merebak. Yang nak sakitnya kita jugak.Benda simple, kenapa orang kita tak mampu berfikir? 


Tidak beratur Dan Memotong Que
Perkara ini berlaku tak kira samada dijalan raya ataupun di kaunter-kaunter tiket. Semua orang nak memudahkan hidup masing-masing dengan menyusahkan hidup orang lain. 

credit : www.bubblynotes.com
Bila perkara ini berlaku pada kita, janganlah kita melakukannya pula pada orang lain dimasa hadapan yang akhirnya akan menjadi budaya. Mungkin hari ni dengan berbuat demikian kita jimat 20 minit masa perjalanan, namun esok lusa orang lain buat begitu pada kita, kita pulak rugi 20 minit. Aku sentiasa panas hati kalau drive di Kuala Lumpur dengan karenah manusia begini namun apa yang aku pegang, "what you give, u get back.Allah Maha Adil" cuma kita ja mungkin tak nampak bila balasan ini berlaku pada mereka mereka tuh.

Kat Jepun tengah kebulur lepas gempa bumi pun masih berdisplin beratur
Tak guna bertolak-tolak, kalau dah bukan rezeki jump que atau cemanapun tak kemana
Penggunaan Tandas
Ini yang paling aku hairan sekali. Kalau menggunakan tandas awam atau mana-mana tandas selain dirumah, aku selalu terfikir macam mana orang Malaysia boleh jadi sebegini ganas ketika di dalam tandas. Seolah-olah time berak mereka bertukar menjadi hulk. Habis melayang pelapik tempat duduk, patahkan flush, tercabut penutup air flush, patah kunci2 pintu jamban. How come? 

Tandas Alamanda, Putrajaya - fauziblues.com
Ok, part ni kalau aku nak fikir logik, mungkin lah kot sesetengah orang bila nikmat tahi keluar dia jadi hyper power. Tapi part yang aku tak faham dan tak mampu nak explain adalah kenapa majoriti orang Malaysia tak reti nak flush tandas yang menggunakan mekanisme yang simple. Tarik atau tekan. Monyet tak terlatih pun mampu lakukan. Kenapa? aku sering geleng kepala sangat2 part ni. Dimanakah etika kita.

Satu lagi kalau dalam tandas ni, kalau lelaki tuh selalu nak merokok time berak. Aku bukan perokok tak faham kenapa namun aku terimalah mungkin kepuasan cara masing-masing macam aku yang perlu ada bahan bacaan kalau nak berak. Namun masalahnya mereka ni. bila sudah berak kenapa tak buang puntung dalam lubang jamban tuh, kenapa perlu padamkan bara api dipenutup jamban, dikotak tisu yang kebanyakan dibuat dengan plastik. Kan dah bertompok sana sini dengan kesan terbakar. Adoi.

Bas terbakar angkara buang puntung rokok dalam tandas di Sabah. Human..how come????
Pejalan kaki
Di negara moden bermentaliti tinggi, pejalan kaki atau basikal diberi keutamaan oleh pemandu kenderaan.



Namun di Malaysia, lagi nampak orang lintas, lagi nak laju kenderaan

run for your life

Kalau ikutkan banyak gila contoh aku nak beri namun tulis panjang -panjang belum tentu orang baca kerana majoriti orang Malaysia terbukti malas membaca. Sebab tuh percaya aja bulat-bulat sms berangkai atau berita-berita hoax .

Hari ni merupakan Hari Berkabung bagi negara kita diatas tragedi MH17 yang berlaku 1bulan 5 hari lepas. Pada hari ini rakyat Malaysia boleh melihat sambutan penuh hormat Negara kepada jenazah-jenazah mangsa yang tiba dari Belanda dimana acara menyambut sudah setaraf dengan upacara menyambut seseorang wira negara yang terkorban atau pemimpin negara yang meninggal. 


Disini pada hemat aku kita "terpaksa" melakukan sambutan sebegini setelah "kagum" melihat penghormatan yang tinggi diberikan Kerajaan dan rakyat Belanda kepada mangsa-mangsa walaupun banyak yang bukan warganegara Belanda pun.

Amsterdam - dailymail.co.uk

pemandu memberhentikan kenderaan disisi jalan tanda penghormatan - dailymail.co.uk
Disini aku bukan nak mempertikaikan sambutan sedemikian, cuma aku nak tunjukkan macam mana cara negara maju dan rakyatnya menghormati jenazah berbanding orang kita selama ni. Hairan kalau difikirkan. Kita dikurniakan dengan Islam yang mengajar semua ini namun nilai-nilai murni sedemikian lebih ditonjolkan oleh mereka yang bukan Islam.

Semoga Kerajaan Malaysia mempunyai plan untuk brainwash rakyat agar mengubah budaya buruk ini.
Share:

10 August 2014

Pengalaman Ditahan Orang Tak Dikenali : DO & DON'T

Petang tadi aku ke Wang Kelian yang terkenal dengan laluan berbukit dan pemandangan yang menarik. Dulu2 aku selalu kesana dengan gf/tunang (sekarang bini) untuk layan view, tapi dah sekarang berjauhan, maka aku redah saja sorang2.

Tujuan ke sana sekadar nak mencuba kamera ala2 GoPro iaitu SNJ4000 yang baru dibeli adik aku. Ada projek video aku nak buat dimasa depan, jadi saja la nak menge”test” serba sedikit.

Setiba disana, aku pon layan satu lap laluan berliku-liku sebelum berhenti ditepi jalan untuk ambil gambar view dari “look out point”. Untuk ke “look out point” ni, aku kena berjalan sebab kereta aku agak lowered, tak lepas nak naik ikut laluan kecil dan curam tuh. Jadi aku hanya park dibawah sebelum berjalan ke sana. Tak jauh pun, dalam 100meter.

view dari "lookout point"
Sudah ambik video dan gambar serba sedikit, aku pun turun semula ke kereta. Waktu tuh aku perasan ada sebiji Myvi model baru kaler ungu gelap tengah park beberapa meter dari kereta aku. Tanpa sebarang syak was sangka aku terus beredar.Sambil  drive kereta menuruni bukit Wang Kelian, aku sambung rakam video. Bahaya jugak rakam video sambil belok membelok ni. Kekadang mata lebih ke skrin kamera dari ke jalan.

Sampai saja dilaluan mendatar,  aku perasan yang Myvi tadi berada dibelakang aku sambil memberi lampu tinggi beberapa kali. Aku waktu ni terfikir apahal pulak kereta belakang ni. Sambil berfikir samada aku tertinggal sesuatu di parking atau mungkin dia nak memotong gamaknya, maka aku pun perlahankan kenderaan. Waktu tuh tingkap kereta aku memang dalam keadaan turun. Kereta myvi yang dari tadi dibelakang terus memotong dengan perlahan sebelum drivernya menurunkan tingkap dan mengarahkan aku berhenti. Dalam kereta myvi  tuh ada sorang ja, drivernya yang berusia dalam lingkungan lewat 20an atau awal 30an.

nampak myvi kat belakang tuh ..?
Aku waktu ni dah tertanya-tanya dalam hati apa hal ni. Pemikiran negative dan positif datang bercampur2. Aku ni pun satu, dalam situasi macam ni masih berfikiran nak menolong orang sebab menyangka mungkin ada kecemasan atau dia perlukan bantuan. Lagipun dia sorang  dan muka pun skema ja aku tengok. Takda rupa perompak.Maka aku pun berhenti ke tepi. Kereta Myvi tersebut berhenti dibelakang.

tempat aku berhenti
Kebetulan dalam kereta aku dah memang ada standby pepper spray, aku pon masukkan aja menda alah tuh dalam poket seluar buat langkah berjaga sebelum turun dari kereta.

Brader tersebut dah keluar berdiri dibelakang kereta aku. Sewaktu melangkah aku perasan dikeretanya ada tertera sticker Polis. Tapi part sticker Polis atau mana2 jabatan penguatkuasa ni bukan boleh pakai sangat. Senang ja nak beli. Rm4 dah boleh dapat.

 Brader tuh pun bertanya “number kereta ni register atas nama siapa ya? “

“ saya.. kenapa?” aku menjawab.

“saya periksa tadi, number ni diregisterkan atas kereta model Honda Accord”

Aku pon tak tau nak bagi respon apa sebelum terus bertanya “ Encik ni siapa ?”

“saya polis….” Jawab brader tuh.

“kalau ya polis..tunjuk la kad kuasa saya nak tengok” aku pun praktikan apa yang selama ni aku baca di internet, bab kalau ditahan mereka yang berpakaian awam.

