Akhirnya,setelah 2minggu memerah otak,cuti semester datang lagiiiiii (sebut dalam nada iklan tora) .Seperti biasa,dah macam macam tender aku menang dan perlu dilaksanakan sepanjang bercuti ni.Semua tender yang aku menang ni tender tender Kelas A punya.Memang makan juta juta gak la nak lobi bagi menang.
Perjalanan kali ni cepat sungguh rasa.Ini disumbangkan dengan pelepasan aku di Subang .Dekat sangat la dengan rumah aku.Lepas check in,aku lepak lepak la dekat ruangan berlepas sambil membaca majalah kereta untuk membuang masa.Sambil membaca,datang pulak 2 orang pramugari duduk disebelah aku.Dalam banyak banyak tempat,sebelah aku jugak nak bertenggek.Dalam membaca,aku dengar dengar la mereka bersembang sebab volume dia memang cecah clear sampai aku dia punya coverage.Berdasarkan percakapan mereka,mereka ni pramugari pesawat ke Alor star yang aku nak naik ni.Berdasarkan percakapan mereka,pramugari A ni nak pergi langkawi,tapi musim monsun.Berdasarkan percakapan mereka lagi,Pramugari B ada date dengan seorang lelaki esok.Berdasarkan percakapan mereka juga,Laki yang pramugari ni nak jumpa ada kapal.Berdasarkan percakapan mereka sekali lagi,Laki ni join bisnes labur melabur.Berdasarkan percakapan mereka lagi sekali,Pramugari B ni segan segan nak jumpa.Berdasarkan percakapan mereka sekali lagi juga, (ting tong) Penerbangan Ke Alor Setar telah bersedia untuk berlepas.
Penerbangan sungguh lancar sekali.Cuaca pun cantik.Angin kat stratosfera pun orang kata sepoi sepoi bahasa gitu.Sebelah aku pon kosong sebab orang tak ramai.Kalau boleh menjulur baring tidur,nak aja aku buat.Mengantuk sangat.Sampai sahaja Airport Sultan Abdul Halim,parents aku bawak pergi bengkel.Amik kereta mak aku yang servis aircond.Aku pulak kena drive bawak balik.Mak aku pon join sekali.Bawak mak aku ni memang tekanan sikit,alat yang bip bip time reverse tuh pun boleh kecik ati.Bukan apa,mak aku yang selalu bunyik suara cemas dulu sebelum dia bunyi.
Sampai rumah,jumpa bibik baru kerja.Orang jawa katanya.Tapi aku suspek ada kacuk kacuk jayz keturunan dia.Atau Obama barangkali.Nanti aku nak beri cadangan kepada kabinet agar kerajaan hanya meluluskan orang gaji bergred A++ yang iras iras agnes monica sahaja untuk bekerja di Malaysa.Dah penat balik,aku check in masuk bilik.Tak tahu pulak yang bilik aku sekarang dah ada orang huni.Tak senonoh betoi.Dah menumpang bilik aku,tidur terkangkang pulak tuh.Kalau pakai seluar tak pa jugak.Biadap sungguh.