06 April 2014

Jimat

menaiki fireflyz seriously menyenangkan banyak hidup aku.semuanya pantas sebab aku tak perlu berlari terkedek kedek kesana sini sebab dalam masa dua jam aku dah sampai kl dari alor setar.

kusangkan hujan hingga ke petang, rupanya palat bertandang jua. flight pulang aku sepatutnya adalah pada pukul 7pagi hari ni (isnin) dan aku patut sampai alor setar dalam pukul 8am sebelum drive ke kangar dan terus balik tukar baju dan masuk ofis pada pukul 9am.

tapi pada hari jumaat lepas (hari aku berlepas ke subang) aku dah dapat call dan sms dari fireflyz mengatakan flight aku cancel dan ditukar ke pukul 11am hari yang sama. Lepas tu, pada hari ahad  (semalam) pula, aku terima satu lagi panggilan dari fireflyz mengatakan aku punya flight sudah dicancel sekali lagi dan ditunda pada pukul 2.15 pm. hampeh. tak pasal aku kena off sehari.

kalau ikutkan flight asal iaitu pukul 7 pagi, bini aku boleh aja hantarkan ke airport sekali lalu dia ke ofis. kemudian apabila ditukar ke pukul 11am aku boleh aja menumpang abang ipar aku sekali lalu dia keluar kerja.Apabila ditukar pula ke pukul 2.15 petang ni, aku terpaksalah pergi sendiri ke airport.

walaupun jarak airport dengan rumah aku hanya lebih kurang 7km, kalau cuaca malaysia sejuk macam europe, memang dah barus aku jalan kaki aja sampai minum kopicino ditangan dan sekali sekala menguis nguis salji takut terjatuh ke dalam kolam ais.

Jadi pilihan yang ada hanyalah menaiki taxi yang mengenakan charge rm20 atau menaiki bus rapid yang kosnya hanya rm2 tapi terpaksa tukar 2buah bas sebelum sampai. Selepas dicongak dan melihat pagi ni aku free aja, jadi aku buat pilihan paling murah tapi sulit iaitu menaiki bus. Aku tak pasti kekerapan bus melalui apartment aku di subang tuh so pagi tuh tiap kali dengar bunyi bus, aku akan jenguk ke tingkap dan melihat jam. Berdasarkan pemerhatian aku, bus sampai dibawah dalam 30minit sekali. Terrasa ala-ala sb la pulak buat kerja macam ni.haha.

Selepas membuat perkiraan masa, aku pun turun pada pukul 11.40 dimana kalau congak congak lagi 15minit bas akan datang. sambil menanti sempat la aku beli paper habuan membaca sambil menunggu bas. ada la 4 orang bangla bersama seorang budak melayu lain yang menunggu bersama aku. Dalam 15-20minit bas pun tiba, boleh tahan jugak ilmu matematik aku, aku memuji diri sendiri dalam hati. Bas yang aku naik ni hampir penuh jugak, tapi majoritinya oleh warga asing. Tak hairanlah aku pernah baca yang rapidkl ni rugi diberi subsidi banyak-banyak sebab yang dapat manfaat adalah warga asing.Namun dalam ramai-ramai tuh ada la jugak nampak golongan profesional sorang dua dengan pakaian yang formal. Sebenanrnya hentian aku  nak pergi a.k.a first stop  ni dalam 1.5km aja dari rumah tapi terik matahari buat aku tak sanggup berjalan



Baspun tiba di hentian yang aku nak berhenti 15 minit kemudian sebab dia pusing merata ambik orang .Cakap bab memberhentikan bas, aku kecik - kecik dulu takut sungguh nak tekan loceng tanda nak turun tuh. Bukan saja aku lah, aku rasa ramai lagi orang lain yang sama, tetambah melayu kan.melayu memang malu alah sentiasa.so sejak aku digelar adult ni aku takda la malu sangat sebab aku belajar lawan perasaan malu tak bertempat yang dikurniakan kepada bangsa aku ni.Tapi time aku naik ni nasib baik juga ada indon yang tolong tekankan sebab aku waktu ni masih tertanga tanya samada boleh atau tidak naik or berhenti sesuka hati atau hanya boleh di stesen yang ditetapkan sahaja.Jadi aku lebih mengambil pendekatan duduk dan lihat.haha.thanks kepada makcik indon ni yang mengajar aku rupanya boleh aja nak naik turun sesuka hati.just lambai tangan atau buat muka nak naik bas ataupun tekan aja loceng kalau yang nak turun tuh.