‘Polis’ tersebut pun mengeluarkan dompetnya lalu menunjukkan satu kad dengan pantas. Serius laju. Macam pertunjukkan magic.

Aku waktu ni tak tahu samada nak gelak atau takut. Aku pon kata “ apasal laju sangat tunjuk..bok mai sini saya nak tengok betul2..”

‘Polis’ tersebut yang kelihatan macam sama2 kaget seperti aku terus simpan dompet dan cakap “mana boleh saya bagi orang pegang kad saya”

Aku yang dah rasa semacam waktu ni, berkata “ sekarang kalau ada apa apa hal, jom kita ke balai terdekat.saya boleh cerita sana”

‘Polis’ tuh tak bagi respon tapi mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menelefon seseorang.  Aku pun tak nak ambil risiko memandangkan jalan tuh kiri kanan hutan getah, kenderaan pun tak banyak lalu. Jadi terus kata “jom balai…” sekali lagi sebelum bergerak menuju ke kereta. Saat ni suspen jugak sebab kalau penjenayah, mungkin time ni  akan berlaku pergerakan mengejut. Aku pun ready-ready ajalah nak capai apa patut. Tapi nasib baik aku tengok ‘Polis’ tuh masih ditelefon tanpa sebarang reaksi nak kejar atau apa2. Aku yang dah masuk kereta terus blah sambil pandang rear view mirror.  

Alhamdulillah tiada apa yang berlaku Cuma sampai sekarang aku tertanya tanya apa motif brader tuh memberhentikan aku. Nak kata nak merompak, takda gaya. Muka pun skema. Dia sorang pulak tuh. Nak kata Polis, kenapa dia tak berani nak tunjuk kad kuasa dia betul-betul ? dan kalau betul nak periksa aku, kenapa dia taknak ke balai seperti aku cadang? Aku pun tak tahu cuma bersyukur tiada perkara buruk berlaku.

Disini berdasarkan pengalaman yang aku lalui, aku nak listkan “Do” dan “Don’t” jika anda berdepan dalam situasi yang sama. Mungkin sedikit info ini berguna untuk saat-saat mencemaskan begini kerana kita tak tahu mungkin satu hari perkara yang kita baca diakhbar boleh berlaku pada kita pula. 

Don’t
Do
     ·         JANGAN BERHENTI jika diarahkan orang tak dikenali walau apa jua alasan. Pandu terus. Kalau masih didesak, terus ke Balai Polis berdekatan. Aku tak syorkan sangat berhenti walaupun ditempat ramai orang sebab sekarang tempat ramai orang pun penjenayah berani beraksi
     ·         Jangan biarkan kenderaan anda dihalang. Biar dia park belakang. Apa2 hal senang nak beredar
     ·         Jangan matikan enjin kereta
     ·         Aku syorkan simpan la sesuatu dalam kereta sebagai langkah berjaga samada pepper spray atau apa2 terutamanya perempuan.
     ·         Mintak kad kuasa kalau mengaku pasukan beruniform.
     ·    Ambil no plat kereta tersebut (aku tak sempat langsung hafal sebab focus ke lain)
Share:

05 August 2014

Tiket Flight, Satu Perjudian

Hidup ini sebenarnya satu perjudian. Setiap perkara yang kita lakukan sebenarnya memperjudikan untung rugi, timbal balik bagi kehidupan kita bukan sekadar di dunia malah di akhirat. Bercakap pasal berjudi, sejak menjadi seorang weekend husband dari bulan November lalu, aku telah lama bergiat dengan satu sindiket judi ni. Sindiket pejudian yang aku join ni tak la tinggi sangat risikonya namun mampu menjimatkan duit serta memberi aku pulangan berganda jika kena gaya.

Perjudian yang aku join ialah perjudian tiket flight. Masih tak faham? Semua sudah sedia maklum dengan penerbangan tambang rendah bukan? Kalau kat Malaysia ni yang sudah tentu AirAsia selain anak syarikat MAS, Fireflyz sebelum disertai dengan Malindo Air. Bercakap tentang tambang murah, betulkah ia betul-betul murah? Kalau jual harga tiket puluh - puluh Ringgit ja macam mana Syarikat Penerbangan tersebut mampu bertahan bahkan terus maju? 

