Mimpi

Monday, August 23, 2010


Kata orang ,mimpi membawa pelbagai petanda samada baik atau buruk.Terdapat juga mereka yang mengatakan mimpi yang tidak dipengaruhi oleh peristiwa di alam nyata hampir pasti merupakan pertanda atau firasat.Sepanjang 22 tahun aku tidur ,memang boleh kira dengan jari mimpi mimpi ngeri yang aku alami.Selalu selalu paling ngeri pun mimpi kena saman Polis trafik .Susah nak mimpi kena kejar pocong ka..pontianak ka..tapi semalam aku mengenali satu lagi jenis hantu yang memang 'rare' orang kata.Hantu jenis ni memang aku tak tahan gangguan dia.

Hantu yang aku mimpi semalam ialah hantu jam.Memang,sumpah bunyi tak takut,tapi dalam mimpi memang aku menyampah.Entah macam mana,aku bermimpi yang jam loceng aku berbunyi.Kuat.Sampai aku tersedar dari tidur.Bila aku tersedar,aku pun apa lagi,tekan butang off yang tertera di belakang jam untuk mematikan sistem alarm.Tetapi yang pelik jam masih kuat berbunyi .Jadi aku pun terpaksa mencabut bateri jam tersebut.Tak berhasil.berbunyi lagi.Aku cabut dua dua bateri.Berbunyi lagi.Aku hempas jam tersebut ke dinding.Berbunyi lagi.Hairan.
Aku pun dah lelama terus menyampah nak layan hantu jam tersebut lalu beredar keluar dari bilik tidur.Yang celakanya,boleh pulak hantu jam ni berjalan follow aku.Apa motif beb.Aku bengang,aku amarah.Namun hantu jam terus menggangu aku.Mengikut aku ke mana sahaja.Sehingga aku pasrah.
------------------

Beberapa minit berlalu,aku tersedar untuk kali kedua.Memang jam dah berbunyi.Sahur Sahur...

untuk tafsiran mimpi,sila klik sini

You Might Also Like

2 Rangsangan

Flickr Images