Night Shift : Peronda Kabel TM

Tuesday, August 17, 2010


Malam tadi aku menyertai misi meronda kabel Telekom yang selalu menjadi sasaran mereka mereka yang mahukan hidup senang tanpa usaha .Bersama hero hero malam syarikat ,kami meronda di kawasan panas iaitu jajahan simpang empat.Rondaan malam ini agak lancar tanpa sebarang kes ,namun berdasarkan pemantauan , masih banyak ruang untuk anasir anasir jahat ini untuk mengambil kesempatan namun dengan rondaan ini kadar kecurian dapat dikurangkan.

Beberapa cubaan mencuri telah berjaya dipatahkan namun para pencuri harta kerajaan ini turut mempunyai tonto tonto yang mengekori para peronda kabel ini.Malam tadi kami turut di ekori .Namun buat masa sekarang situasi masih terkawal berbanding ketika ia dibawah jagaan kawalan keselamatan yang sebelumnya.Apapun aku menyanjung mereka mereka yang meronda kabel ni sebab mereka mencari rezeki yang halal dengan cara yang agak sukar.Bukan senang nak meronda malam malam tak kira hujan atau panas dengan menaiki motosikal sambil memerhati kabel kabel yang tergantung berkilometer panjangnya dari pukul 11malam hingaa pukul 6 pagi .Aku yang tengok kabel tak sampai 15minit pun dah pening.

keadaan kabel yang telah di sapu

Selesai meronda aku dan peronda malam syarikat sempat singgah di lokasi pos kawalan yang paling 'hot' dalam bab bab misteri nusantara.Menurut pengawal bertugas ,sejak 'penjaga' banggunan itu telah dipindahkan ,kucing dan makin besar kepala .Membuang air besar sesuka hati tidak seperti sebelumnya.Ternyata 'penjaga' sebelum ini mementingkan kebersihan.

Apapun dah mengantuk gila.Kompom esok masuk kerja petang.

You Might Also Like

0 Rangsangan

Flickr Images