Sampai di hentian pertama, aku kena la pulak cross ke seberang jalan sebab hentian di seberang tuh la yang basnya menghala ke airport subang. Jalan lapangan terbang subang ni 6 lorong semuanya dan kereta- kereta yang lalu pun semua berdesup aja perginya. Selama ni aku selalu jugak nampak bangla atau indon terkedek-kedek lari melintas jalan ni dan sesekali aku pun buat la palat jugak acah-acah bawak laju bila nampak diaorang melintas. Tapi harini, karma strike back. Macam cilakak aja nak lintas jalan ni. Memula aku lintas 3 lorong dan berada di tengah tengah pembahagi jalan. Dari situ nak melintas lagi 3 lorong bukan main lama lagi. Kereta laju dengan tak putus-putus datang. Selepas lebih 5 minit terpacak di tengah jalan, aku pon nekad berlari separuh jalan sebelum cepat-cepat sambung lagi separuh sebab kalau aku tunggu kereta lengang memang pakai pukul 12 am jugak lah jawabnya,

selepas selamat melintas
Selesai melintas aku tunggu pulak bus U81 yang menghala ke airport. Tak lama pun, dalam 10 minit bas pun sampai. Dalam bus aku berdiri aja sebab tak jauh pun airport ditambah pulak bas tuh memang design dalaman dia separuh ja kerusi dan selebihnya kena berdiri. Bas pon bergerak ke arah airport. Waktu ni aku dah lega sebab semuanya berjalan dengan lancar dan jam pun menunjukkan masih sejam sebelum masa untuk depart. Sebelum sampai airport (30meter) dari airport terdapat sebuah hentian dan aku waktu ni berbelah bahagi juga samada nak turun sini atau tekan loceng bila betul-betul depan terminal nanti tapi untuk langkah selamat aku pun turun aja disini. Sebab aku tengok, susah jugak nak berhenti depan terminal tuh sebab memang tiada bahu jalan. Maka aku pun menapak lagi sekali dibawah terik mentari. Sayup-sayup aku dapat melihat bas berhenti juga didepan terminal. Hampeh.

Masuk aja dalam terminal terasa lega amat, sejuk sikit. Waktu tuh aku dah memang berpeluh sebab banyak bergerak dan berjemur bawah panas. Bau? toksah tanya lah. Haha. Nasib la sapa duduk sebelah aku nanti. Disebabkan rasa dahaga amat, maka aku pun terus menuju starbucks dan pekena ice blended rm17. Haha.nampak tak matematik aku ?

kelas sangat nama aku..kahkah


Tiba masa berlepas, aku pun macam biasa lalui pemeriksaan keselamatan bla bla dan terus menuju ke balai perlepasan. Cuak juga memula tuh sebab takda pun gate tunjuk ke Alor Setar walhal dalam 15minit lagi patutnya berlepas dan flight ke Kota bharu yang lagi 30minit pun dah dibuka gatenya. Aku memula buat cool aja duduk memerhati. Tapi lama kelamaan taknak la aku bodoh sombong. Tak pasal melepas flight maka aku pun pergi ke gate kota bharu tuh bertanyakan perihal tiket aku. Rupanya flight a bit delayed. Pulak dah. So last-last dalam pukul 2.50pm jugak flight berlepas dan yang bestnya seat sebelah aku kosong. Berbanding Airasia, Fireflyz ni tak la kemut sangat sebab mereka menyediakan drinks dan makanan ringan dan selalunya makanan ringan bleh pilih antara kacang atau karipap.

Sampai turn aku, peramugari pun tanya, "Peanut or curry puff sir"

 Aku saja lah nak buat perangai kiasu macam cina sekali sekala dan aku pon saja jawab "can i have both ? "

Peramugari tuh pun jawab " i will get back to you if there are extra"

Aku pun senyum aja lah sambil sambar karipap. Mulanya nak ja aku jawab "of coz la akan ada extra sebab takda passenger pun sebelah aku". Tapi tak mampu lagi aku nak berperangai super kiasu sebegitu. hehe.. nampak sangat laparnya. Perjalanan semua ok cuma masa nak mendarat di Alor Setar hujan. Bergelora jugak dalam perut sebab pilot try stabilize kan kapal terbang kecik ni.

kalau naik flight memang aku ralit memandang keindahan alam ciptaanNYA

sambil-sambil tuh baca buku survivor pasal kemalangan pesawat..amik feel..

Sampai di rumah aku dengan bangganya menceritakan adventure bas aku pada kakak dan adik aku bagaimana aku telah melakukan penjimatan yang jitu. Tidak semena terus mereka sound tempek "woi, rm20 kalau dari airport ke rumah, kalau rumah ke airport tambang baru RM6". Cissss..


Share:

2 Rangsangan:

Atiq said...

Try again next time..hahahahha

Time Traveller said...

Sama lah aku .. mesti kata " may i have both of them" hahahaa.. :D