24 November 2010

Ikan Pekasam


Seperti kanak kanak yang lain,debaran membuka tudung saji sewaktu tengah hari tak ubah seperti debaran membuka mangkuk tandas awam ketika sedang sesak.Tapi sebagai manusia,setiap benda baru yang kita cuba merupakan satu pengalaman dan pengajaran untuk masa akan datang.

Satu tengah hari yang agak biasa,aku pulang dari sekolah rendah macam biasa.Hari ini aku pulang lewat sedikit angkara berjudi menikam nombor di kedai runcit di tepi sekolah.Hadiah utama poster XXL titanic manakala hadiah hadiah sampingan berupa pemadam XXL titanic.Yang ni pilihan aku.Waktu itu scene permainan jentik pemadam memang meriah,serta filem titanic memang tengah hot.satu kombinasi yang akan meng'up'kan status seseorang di arena peng'rubber'an.Macam biasa,aku menuju ke tudung saji.Tiada lalat.Lauk semua memang sedap sedap.Yang paling aku kecur air liur hari itu adalah nugget.Nugget ni lain macam.besar dan kelihatan agak hangit.Setelah membaca doa doa yang patut,aku pun makan.Beberapa saat kemudian ................................................ aku terus menuju ke bilik air untuk mencari berus gigi serta ubat gigi strawberry.



Ikan pekasam .Salah satu hasil kejuruteraan orang melayu yang terunggul selepas Proton satria Neo CPs.Boleh dikatakan semua mak cik mak cik dan pak cik pak cik sukakanya.

Share:

1 Rangsangan:

Anonymous said...

cedapnye bro! haish. terliur aku!