11 April 2013

Redah 1.0 : Peninsular Overland DAY 1

Day 1, perasaan aku agak bercampur baur ketika ini. Masa terasa berlalu begitu pantas bermula dari saat menanam impian untuk perjalanan ini sehinggalah saat menunggu masa untuk bertolak. Rasa percaya tak percaya pun ada nak pusing semenanjung dengan skuter 115cc ni memandangkan kali terakhir aku ride jarak jauh adalah pada tahun 2006 lalu itu pun takt berulang Melaka - KL sahaja.

Perkara pertama yang aku sedar, setiap kali nak isi minyak, aku kena pack
 dan unpack barang-barang atas seat ..duh!
Berbekalkan semangat travel yang membara, aku pun menepikan segala jenis perasaan dan bertolak. Destinasi yang dituju pada hari ini ialah Lumut, Perak yang terletak kira-kira 320km dari Bandar Kangar, Perlis. Ekceli aku takda idea samada mampu atau tak nak capai jarak sejauh itu namun aku dah buat plan B untuk singgah aja Bandar Kulim kalau tak mampu.

Bacaan odometer dan doa sebelum berlepas

Perjalanan dari Perlis ke Kedah agak membosankan kerana baru kelmarin aku menggunakan laluan ini untuk membeli casing waterproof GPS di Tesco Mergong tapi disebabkan kali ini naik motor maka ada la feeling sedikit berbeza. Aku berhenti untuk isian minyak pertama di Petronas Mergong selain nak isi bekas minyak yang aku bawak tuh. Sebenarnya aku juga tak tahu berapa jauh skuter ni boleh pergi dengan sekali isian dan dari research laluan yang akan aku lalui di hari-hari mendatang, maka lebih afdal lah untuk membawa minyak spare. Bencana pertama nyaris berlaku selepas berhenti mengisi minyak sebentar dimana entah macam mana aku boleh careless lupa nak kunci balik givi box belakang tuh. Jauh jugak aku bergerak sebelum aku sedar box belakang terbuka tapi Alhamdulillah tiada barang yang missing.

Masuk laluan gurun, keadaan menjadi agak menarik kerana laluan berlatar belakangkan gunung Jerai yang nampak dingin nun diatas sana tapi kat bawah ni panas terik sebenarnya walaupun cuaca berawan. Sepanjang laluan ni banyak menda menarik yang aku nampak tapi mood nak berhenti ambil gambar masih belum datang sebab rasa baru sangat bertolak. Waktu ni aku dah spot masalah kedua. Dalam journey ni aku bawak kamera DSLR dan disimpan didalam givi box di belakang. Ini bermakna setiap kali nak ambil gambar terpaksalah aku turun dan bukak box belakang. Leceh wooo tengah-tengah panas nak buat menda tuh. Akhirnya aku hanya menggunakan alternatiff kamera hp sahaja untuk gambar on ride, tuh pun kena bukak glove dulu baru boleh touch screen...Aiseh!

An abandoned bridge...Dont i told you that i love to see an abandoned object?

Selepas melalui Sungai Petani, tak lama kemudian aku mula memasuki pekan Bukit Mertajam. Jalan dalam pekan ni kecik dan sesak ditambah pula dengan lori - lori besar yang banyak. Selain itu pembinaan beberapa flyover baru membuatkan aku beberapa kali tersilap jalan memandangkan map dalam GPS ni belum di update kepada map terkini. Disini juga aku singgah sebentar mengisi minyak di Shell Alma dan pekena sebungkus roti serta setin Redbull. Sebut bab air tin Redbull, teringat zaman training di TNB tempoh hari. Pak Cik yang duduk meja sebelah aku waktu itu mesti sound kalau nampak aku minum depan dia dengan berkali kali mengulang cerita sama mengenai rakannya yang meninggal dunia akibat terlampau selalu minum Redbull untuk berjaga. Sebenarnya member dia tuh campur ubat batuk. Tuh yang....err...Perjalanan di teruskan semula selepas beberapa ketika.

Sedar tak sedar dah sampai Perak.
Laluan Parit Buntar -  Taiping agak luas dan selesa untuk penunggangan dengan sesetengah KM disediakan lorong bagi penunggang motosikal. Antara perkara yang aku sedar tentang laluan ini adalah banyak kawasan bernama parit.

100 meter di depan dah nama parit lain pulak
Great Wall of Perak  huh?
Sampai Shell Simpang, aku berhenti seketika untuk periksa mata aku yang terasa pedih semacam. Rasa macam masuk batu pun ada sebab aku hanya mengenakan cermin mata hitam tanpa visor. Waktu ni bila tengok cermin muka aku dah sebijik macam pekerja lombong arang batu. Habuk, minyak, jelaga semua ada..huhuhu. Masa ni aku terasa pelik la pulak sebab GPS menunjukkan perjalanan masih berbaki 220km  lagi sedangkan menurut googlemap dalam 320km sahaja jumlah total perjalanan dan takkan la pulak aku baru lalu 100km walhal dah berjam aku ride. Set punya set GPS ni rupanya baki perjalanan hanya tinggal 90km aja lagi. Lega tak terkata.

Lekuk mengiurkan mengalah Kilafairy 
Selepas melalui pekan Simpang, laluan mula bertukar kepada perkampung diselang selikan dengan hutan. Jalan pulak berselekoh dimana amat layan kalau nak layan corner rapat. Ada satu corner di laluan berhutan ni dimana terdapat lekuk corner "S" yang menarik, maka aku pun berhenti dengan tujuan nak mengambil gambar. Namun dalam beberapa saat aku mengubah fikiran memandangkan disebelah aku betul - betul tanah perkuburan. Bayangkan tanah perkuburan betul - betul di lekuk corner tersebut. Memang horror kalau tersuluh lampu kenderaan time malam. Haha.

Stesen Petronas Pantai Remis menyediakan jamuan
pada setiap hari Khamis...
Aku kemudian berhenti di Stesen minyak Petronas Pantai Remis untuk isian minyak kali ke-3 bagi hari ini. Maklumlah full tank takat RM6 aja boleh isi. Sempat juga pekena kopi free dan kalau diikutkan nak ja aku tibai bihun goreng kenduri ni tapi terasa nak layan makanan di pantai Teluk Batik nanti.

Pukul 5.30 petang, aku pun tiba di perkarangan Chalet Impian Teluk Batik sebelum berurusan di kaunter bagi urusan menyewa tapak perkhemahan. Terkejut jugak aku sebab harga semasa adalah Rm25 berbanding harga di internet yang mungkin tak update iaitu Rm10 sahaja. Nak tak nak aku terpaksalah bayar Rm25 berbanding nak sewa chalet yang berharga Rm80-Rm120 satu malam. Dalam perkiraan aku terdapat 8-10 buah Chalet di sini yang terletak dibawah seliaan Majlis Perbandaran Manjung. Dah nama under Majlis Perbandaran maka paham-paham la kondisi macam mana. Beza banyak dari gambar di internet.Haha.

Receptionist cakap aku boleh pacak khemah di mana-mana asalkan dalam kawasan pagar,
so sinilah port paling strategik aku rasa
Selesai membersihkan diri dan menunaikan solat, aku pun cepat-cepat bersiap untuk makan di gerai berdekatan pantai memandangkan last sekali aku makan makanan berat adalah pada waktu pagi tadi sebelum bertolak,Thanks to Cik Dee yang bawak koteaw, di samping dua biji bun roti semasa perjalanan. Di sebelah pantai tersebut memang terdapat deretan gerai - gerai makan namun alangkah kecewanya apabila diamati rupanya takda satu pun yang buka pada petang itu dan aku pula memang tak bawak sebarang bekalan makanan. Tapi nasib baik ada juga penjual aiskrim yang berniaga di kawasan tersebut.

Roti Aiskrim penyelamat..!

Ini lah Teluk Batik.................. Acah aja..haha

Pantai Teluk Batik
Ekceli aku ingat aku sorang aja solo & lonely tapi sebenarnya brader dalam gambar diatas pun datang mandi sorang-sorang... Hahaha.. #ForeverAlone

Bila malam berlabuh, aku pun keluar untuk memburu makan malam dalam keadaan perut yang dah tenat. Kali ni aku hanya tuju kedai makanan segera Mcdonalds sebab perut aku memang sangat memerlukan makanan dalam kadar segera.

Mcdonalds Setiawan

Bila sampai Mcdonalds, tak sangka manusia begitu ramai so mahu tak mahu aku terus masuk line paling kiri sambil cuba mengakses wifi. Area Teluk Batik internet Maxis memang slow mungkin kerana sedikit hulu. Hampir 20minit jugaklah masa berlalu sebelum aku sedar yang laluan aku beratur tuh sebenarnya adalah tempat untuk mengambil pesanan yang telah dibayar. Shit! Yang akak beratur depan aku tadi boleh pulak blah macam tuh aja tanpa sedarkan kami yang beratur macam nak rak kat belakang dia ni. Aku pun terus toleh belakang menerangkan keadaan kepada beberapa lagi mangsa di belakang sebelum aku sendiri start motor dan blah cari makanan di tempat lain.

Akhirnya Mcmacha jugak yang terbaik
Seperti sedia maklum, Lumut mempunyai pangkalan TLDM yang terbesar di Malaysia ala2 Pearl Harbor gitu, maka pada sebelah malamnya bersepah laaa abang-abang askar bersidai sana sini. On the way nak balik Teluk Batik, entah macam mana aku boleh ter"miss" satu simpang sebelum terus terlajak menuju ke pintu masuk Pangkalan TLDM. Aku yang baru sebentar tadinya dengan laju memotong motor seorang brader TLDM ni terus menggunakan taktik lama buat-buat berhenti angkat call HP untuk tidak menanggung azab malu. Hahaha.

Untuk pulang, aku perlu meredah laluan jalan dikelilingi hutan dalam jarak 200 meter sebelum sampai di Teluk Batik. Kalau siang ok aja jalan ni tapi bila malam nampak horror lah pulak. Ntah kenapa aku terus menggunakan google mata yang dari awal tersedia di atas helmet aku dengan harapan kalau ada menda pelik melintas maka sekurang-kurangnya ada la jugak feel macam menononton cerita seram di tv dari rasa betul-betul depan mata. Nasib baik, tiada apa berlaku. Hehe.

Jam menunjukkan baru pukul 10 malam namun dengan badan yang letih dan lesu aku pun terus masuk ke khemah untuk tidur. Malam itu, angin memang tak ada langsung. Dalam 30 minit jugak aku berguling dalam khemah namun tetap tak boleh tidur kerana panas, sebelum aku ambil keputusan untuk tidur di surau open bersebelahan. Di surau lain pula ceritanya, aku turut tak boleh tidur kerana nyamuk mula menghurungi aku di tambah perasaan semacam tidur memalam di tempat open. Mahu tak mahu aku masuk ke khemah semula tapi kali ini dengan membiarkan sebelah pintu khemah terbuka agar sedikit saki baki udara dingin masuk. Sedar tak sedar aku pun dah terlelap.

Dalam dibuai mimpi, sekali lagi aku terjaga pada lewat malam. Suasana yang sedikit bising oleh chalet sebelah sebelum tidur tadi kini sunyi. Yang ada hanyalah bunyi unggas dan sekali sekala bunyi daun gugur diatas khemah kanopi. Ingatkan dah lama aku lelap tapi rupa-rupanya baru sejam aja dimana jam menunjukkan baru pukul 12 malam. Aku pun terus tutup pintu khemah dan sambung tidur. Baru aja terlelelap sekali lagi aku terjaga pada lebih kurang pukul 1pagi kali ini akibat terdengar bunyi menda berjalan berhampiran khemah. Kat sini memang ada guard dan monyet juga turut bekeliaran maka untuk menyedapkan hati aku pun buat-buatlah bergerak sedikit di dalam khemah sebelum bunyi itu hilang. Memang tak nyenyak tidur aku malam tuh oleh pelbagai faktor.

Bersambung.....
Share:

5 Rangsangan:

Zara AB said...

Wow, amazing! Bile buat trip nie? Much respect!

Anep said...

4-9 April lepas.Thanks.Sebenarnya senang banyak dari zaman Hang Tuah dulu merantau guna kaki.Hehe

Time Traveller said...

Giler best trip macam ni..

Andy said...

Salam:

Macam mana nak cari holder GPS pada side mirror?
Brand, harga?
Ada gambar yang lebih jelas untuk pasang holder tersebut.
TQ

Anep said...

Ws Andy,
Holder saya beli di kedai jual GPS. Exact price tak ingat tapi bawah RM100. Holder tuh kalau ikutkan size dia untuk klipkan pada handle bar tapi pomen DIY dengan balut batang side mirror dengan getah kasi tebal agar muat dengan size klip holder..getah tuh saya tak pasti dia rembat getah apa. tapi yg bagus guna getah ni, holder boleh adjust grip kuat2.
Moga terjawab