16 January 2010

15 January 2010

Berita Char


Latest news..

Shah's Corner,Dataran Pahlawan ,Melaka
Harituh singgah melaka on the way balik KL dari Muar dengan parents aku.Melaka tumpuan utama dia sudah semestinya area bandar hilir tempat terletaknya a famosa.Orang tua tua biasalah tempat tarikan mereka hanyalah barang barang hiasan rumah.Aku bawak parents aku ke arked berhadapan muzium kapal tuh.Dulu kecik kecik kalau menonton di kaca televisyen rupa kota A famosa rasa teringin sangat nak melawat.Macam cantik.Bila dah duduk di Melaka,kota A famosa pandang tak pandang aja.Serupa tiang lampu.

Selepas borong cencaluk dan cenderamata serba sedikit,kami pekena makan di food court dataran pahlawan.Macam biasa,aku cukup pantang dicabar tetambah dengan perkataan char kueh teow ni.Kedai nama shah's corner kalau tak silap.pelanggan boleh tahan ramai.Siap masuk paper kedai dia.Macam meyakinkan.Komen aku untuk char dia , mamee kari berapi 10 kali sedap!!!!

--------------------------------------------------------------------------------

KWSP
Sambil sembahyang maghrib dimasjid,fikiran aku mula mengatur perancangan malam ni.Autopilot solat di ON kan.Badan bergerak ikut tertib,mulut kumat kamit.Fikiran pula terarah ke char kueh teow KWSP ni.Sepanjang balik 3minggu ni,aku tak melawat lagi kedai dia.Maka mau tak mau ,aku perlu juga serba sedikit update taste terbarunya.Macam biasa,rasa dia tak berubah.Sama.Namun lidah aku dah semacam berubah.Entah kenapa aku rasa Char KWSP ni sudah tak layak mengungguli tangga teratas carta.

----------------------------------------------------------------------------------

Char Stesen Bas Kuala Perlis

Satu malam,aku saja ke Kuala melepak bersama gay partner ku.Nak dijadikan cerita aku lalu dihadapan stesen bas Kuala Perlis yang ibarat hidup segan mati tak mahu ni.Bilangan bas lebih banyak dari penumpang.Dalam perjalanan,aku ternampak sorang brader ni melintas jalan.Dari rupaparas,aku cam brader ni seorang penggoreng char koteaw antara top di scene char kangar di era 90-an.Dulu masa aku sekolah tahun 2003 bapak aku selalu bawak aku pekena char dia selepas melawat tapak projek.Char dia bermazhab kering,jadi aku kurang into sangat.

Namun dek kerana nostalgia,aku try pergi kesana petang tadi untuk memastikan samada gerainya masih wujud.Dan amazingly gerai dia masih wujud,sama kedudukan dan dekorasinya ,tukang masaknya tetap sama tak hensem dan rasanya tetap sama.Tak berubah langsung.Musykil juga aku kalau duit baki bertukar menjadi daun kering namun buat masa sekarang ok lagik.Memandangkan ia jenis kering,maka tidak sesuailah ia dimasukkan dalam carta.

Sebijik since 2003
Sudah makan baru teringat nak amik gambar.layan saja sisa sisa ni.
Ranking Terkini Char (update 15/1/10)
1.Char Kampung Melayu Subang
2.Char kwsp,Kangar
3.Char Sungai dua,Penang
4.Char Berasmana,Kuala Perlis
5.Char Gani,Jitra
6.Char Ketam ,Taman Kemajuan
7.Char Terminal, Cyber
8.Char Batu Dua,Kangar
9.Char Shah's Corner,DP,Melaka

Share:

Sejenak Di Masjid

Kalau ikutkan ,memang hampir hari hari aku ke masjid.Memula memang aku ke masjid bukan kerana tuhan,tetapi sebab tidak tahan dek segala jenis panahan berbisa,berapi,berduri yang lebih dasyat dari apoclypto daripada mak aku.Tapi lama lama Alhamdulillah aku terasa semacam kalau tak ke masjid time maghrib atau Isyak.Seronok tengok gelagat orang orang tua melepak dan dengar mereka sembang.Boleh gelak berdekah dekah dengar lawak lawak mereka ni.

Masjid Sempering selalunya mengadakan majlis majlis ilmu di antara gap sembahyang maghrib dan isyak .Selalunya aku pulang sahaja layan facebook tak pun tengok haiwan liar di national geographic 80-an di TV1.Namun hari ni terbuka sedikit hidayah untuk stay di masjid.Memula aku terasa yang sejam melepak di masjid sudah pasti tidak sama sejam hu ha hu ha di TM corner.Namun ekceli masa terasa sungguh bermakna sepanjang disana.Seperti dalam Dragonball dimana tempat goku berlatih dikayangan sebelum fight dengan majin bu.

Saja aku nak kongsi serba sedikit ilmu yang aku dapat :-
1. kat syurga sana nanti setiap orang ada ruang masing masing.Bak kata omputih ,myspace.Dan besarnya bergantung kepada amalan seseorang.Serupa macam farmville cuma disana anda tidak perlu risau menghitung jam.Hanya melepak sahaja dengan bidadari.
2. Ada seorang pemuda Mekah meraung raung menangis di hadapan Kaabah.Apabila ditanya,dia mengatakan yang dia termimpikan bidadari semalam dan dia terlalu merinduinya.Keesokan kalau tak silap dia mati kot.Sebab sangap ka tak makan ka aku tak pasti.Namun moralnya,betapa cunnya bidadari di surga kelak .So bobo,rileks..takda awek kat dunia pun takpa,hang sembahyang cukup cukup,bagi besar syurga hang,decorate sikit dengan pokok pokok,pastuh enjoy minum wain dengan bidadari. (ayat penyedap hati)
3. Kita time susah kena banyak banyak mintak tolong kat tuhan.Ni ada masalah pi mengadu kat memba,bank,kucing,pokok dan benda hidup lain walhal yang mampu memberi pertolongan ialah Allah swt.

tuh la antara point point yang terlekat serba sedikit dalam minda aku,biasalah,penapis pon dah koyak sana sini.Banyak yang terlepas.Fakta fakta diatas diceritakan oleh ustaz tuh,ada sesetengah aku tambah.Renung renungkan.
Share:

14 January 2010

12 January 2010

Penat Penat Penat



Sakit badan pun masih tak hilang.Weekend lepas rasanya aku lebih banyak memandu dari berjalan.Walaupun pun memandu tak perlu bergerak banyak,tapi kepenatan minda fokus ke jalan tu melarat sampai ke badan.Perjalanan aku bermula dari Kangar-KL-Muar-Melaka-KL-Putrajaya-Kangar memang memenatkan walaupun bekas pemandu van catering berjaya.Nak tulis pun tiada mood lagi.

Bila fikir fikir balik,citarasa muzik aku sekarang dah berubah.Dulu mau keras keras,lepas tu mula layan jaclyn victor.Sekarang aku layan nasyid.Layan gak brader opick ni.Macam nak masuk tabligh.

Opick feat melly goeslaw
dihempas gelombang dilemparkan angin
sekisah kubersedih kubahagia
di indah dunia yang berakhir sunyi
langkah kaki di dalam rencananya

semua berjalan dalam kehendaknya
nafas hidung cinta dan segalanya

dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi

bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
bila mungkin tawa coba bersabarlah
karena air mata tak abadi
akan hilang dan berganti ( hilang kan berganti )

bila mungkin hidup hampa dirasa
mungkinkan hati rindukan dia
karena hanya dengannya hati tenang
damai jiwa dan raga

dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
hanya padamu ya robbi

Share:

05 January 2010

Cerita Sang Kancil

cerita sang kancil khas untuk linda dalam versi aku .Versi asal disini .Kalau tak paham aku tak heran la kerana hanya linda yang tahu kisah sebenar.Hahahaha..

-----------------------------------------------------------------------------------

Didalam sebuah hutan,tinggal satu keluarga terdiri daripada 4 beradik iaitu anak sulung, sang rusa,anak ke 2 sang rimau,anak ke 3 sang kancil dan anak bongsu sang arnab

Suatu hari ,sang rimau sedang bersenang lenang ditepi sungai memerhati keindahan alam ciptaan ilahi.

Align Center
Manakala sang kancil pula berborak dengan sang arnab
"eh arnab..ang nak tau satu rahsia.Tapi janji jangan bagitau sesapa"
"Hang takkan tak caya aku kot.ok"
Maka sang kancil pun menceritakan suatu rahsia

Seperti sedia maklum,sang arnab memang kurang jujur.Lalu beliau memberitahu abangnya sang rimau tentang rahsia sang kancil.
Sang rimau yang terkejut terus berjumpa sang kancil
"hey kancil! aku dengaq kata hang berak buang merata.Hang buat perangai tak ketahuan noooo,mana dia??"
Sang kancil yang ketakutan pun terpaksa memberitahu abangnya.
"aku buang atas sana nuhh"

Sebagai abang bertanggungjawab,sang rimau terpaksalah menbuang najis adiknya yang dibuang merata.
"haiiih..keja aku jugak," getus sang rimau

Lalu terjatuhlah najis sang kancil ke tanah.
"deje..busuk sungguh..lalat penuh..mana leh tahann!!!"
Lalu sang rimau pun terus mandi di sungai .Sang kancil dan sang arnab jugak mudah jadi adik-adik.


Share:

Lawatan Sambil "Belajar" @ Padang Besar Thai

Aku memang pelik dengan mainan perasaan aku ni.Bila berada di Kolumpo,aku memang rindu sangat nak balik melepak dikota metropolitan Kangar .Namun bila lelama disini,mula la pulak teringin nak balik kolumpo.Semua serba tak kena.Member member macam biasa ramai sudah bermula semester baru.MMU dari dulu memang agak celaka bab cuti ni.Hari ini aku memang dah mati kutu,lompat sana tak kena,lompat sana tak kena.Habis sangat tengok muka bobo yang ala ala bull pitt.Janji aja nak lepak,bila call haram tak dapat.Biasala,dia orang Melayu.Memang itu sifat mereka.Tengah bermain dilaman rumah,aku dapat panggilan daripada member aku katanya nak datang rumah diagnosis skuter adik aku sikit.Katanya ECU kena virus.

Lepas check sana sini,sembang punya sembang entah macam mana terkeluar topik siam.Dalam rancak berborak, datang suara perasaan semacam yang aneh.Bulu roma aku dah meremang, aku berpaling kearah member aku,dia pun dah berpeluh.Tiba tiba *Plop ,kami sudah pun berada di sempadan.Member aku ni jenis spesis mengkarung tukar warna.Bila nak sampai sekatan Polis mahupun AADK,terus bertukar menjadi tabligh,segala jenis wiridkeluar.Untuk ke Thailand macam biasa memerlukan passport namun bagi penduduk Perlis,Kedah,Perak dan Kelantan boleh menggunakan border pass sahaja.Passport aku dah lama anai anai makan,maka terpaksalah memohon pass sempadan.Untuk negeri Perlis,kita boleh memohon di banggunan persekutuan ataupun di pejabat Imigresen sempadan.Aku hanya buat di sempadan dengan kos rm10 untuk pass dan rm8 untuk gambar.Doleh digunakan selama 6bulan.Semasa aku sampai ke pejabat imigresen,hanya ada seorang saja pemohon,maka proses hanya memakan masa 10 minit sahaja.Dan untuk menyeberangi sempadan thai,kita dikhendaki membayar rm1 kepada pegawai imigresen Thai sebagai caj pemprossesan yang sememangnya ke poket mereka.



Menurut member aku,dalam situasi kemalangan,kenderaan lebih kecil sentiasa menang.Jadi nasihat kepada pemandu kereta,jikalau memotong kenderaan dan secara tiba tiba anda berada dalam situasi akab berlaku kemalangan dan diberi pilihan antara melanggar motosikal dan treler 8 tayar,lebih baik anda memilih treler 8 tayar. Niat sebenar member aku nak tengok barang barang motor.Motor motor di Thailand kebanyakan sama sahaja dengan Malaysia namun mereka lebih advance dan sesetengah barang mereka agak rare dan susah didapati di Malaysia.Harga pun murah.Aku pulak ke sana dengan satu niat aja.Memborong hot dog XXL yang banyak dijual di Kuala Perlis.Juga dikenali sebagai "lok cin"."Lok cin" ni memang layan,dimakan secara bakar .Aku sudah 5 hari berturut turut ke Kuala Perlis semata mata pekena "lok cin" ni.Untuk pengetahuan,harga sebungkus pek 12 batang hotdog di Thai hanya berharga rm6.00 lebih dan jika ditolak tambah hanya beharga 0.50sen sebatang.Tuh kira tak beli borong.Harga jualan satu pula di sini ialah rm1.50. Tak hairanlah jikalau peniaga "lok cin" memandu merc dihujung minggu.


"lok cin"

Jalan Thai tiada la kompleks mana walaupun susah nak jumpa signboard bertulisan roman dan makanan mereka disini murah murah.Mee Goreng baru rm3.oo.Duit Malaysia memang laku disini cuma kekadang dapat duit baki Thai Baht jikalau peniaga tidak cukup wang.




Share:

Ekonomi


Selalunya kalau balik Perlis memang heaven.Makanan murah murah,segala jenis kos pun murah.Rm50 kat KL dah semacam rm5.Tapi kalau balik Perlis terasa la jugak macam rm15.Baru baru ni aku rasa kaya semacam.Beg duit tebal.Makan minum memba ada rasa nak support aku support,rasa nak makan aku makan,rasa nak beli aku beli,rasa nak repair sana aku repair.Bila fikir fikir balik,baru perasan.

Sori Linda,duit hang rm100 aku terguna...ahahaha..


Share:

04 January 2010

03 January 2010

Pencarian Char Melayu Terakhir

Semalam on the way balik dari kampung,aku singgah sebentar untuk pekena Char Jitra.Jitra merupakan antara kawasan habitat Char dimana menurut statistik penduduk 2007 ,1:1000 populasi penduduk Jitra ialah peniaga Char.Dalam banyak banyak kedai,aku try di Restoran Gani Char berdekatan Yawata.Restoran ni milik mak cik aku ,katanya sedap tuh menambah perasaan nak try.

Sewaktu aku sampai,kereta memang jam nak masuk area kawasan perniagaan tuh.2kali jugak kena pusing baru dapat parking.Di restoran pula,manusia pun ramai ,jadi makanan sampai lebih kurang 30min kemudian.Bagi aku,Char dia sedap tapi tiadalah sehingga mengeluarkan perasaan 'perggghhh' macam char top3.Lagipun udang dia benar benar kurang masak.Air dia memang failed.Limau ais rasa masam semacam,macam ada yang tak kena dengan limau ,air teh o ais aku pun rasa semacam teh dia.Entah mana petik.
Ranking Terkini Char
1.Char KWSP,Kangar
2.Char Kampung Melayu Subang
3.Char Sungai dua,Penang
4.Char Berasmana,Kuala Perlis
5.Char Gani,Jitra
6.Char Ketam ,Taman Kemajuan
7.Char Terminal, Cyber
8.Char Batu Dua,Kangar


Share:

02 January 2010

Ranking Char Terkini

Kalau ikutkan hati, aku memang dah kenyang kes petang dah pekena bihun semi-pattaya.Aku try nak balut dengan telur namun sekerat ja dapat cover.Last last aku gulung macam karipap.Namun bila tiba malam,bapak aku ajak pekena makan malam di Hotel Berasmana.Tempat makan open air diperkarangan hotel.Happening jugak tempat tuh.Kalau ikut nak minum saja namun macam biasa,ada aja tulis char,automatik aku ter'order' .

Rasa Char Berasmana boleh tahan jugak sedapnya.Ditambah kuantiti yang banyak.Memang kenyang.Yang kurangnya ialah rasanya yang macam tak berapa kick.Rasa char dia macam nipis nipis sahaja dilidah.Tapi not bad.Lagi satu mana pergi semua udang? char nya diisi sotong yang agak tak sesuai.

Ranking Terkini Char
1.Char KWSP,Kangar
2.Char Kampung Melayu Subang
3.Char Sungai dua,Penang
4.Char Berasmana,Kuala Perlis
5.Char Ketam ,Taman Kemajuan
6.Char Terminal, Cyber
7.Char Batu Dua,Kangar

Nota:Top 3 memang sama sama best!
sumber:wikipedia/thebestchar
Share:

01 January 2010

Kebosanan -> Kreativiti

Aku memang dah mati kutu.Malam masih muda.Rancangan tv kurang menarik.Nak main internet,laptop ayah aku guna.Dalam ketidak keruan,aku menuju ke tv,belek kiri kanan ....dan..

Mudah aja rupanya konsep dia...

Layan games pun sedap..memang tak keluar rumah aku pasni.
Share:

Citarasa Sempering

Makan tengahari merupakan bukan kemestian bagi aku kerana aku selalunya makan bila lapar tanpa mengira masa.Namun didalam situasi perut menjerit jerit meminta makanan,ibadah sunat ini menjadi satu kewajiban.Namun apa yang paling tidak sedap sekali apabila makanan tengahari dicemari anasir anasir luar.Entah mengapa,aku penah termakan kari bercampur lipas remaja ,tiada lah rasa jijik sangat namun bila termakan lauk bercampur rambut dian sostoroswoyoyo,orang gaji baruku dari jawa,terus automatik signal lapar terhenti.

Lepas sembahyang jumaat,perut mula menjerit kembali menandakan kebutuhan makanan.Tengok lauk tengahari dah aku tak lalu,nak makan maggi,cukup cukup la makan sewaktu darurat di Kelompo sana.Selepas puas menggeledah peti ais,aku terjumpa satu kotak bertajuk 'adunan pankek berperisa beri biru'.

Yaa tuan tuan dan puan puan.Masukkan tepung adunan didalam semangkuk air ya.Air tuh kita agak agak sahaja dengan nisbah tepung kepada air berkadarana 3:1 .Untuk lebih afdal kita gunakan air zam zam namun kalau tiada air paip pon dah okey ya..selepas itu masukkan sebiji telur disertakan dengan 2-3sudu kecil minyak kelapa sawit.

kemudian gaulkan segala bahan menjadi sebati dan masukkan kedalam kuali leper

Hasilnya ..

Apa macam,nampak macam dalam gambar tak ?? except permukaan pankek aku lebih kepada permukaan bulan.

Omputih pun tak makan pankek petang petang hangat nih..Begitulah citarasa masyarakat sempering
Share: