07 November 2010

I Survived Path9a@Robinson Waterfall



untuk sampai ke simpang Tapah/Cameron highlands dari Kuala Lumpur memakan masa hampir 1 jam 40 min
Trafik menuju tanah tinggi sesak di hujung minggu dan bertambah sesak bila lori tangki dihadapan
dah macam kat jepun
Tanah rata - lebih kurang 47KM dari simpang keluar tapah/cameron

singgah makan di restoran Kumar ,tak pasti samada ayam goreng di jual disini bernama muthu atau ahmad,tapi ramai aja Melayu makan sini
Trail 9a kira kira 1 KM dari pekan tanah rata,boleh ikut signboard hospital untuk ke sana.Trail 9a kira kira 2.7KM merangkumi robinson waterfall hingga ke jalan besar menuju ke Ladang BOH
Trail agak santai dan mudah untuk kira kira 200 m pertama
Ulat gonggok gergasi
Robinson Waterfall tidak sampai 200M perjalanan jalan kaki dari jalan masuk
pemandangan hutan sepanjang trail 9a
Trail mula berubah kepada jalan semulajadi namun kesan trail jelas dan sukar untuk anda sesat
pada penghujung trail 9a laluan agak sempit ,curam dan sukar tetambah bila hujan.Anda akan berjumpa dengan ladang sayur .



Kesimpulan bagi perjalanan yang memakan masa hampir 3jam pergi balik,kami berselisih dengan 7-8 pasangan pelancong asing yang turut melalui trail yang sama.Atleast terasa selamat bila bertembung dengan trekker lain.Terdapat juga 4-5 family pelancong singapura dan tempatan yang berjalan hingga robinson waterfall.Bak kata tauke kedai runcit tempat aku beli map "orang putih saja cuti masuk hutan,orang malaysia cuti datang shopping maaa".Aku sungguh kagum dengan omputih ni,walaupun ada antara mereka pasangan perempuan dan berumur,mereka masih berani meneroka hutan di tempat orang.Perjalanan trail 9a ni dikategorikan moderate dalam laman web perlancongan cameron highlands ,bagi aku laluan agak mudah untuk perjalan pergi memandangkan anda banyak menuruni bukit tapi berlawanan dengan perjalanan pulang yang memerlukan anda sedikit mendaki namun masih dalam keadaan yang agak mendatar kecuramannya.Hanya laluan tamat yang agak mencabar kerana jalan trail yang makin sempit dan curam.Make sure anda memakai kasut trekking yang sesuai terutama jika hujan kerana ia sangat licin dipenghujung trail.
Share:

0 Rangsangan: