23 November 2010

Library


Dalam satu semester di MMU,kebarangkalian aku singgah di Library amatlah nipis melainkan untuk aktiviti group disccussion,pinjam pc untuk check jadual sebab lupa kelas atau bermeditasi sebelum peperiksaan akhir tahun.

Hari ini,malam ini,saat ini,aku telah berubah.Aku ingin library menjadi rumah ketiga aku ,selepas bilik hostel dan Gerai char koteaw N di terminal.Library MMU sentiasa agak lenggang ketika awal semester,pertengahan semester dan pasca akhir semester.Hanya sewaktu hujung semester sahaja library akan menjadi habitat mereka mereka yang dahagakan ilmu untuk bekalan saat saat akhir.Gelisah,cemas,gabra memang sudah menjadi atmosfera biasa.Aku memilih port yang baik malam ini.Hanya mengadap dinding.Kalau mengadap pintu,memang tak habis habis keja.Kalau menghadap diding paling kuat pon leka tengok cicak sahaja.Lagipun cicak tak banyak dalam library MMU ni sebab mereka tak boleh berdecit 'cit cit cit' sesuka hati.Guard MMU strict.Tokek lagi la tiada.

Macam biasa,dah dapat port baik,on laptop,keluarkan segala nota.10minit dah rasa sejam.Macam berada dalam 'bilik masa' sewaktu goku berlatih untuk menentang majin bu.


Share:

0 Rangsangan: