Travelog

Trip to Penang War Museum Part 1

Monday, January 14, 2013

Plan untuk melawat Muzium Perang Penang ni sebenarnya tercetus selepas aku tersesat di forum yang membincangkan topik mengenai tempat - tempat haunted kat Malaysia .Melalui pembacaan di forum tuh, baru aku sedar akan kewujudan sebuah tempat bersejarah di mana telah di jadikan muzium perang untuk tatapan pelawat.Setelah membawa usul cadangan lawatan kepada Co-pilot aku,Cik Dee, maka beliau seperti biasa bersetuju dengan girang.Ekceli dia ni kalau aku ajak on the spot pun confirm dia on aja.Hehehe.

Tetapi sebelum apa-apapun, kami kena singgah ke UUM dulu untuk mengambil aku punya surat tawaran sambung Master. Haaa.. bunyi macam hebat ja aku ni nak sambung Master, dan sebenarnya, aku pun ragu-ragu jugak dengan keputusan aku nak sambung master ni.Ntah ready ntah tidak nak bergelar student semula selepas sudah satu tahun meninggalkan menda-menda ilmiah ni. Namun selepas fikir-fikir balik satu tahun yang tunggang langgang ni, aku rasa lebih sedap berstatus student apabila ditanya orangdaripada takda jawapan khusus.Sebab aku ni nak kata menganggur tak menganggur, nak kata kerja tak kerja.It's Complicated. Lagipun aku fikir tak rugi sambung belajar ni.Surat tawaran sepatutnya dah lama sampai tapi entah lombong mana brader ABX Express ni campak surat aku, maka better aku ambil sendiri daripada terus menanti.


Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi sewaktu aku dan Cik Dee sampai di UUM sebelum kami memasuki banggunan fakulti yang bakal aku join ni.Banggunan ni terletak ditepi hutan di mana udaranya sungguh nyaman sekali. Aku harap kebersihan udara disini mampu me-neutral-kan pencemaran paru-paru aku angkara shisha. Tapi yang kurang best, banggunan ni dalam proses ubah suai. Tera nak sampai ruang pejabat pengurusan tuh, kami kena redah area-area dalam proses pembinaan, dah macam scene tomb raider pun ada. Nasib baik semua proses tak memakan masa yang lama dan kami terus beredar setelah selesai urusan dalam 20 minit kemudian.



Benda pertama yang kami cari adalah tempat nak bersarapan. Maklumlah bila pukul 11 baru nak bersarapan. Kalau menurut plan nak keluar seawal pukul 8.30 pagi tapi al maklum lah, hehehe, terlajak jadi pukul 9.30. Kami singgah dulu di Pekan Changlun untuk pekana Brunch di Mapley lucky star ka apa ntah. Serius nama tak melambangkan unsur-unsur Ke-Mapley-an dan aku rasa mereka juga tidak berdaftar dengan Persatuan Mapley Malaysia (PerMaMal). Aku macam biasa kalau masuk Mapley mesti lah aku order Thosai sebab tuh specialist mereka. Kurang bernas bagi pandangan aku untuk order masakan melayu ataupun western di kedai Mapley. Cik Dee dah geram tengok Nasi Kandar tapi aku tenangkan dia sebab kami on the way menuju ke Pusat Ketamadunan Nasi Kandar dunia. Sebenarnya, selain Muzium Perang Penang, aku turut mengumpan Cik Dee dengan janji untuk membawa beliau pekena Nasi Kandar dan Starbuck. Maka beliau akur dengan brunch sekadar maggi goreng.

Impian

Saturday, January 12, 2013


Dulu - dulu, aku pernah simpan impian nak jadi pelumba kereta ataupun racer omputih kata. Entah dari mana minat pada kereta boleh muncul dalam diri aku lepas meniti zaman - zaman merempit. Dan sedar tak sedar aku berubah jadi motorhead pulak. Waktu tuh, malam-malam aku akan masuk macam - macam forum kereta, baca dari satu topik ke satu topik yang lain untuk mengutip ilmu. Tapi kat Malaysia ni agak mustahil nak jadi racer sepenuh masa.Even our legend , Karamjit Singh pun struggle dengan kerjayanya. Lain la kalau ada parents aku tauke MOFAZ.So untuk lebih realistik, aku fikir tak boleh jadi racer, jadi pit crew pun jadilah.So, lepas aja SPM, aku berniat untuk menyambung pelajaran dalam bidang automotif ni, sampai orang tua aku merajuk sebab mereka nak aku sambung bidang bisnes .Mahu tak mahu, aku mengalah.


Aku pun fikir secara lebih terbuka, taknak terikut fikiran kebudakan time tuh, maka layan aja ambil bisnes.Dengan harapan, kalau berjaya dalam bidang bisnes, boleh aja aku jadi weekend racer. Lagipun keluarga aku berlatar belakangkan bisnes, maka aku pun belajar dengan penuh tekun yang tak berapa tekun kadang-kadang. Lagipun, perniagaan itukan 9/10 daripada punca rezeki. Bila cakap soal bisnes, kayu ukuran kejayaan sesebuah bisnes mestilah keuntungan syarikat. Lagi untung syarikat, lagi kaya tauke. Dan aku berharap dapat menjadi seperti itu. Membuat kekayaan dan mampu membeli apa yang aku nak selain mempunyai pengaruh. Bak kata pepatah, wang adalah segalanya.


Setelah 5 tahun belajar bisnes dan 1 tahun struggle dengan kerja selepas tamat belajar, aku mula terfikir semula. Kita menghabiskan banyak masa dalam mengejar wang dan kita akan melakukan macam - macam hanya untuk memiliki wang. Dengan harapan dapat membina hidup yang lebih baik atau memenuhi keperluan nafsu yang tak pernah cukup.Sehingga terlibat dengan rasuah, memutuskan tali persaudaraan hatta membunuh sekalipun. Kita bekerja siang malam sehingga mengabaikan masa bersama keluarga, masa beribadat dan masa berehat hanya untuk mengejar wang. Memang, tak dinafikan kita memerlukan wang ringgit untuk hidup, tetapi banyak mana keperluan itu? Apa yang aku nampak, bagi kebanyakan orang, seolah - olah keperluan mereka tak pernah mempunyai titik noktah. Atlast, untuk apa semua itu ? Bukan kah hidup di dunia ini sekadar pinjaman atau sementara? aku nak cerita Islamik sangat pun segan, sebab sedar tak kesempurnaan diri. Cuma apa yang aku rasa sekarang, hidup ini lebih dari sekadar mengejar wang semata- mata. Alangkah ruginya kalau masa yang singkat di dunia ini tak digunakan untuk menikmati keindahan dunia ciptaan Ilahi. Impian aku sekarang tak lagi macam dulu, nak menjadi racer ataupun bisnesman berjaya. Tapi cukuplah sekadar mempunyai wang yang cukup, untuk meneroka dunia sambil mengisi masa dengan mengumpul bekalan untuk hidup disana kelak. Mungkin ia sekadar impian aku, dan tak berkekalan seperti impian-impian terdahulu, tapi, itulah impian dan halatuju yang aku harapkan untuk masa sekarang.

Azam 2013

Friday, January 04, 2013

Azam aku tahun 2013, nak penuhkan buku baru ni. Habis sangat cop siam semua.Hehehe.



Aku Punya Pasal

Bau

Friday, January 04, 2013

Aku taktau orang lain macam mana, tapi aku dapat macam kenang balik or mengingati sesuatu peristiwa ataupun feeling dengan dua cara.muzik atau bau/rasa. For example time zaman cuak nak jawab exam dulu-dulu, aku akan selalu minum Redbull untuk mengekalkan kefokusan pada tahap yang jitu, so sampai sekarang kalau minum Redbull nak2 pulak waktu ngantuk awal pagi, memang akan terkenang kesyahduan saat tuh.hehehe.


Second way lagu, ni aku rasa normal kot. Bak bait bait lagu alleycat ,
Berirama senandung semalam,
Ku terkenang peristiwa silam,
Dimana aku dan ...lalalalala..
(Sambung sendiri)
Bab lagu aku rasa waktu paling syahdu time drive sorang diri kat highway plus pukul 2-3 pagi sambil dengar Sinar.fm .Hahaha..memang muscle pun kecut time tuh.Tuh la sedikit sebanyak aku nak cerita.Bukan pa, tadi mandi guna body shampoo brand thai ni, terkenang lak time dok berbangkok arituh.Apapun, trip revisit tak lama dah.Counting days orang melayu kl kata.

Flickr Images