Sebenarnya, konsep penerbangan tambang murah ni lebih kepada "perjudian". Semua benda didunia ni yang too good to be true mesti ada something punya. Ini kerana untuk menikmati tambang yang  betul-betul murah, kita selalunya perlu membeli tiket beberapa bulan lebih awal dari tarikh perjalanan tersebut. Dan Selalunya kita bukan boleh ramal apa yang akan berlaku beberapa bulan kemudian. Samada cuti diluluskan atau tidak, kesihatan baik atau tidak, modal bercuti cukup atau tidak. Tapi bagi kebanyakan orang, dengan harga tiket yang murah sebegitu, ia bukan satu risiko yang besar. Namun bagi aku yang memerlukan perjalanan yang kerap, risiko yang kecil didarab banyak kali perjalanan boleh menjadi besar. 

Ok. Sekarang aku nak bercerita tentang pengalaman aku yang baru berjinak dalam perjudian tiket kapal terbang ni. Selepas tunang aku *sekarang bini* mendapat kerja di Putrajaya beberapa bulan sebelum kami berkahwin, aku telah membuat keputusan nekad untuk kerap ke sana. Dari Perlis nak ke Kuala Lumpur ada beberapa kaedah perjalanan. 

Kereta api, aku tak pernah lagi try. Tapi dengan 12jam perjalanan, terlalu memakan masa dan menyeksakan. Nak Pandu sendiri, dengan kos minyak + tol RM3**.00 per trip pergi balik belum dicampur kebarangkalian tinggi kos kena speedtrap, wear&tear kenderaan + penat ? memang ni pilihan terakhir aku. Bas pula bagi aku merupakan pilihan yang baik kerana keselesaan dan harga tiket yang murah. Namun jika ada tiket kapal terbang yang sama harga dengan tiket bas disamping memakan masa hanya 2 jam berbanding 8 jam dan dengan rekod keselamatan yang lebih baik. Mengapa tidak naik kapal terbang aja kan?



Kebetulan pada hujung tahun bulan November AirAsia telah membuat promosi serendah RM59 pergi balik (Harga tiket RM0 cuma bayar airport tax + fuel surcharge) bagi penerbangan domestik, aku tanpa berfikir panjang terus membeli hampir 10 tiket pergi balik ke sana bagi 3 perjalanan tahun 2013 dan selebihnya adalah perjalanan bagi tahun 2014 dimana trip paling lewat adalah bulan Julai, iaitu 8 bulan kemudian. Sewaktu itu aku hanya menyasarkan hari-hari cuti umum yang jatuh pada hari Jumaat atau Isnin so boleh lajak terus cuti weekend.



Pada bulan March 2014, Fireflyz pula membuat promosi tiket RM77 pergi balik bagi penerbangan domestik. Actually aku dah lama tak naik Fireflyz jadi setelah 5 bulan menaiki AirAsia, aku dah mula muak dan serik pun ada. Kalau naik Fireflyz, perjalanan aku menjadi lebih mudah sebab kapal terbang twin turboprop mereka mendarat di Lapangan Terbang Subang yang terletak 5KM aja dari rumah aku disana. Jadi mudah sangat. Tanpa berlengah, aku terus memperjudikan diri membeli 4 tiket pergi balik dengan penerbangan pertama 2 minggu kemudian.



Selepas menaiki penerbangan Fireflyz, aku dah memang tak nak dah beli tiket AirAsia melainkan harga tiket murah gila babeng. (refer perbandingan trip aku disini ). Di saat tuh aku macam nak borong lebih banyak tiket Fireflyz tapi promosi RM77 dah tamat dan diganti dengan promosi RM47 sehala. Bagi aku yang dah merasa naik RM38.50 sehala seperti sebelum ni, RM47 tuh mahal harganya jadi aku tak jadi tambah tiket melainkan ada lagi offer sebegitu. Tak lama kemudian promosi Fireflyz menjadi semakin mahal dimana ia naik pula pada harga Rm57 sehala. Aku yang pada waktu ini dah mula rasa menyesal sebab tak beli aja tiket RM47 tuh terus sambar jugak 2 tiket pergi balik dengan promosi RM57 sehala ni. Sangkaan aku tepat kerana tak lama kemudian promosi naik menjadi RM69 sehala. 

In the end, promosi RM77 pergi balik tuh merupakan the cheapeast tiket oleh Fireflyz yang pernah aku nampak bagi haluan aku. So since then, aku dah setkan dalam diri jangan terlalu cheapskate dan kalau harga tiket flight bersamaan tiket bas, jangan fikir panjang.

Dulu nak naik KLIA transit dari LCCT kena naik bas.Sekarang tak lagi
Dah nama perjudian, mesti ada untung rugi kan. Meh sini aku nak senaraikan untung rugi aku. Kerugian yang berlaku tak lain dan tak bukan kerana faktor yang kita tak boleh kawal. Dah nama pun beli tiket berbulan awal.

Untung
Rugi
·         Aku nikmati tiket Rm100-RM150 lebih murah bagi setiap perjalanan.
·         Parking kenderaan airport Alor Setar bertukar tangan. Rate dari Rm5/day dah naik jadi RM13/day.
·         Sejak Mei 2014, dah ada KLIA Transit Train ke KLIA2, tak perlu lagi penat2 naik bas dari LCCT ke Stesen Train Salak Selatan.
·         Aku baru tahu tarikh Deepavali 2014 tak fix, tiba2 bertukar sehari awal. Jadi aku beli tiket baru sehari awal. But in the end aku decide tak nak ke KL waktu tuh tapi nak bercuti ke tempat lain, beli pulak tiket baru untuk bercuti. Huhuhu.
·         Sejak May 2014, AirAsia dah start charge KLIA2 Fee Rm3 per trip dari KLIA2 ke mana mana destinasi. Bagi yang beli tiket sebelum tuh tak kena charge
·         Ada satu trip aku tak naik flight AirAsia tapi beli tiket baru Fireflyz sebab aku malas nak turun LCCT waktu tuh.huhu
·         Dah susah nak dapat harga murah seperti sebelumnya kerana kos operasi makin tinggi. Dengar kata MAHB akan naikan airport tax kedepan.
·         Ada satu trip aku tak balik naik flight tapi balik naik kereta



Keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan pembelian aku. Ini kerana kalau dikira dari segi keseluruhan, tiket yang aku burn bernilai tak lebih RM150. Manakala aku dah beli tiket dengan harga Rm100-RM150 lebih murah. Nak kira secara tepat agak sukar sebab nak harga tiket sehari sebelum bertolak boleh cecah RM250 sehala manakala beberapa hari awal boleh cecah RM 150. Kalau cincai2 kira, untuk pembelian borong pertama aku, 20 tiket sehala dengan AirAsia yang bernilai hampir RM600, aku hanya boleh dapat 4 tiket RM 150 sehala kalau beli beberapa hari sebelum perjalanan. Nampak tak beza?

Kalau naik MAS boleh mengaji Quran di 29 000 kaki
Tips aku bagi yang nak berjudi macam aku :-
  1. Kalau beli last minute, selalunya tiket AirAsia lebih mahal dari MAS.
  2. Perhati betul-betul bila nak tekan next sewaktu membeli secara online, tak pasal kos bertambah sebab langgan insurans dan sebagainya. ( Bapak aku sebelum ni tak tahu, main tekan aja next..next dan bayar)
  3. Kalau beza harga setakat RM20-RM30, better naik MAS dari AirAsia. * bergantung pada poket masing2.Tapi kalau dah kaya, tak perlu lah beli tiket murah kan.haha
  4. Jangan menggelabah beli seat awal2 bagi yang nak beli.*aku suka tgk sunrise/sunset diawanan* Tunggu time check in kalau dapat seat yang tak kena gaya baru beli. Harga seat AirAsia RM6 (paling murah), MAS RM10, FireFlyz RM15. 
  5. Selalulah bukak web syarikat penerbangan untuk promosi terkini. Untuk MAS, jarang tunjuk promosi. AirAsia selalu keluar promosi, jadi tak releven sangat kalau nak borong melampau banyak. Bagi Fireflyz pulak, promosi ada sekali sekala namun jarang sekali nak bagi harga kaw2 murah. Kalau ada, terus sambar. Jangan fikir banyak. Malindo Air bagi aku paling kemut. Sepanjang aku dok bukak, baru ada sekali promosi murah. Tuh pun still mahal dari Fireflyz. Sebab tuh aku tak pernah naik.

(Segala penceritaan serta cadangan dalam post aku ni berdasarkan pengalaman aku naik dari Alor Setar ke Kuala Lumpur selama ni. Jadi ia mungkin berbeza dengan pengalaman dari bagi lain)

Share: