28 August 2010
24 August 2010
Melayu Mudah Lupa..
Sedih bila lihat orang kita sendiri yang buta mata dan hati mengorbankan kepentingan bangsa dan agama demi kepentingan politik.Sudah lupakah mereka tentang sejarah silam ?
23 August 2010
Mimpi
Hantu yang aku mimpi semalam ialah hantu jam.Memang,sumpah bunyi tak takut,tapi dalam mimpi memang aku menyampah.Entah macam mana,aku bermimpi yang jam loceng aku berbunyi.Kuat.Sampai aku tersedar dari tidur.Bila aku tersedar,aku pun apa lagi,tekan butang off yang tertera di belakang jam untuk mematikan sistem alarm.Tetapi yang pelik jam masih kuat berbunyi .Jadi aku pun terpaksa mencabut bateri jam tersebut.Tak berhasil.berbunyi lagi.Aku cabut dua dua bateri.Berbunyi lagi.Aku hempas jam tersebut ke dinding.Berbunyi lagi.Hairan.
Aku pun dah lelama terus menyampah nak layan hantu jam tersebut lalu beredar keluar dari bilik tidur.Yang celakanya,boleh pulak hantu jam ni berjalan follow aku.Apa motif beb.Aku bengang,aku amarah.Namun hantu jam terus menggangu aku.Mengikut aku ke mana sahaja.Sehingga aku pasrah.
------------------
Beberapa minit berlalu,aku tersedar untuk kali kedua.Memang jam dah berbunyi.Sahur Sahur...
untuk tafsiran mimpi,sila klik sini
Ini Soal Masa Depan
Sesudah menamatkan pengajian di sekolah menengah ,memang aku tidak pernah menyimpan impian untuk melanjutkan pelajaran jauh dari negeri kesayangan aku ini.Namun pada tahun 2006 , aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Multimedia Universiti , Melaka.Kira kira 600Km dari sini.Perasaan masa itu memang mendatar,tiada rasa sedih yang teramat dan tiada rasa excited yang sangat.Mungkin kerana itu satu satunya pilihan yang aku ada.Maka aku meninggalkan Perlis untuk ke selatan tanah air.Bagi aku ,melaka merupakan sebuah negeri yang unik.Maju dari aspek ekonomi dan pembanggunan namun masih mempunyai suasana kampung yang nyaman.Selain mempunyai tapak tapak sejarah,negeri ini memang seimbang dari segenap aspek,maka tidak dapat dinafikan ia merupakan antara negeri yang terbaik di Malaysia.
Pada tahun 2008 , aku menyambung pelajaran pula di Multimedia Universiti Kampus Cyberjaya.Sebelum berpindah ke sana,banyak cerita cerita yang kurang enak mengenai tempat ni yang singgah di telinga.Ada yang kata bosan,panas ,kampus terlalu besar.Pada mulanya aku agak berat hati untuk berpindah ke sana,namun aku nekad dengan keputusan untuk memilih Cyberjaya sebagai destinasi baru aku.Sejak itu sehingga sekarang,aku bermain di Cyberjaya.Cyberjaya memang sebuah kawasan yang menampakkan suasana kerja kerana dipenuhi banggunan banggunan syarikat besar lebih daripada penempatan awam.Disana aku tinggal di sebuah pekan kecil bernama Dengkil.Dengkil (klik sini untuk entri lama Dengkil) merupakan pekan yang simple,tenang dan cukup dengan perkara perkara asas sahaja.Aku menetap di sana selama setahun bersama rakan rakan sepenyewa yang terbaik.
Selepas itu aku berpindah pula ke Equine Park,Seri kembangan.Suasana disana pula lebih kepada masyarakat berkeluarga kerana ia merupakan kawasan yang padat dengan taman perumahan yang merupakan pilihan untuk mereka yang bekerja di Putrajaya,Cyberjaya dan kawasan yang sewaktu dengannya.Untuk memulakan perjalanan,ia harus diatur rapi kerana jalan masuk ke kawasan ini akan sesak di pagi hari dan di petang hari kerana para pekerja berpusu pusu ke tempat kerja.
Pada June 2010 ,aku pulang ke Kangar,Perlis untuk menjalani latihan industri selama 4bulan.Sekarang sudah hampir 2bulan lebih aku berada disini.Dan selama 2bulan lebih ni,aku mula terfikir akan kehidupan disini.Kangar masih pada aku sebuah bandar yang tenang ,tidak padat dan masih belum terpengaruh dengan kemodenan barat.Masih mengekalkan ciri ciri bandar klasik.Namun mampu kah aku terus menetap disini selepas tamat pengajian kelak ? atau adakah anasir anasir permodenan mula mempengaruhi minda minda anak muda Perlis untuk berhijrah ? Apakah punca punca gejala penghijrahan ini ? Akan dikupas kelak dalam entri akan datang kelak.
p/s: entri di subuh hari memang perlu serius
Dealova
DIY : Speaker
Fikir punya fikir ,at last ,aku cuba juga isi hujung minggu aku dengan perkara berfaedah..kerja ni mudah,menda kecik aja..tak banyak songeh.Dia bukan boleh kompelin pun.
Speaker ni aku jumpa tersadai dalam bilik ofis bapak aku,memang dah lama tak berbunyi.Sebab bapak aku bukan melayan lagu di ofis.Jadi aku pun rembat.Kondisi dia dah season namun masih berfungsi.Kaler pun dah jadi kuning langsat.Jadi proses pimp my speaker pun bermula
Built To Spill - Stab
Stab Lyrics
Artist(Band):Built To Spill
Artist(Band):Built To Spill
make it a time make it anytime
make sure that it's not the only kind
that others find
I've got a mind
I've got half a mind
To shut down the whole system at the spine
With fishing line
I'm really glad there's a grasp to grab
it's only a stab in a wet paper bag
is that so bad?
I wrote a song
it was slow and long
I wrote the words and the music wrong
but life goes on
and on and on and on and on and on and on
make sure that it's not the only kind
that others find
I've got a mind
I've got half a mind
To shut down the whole system at the spine
With fishing line
I'm really glad there's a grasp to grab
it's only a stab in a wet paper bag
is that so bad?
I wrote a song
it was slow and long
I wrote the words and the music wrong
but life goes on
and on and on and on and on and on and on
20 August 2010
19 August 2010
Saudagar Kurma
hahaha..bisnes baru gua..kira kira akaun swiss gua dah cukup cukup nak wat belanja kawin ni..
kepada mereka yang berminat untuk membeli,harap maaf.Ia nya limited edition .Kurma 'rare' ni..Spesies kacukan kurma dengan lengkuas.
17 August 2010
Night Shift : Peronda Kabel TM
Beberapa cubaan mencuri telah berjaya dipatahkan namun para pencuri harta kerajaan ini turut mempunyai tonto tonto yang mengekori para peronda kabel ini.Malam tadi kami turut di ekori .Namun buat masa sekarang situasi masih terkawal berbanding ketika ia dibawah jagaan kawalan keselamatan yang sebelumnya.Apapun aku menyanjung mereka mereka yang meronda kabel ni sebab mereka mencari rezeki yang halal dengan cara yang agak sukar.Bukan senang nak meronda malam malam tak kira hujan atau panas dengan menaiki motosikal sambil memerhati kabel kabel yang tergantung berkilometer panjangnya dari pukul 11malam hingaa pukul 6 pagi .Aku yang tengok kabel tak sampai 15minit pun dah pening.
keadaan kabel yang telah di sapu
Selesai meronda aku dan peronda malam syarikat sempat singgah di lokasi pos kawalan yang paling 'hot' dalam bab bab misteri nusantara.Menurut pengawal bertugas ,sejak 'penjaga' banggunan itu telah dipindahkan ,kucing dan makin besar kepala .Membuang air besar sesuka hati tidak seperti sebelumnya.Ternyata 'penjaga' sebelum ini mementingkan kebersihan.
Apapun dah mengantuk gila.Kompom esok masuk kerja petang.
OST Lagenda Budak Setan
Aku memang tak tahu menahu cerita ni berkisar tentang apa,tapi lagu dia macam best aja..
Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan
13 August 2010
Anda - Tentang Seseorang
Jiwang sekali sekala...
Tentang Seseorang
Teruntukmu hatiku,
ingin ku bersuara
Merangkai semua tanya,
imaji yang terlintas
Berjalan pada satu,
tanya s’lalu menggangguku
Seseorang, itukah dirimu kasih
Kepada yang tercinta,
inginnya ku mengeluh
Semua resah didiri,
mencari jawab pasti
[#:]
Akankah, seseorang,
yang ku impikan ‘kan hadir
Raut halus,
menyelimuti jantungku
[Reff:]
Cinta hanyalah cinta,
hidup dan mati untukmu,
mungkinkah semua tanya,
kau yang jawab
Dan tentang seseorang,
itu pula dirimu,
ku bersumpah akan mencinta
12 August 2010
Projekt Kunang Kunang In Memories
Dalam bosan bosan ,aku saja la surf mudah usha usha barang .. sekali tengok macam kenai..dah jadi model rupanya.Refer semula Projekt Kunang Kunang .
Kereta aku ni dulu cat kat kedai brader ni la,company nama three colours trading terletak di TTDI jaya Shah Alam , kedai milik bumiputera tapi pekerja semua bangla.Hasil kerja kedai ni memang memuaskan dan harganya berpatutan. Sesapa nak test boleh lah Klik Disini
tapi sekarang kekasih aku ni dah jadi hak milik syarikat.
11 August 2010
Ramadhan Tiba Lagik! ( Versi Islamik Kotemporori )
Ramadhan sekali lagi menjenguk kita .Tak sangka blog aku pun sudah lebih dari 1 tahun Islam hayatnya.Puasa kali ini berbeza dengan sebelum sebelumnya kerana hampir 4 tahun aku berpuasa selaku orang bujang di perantauan namun tahun ini dengan izin-Nya aku dapat merasai suasana berpuasa penuh dengan keluarga di kampung halaman.Sudah lama tidak merasai berpuasa di tempat sendiri kerana selama ini aku selalu balik kampung kira kira 2-3 hari sebelum raya .Maka untuk puasa kali ini tidak perlu lagi aku merancang strategi pola pemakanan sahur dan berbuka.
Dalam kesenangan yang diberikan,ada kekurangannya.Ini bermakna puasa kali ini aku tidak dapat merasai pengalaman bersahur maggi di pagi hari ,berbuka dengan roti gardinier berinti kan telur , karenah member member yang susah bangun , berbuka di atas motor kes sesat cari jalan pulang , main games beramai ramai sambil menanti azan maghrib dan banyak lagi.
Apapun semoga Ramadhan kali ini bermakna..
09 August 2010
Hari Ahad Saya
Macam biasa,membeli lokcin ialah perkara wajib..kepada mereka yang masih tidak tahu apa itu lokcin,sila klik di sini
Kedai Lokcin yang terdapat di Market baru ..