24 January 2011

Bourjuis - Warm Liking Song


Lyric The Bourjuis – Warm Liking Song
It’s hard to fall in love, I mean it’s easy to love somebody but the cover,
when this occur, it’s pretty damn hard it’s happen together and hardly
to get inside her heart, to get her perfect loyalty as she really wants me
this maybe could be, as if we’re kissing we’ll know what type person are
But I believe that the first love sight so totally amazing
It’s only God’s work, we can accept it or we can just let it go
and I believe when she said just me in her heart, but one day
I found there’s another man with her
It goes for several times I got to rewind scene,
on how when I met her last year
I feel something on my shoulder and it’s really heavy to carry on
and I keep wondering out how I want to beat him, cuz I want her back to me
Yeah, I want to beat him but there my best mates they told me
Now go up, look up to the sky, there are bugs fly,
there are more butterfly in this whole world
Just love it when you’re in the blues
Well this is love
Share:

23 January 2011

Malaysia Chief Of Think Tank

Think tank (atau agensi dasar) adalah sebuah organisasi yang melakukan kajian dan melakukan advokasi di bidang-bidang seperti dasar sosial, strategi politik, ekonomi, isu-isu ilmu pengetahuan atau teknologi, dasar industri atau perniagaan, atau nasihat tentera .Banyak berfikir. Tank adalah organisasi bukan kerajaan.Lain think tank yang dibiayai oleh kerajaan, kumpulan penyokong, atau perniagaan, atau pendapatan berasal dari pekerjaan perundingan atau penyelidikan yang berkaitan dengan projek-projek mereka.
-Wikipedia

Teringat beberapa tahun lepas , aku ada berjalan bersama keluarga di Jalan Masjid India,Kuala Lumpur.Di satu sudut , orang ramai mengerumuni seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an yang memakai pakaian jubah berkepiah memberi ucapan dengan berkobar kobar sambil menggantungkan tag besar "Malaysia Chief Of Think Tank" di lehernya.Beliau memberi kata kata motivasi tentang cara memperbaiki dan memajukan diri.Bukan nak meremeh atau memperlekehkan beliau atau kewarasanya,namun cara beliau membuatkan aku mempertikaikan tahap pemikiran orang melayu itu sendiri.Diakhir ceramahnya,beliau akan menjual salinan naskah tulisan motivasi dengan harga rm5.Ramai juga Melayu yang membelinya.


Di sini pula , beliau mengenalkan diri sebagai "Ketua Saintis Dunia" .
Share:

20 January 2011

The Fighter (2010)


The Fighter merupakan filem berdasarkan kisah benar mengenai seorang petinju bernama "Irish" Micky Ward . Ia mengisahkan tentang susur galur ,susah senang cemana brader Micky Ward ni sehingga boleh mendapat title WBU Light Welterweight . Cerita ni akan mengajar kita erti tidak putus asa.

Sila layan klip real Youtube beliau yang mengangumkan.


Tengok sendiri cemana komentetor pun dah bajet dia kalah .Siap gelak lagik...

Share:

19 January 2011

Servis Kereta

Baru sebentar tadi aku sudah servis minyak hitam kereta kegunaan harian aku di workshop rasmi aku di sini.Selepas siap servis,aku pun singgah satu kedai aksesori berdekatan sebaris dengan Warung Pak Maidin.Nak tukar bulb belakang sebab dah tak menyala.

Aku : Tauke, tukar bulb belakang ....
Tauke : ok..bulb mana satu...
Aku : belakang tuh haaa..
Tauke : ok...boss..ada apa apa lagi mau tukar ? speaker ? player ?
Aku : Tak apa lah.. nak tukar bulb aja...
Tauke : Kasi tukar itu player sama amplifier la..kasi sedap itu bunyi..
Aku : Takpa..kereta ayah saya..bukan kereta saya
Tauke : bossss...itu kereta tadak visor cermin..u mau pasang ka?
Aku : takpa lah..kereta orang ,bukan kereta saya...
Tauke : boss...ini antena longgar...takmau tukar ka..murah saja..rm1ratus lebihhh sajaa..
Aku : takpa
Tauke : bosss...itu aircond takmau servis kaaa ????
Aku : (aku diam )
Tauke : (sambil tengok dalam kereta ) bosss..ini takda DVD,mau masuk itu dvd punya ka?baru syok...saya pasang aaaaa
Aku : brapa semua bulb tuh tauke ?
Tauke : rm10

terus aku hulur duit dan blaahh...entah mana punya lecturer marketing ajar
Share:

14 January 2011

Demi Masa Depan



Apa perasaan anda jika perlu memandu 90 km kerana tertinggal 4 keping kertas kerja ????
Agak agak kalau Hang Tuah tertinggal taming sari selepas separuh purnama berjalan ,beliau akan berpatah balik ???
Share:

Sekret Resipi


Kepada yang tak tahu , aku memang mempunyai bakat terpendam dalam bidang pemakanan ni.Banyak juga lah resipi yang telah aku patenkan.Dan hari ini aku nak persembahkan satu lagi resipi rahsia ciptaan aku,memang takkan terdapat di mana mana kedai.Dijamin Halal.

Nama Resipi : "don't judge a food by it looks "

Sesuai untuk mereka yang sudah bosan makan telur + kicap


Lain lain hasil ciptaan sebelum ini ...


Char Kueh Teow Bayu Timur

Char Kueh Teow Petak

Maggi Masak 3 rasa

Selsicha Pepita Miar Mor
Share:

10 January 2011

Pagi yang lucky

PP : lesen ... IC...
Aku : err..salah apa encik ?
PP : tinted gelap sangat
Aku : owhh..koyak sekarang boleh dak pakcik?
PP : takkan kau nak koyak sekarang ?
Aku : koyak ajalah tunjuk saya tak pakai dah.Lagipun ni bukan kereta saya,kereta ayah saya
PP : asal kau yang bawak ?
Aku : saya nak pi amik dia kat kelompo la ni
PP: owh..bapak kau keja hapa
Aku : *************
PP : owh..Perlis..suruh bapak kau koyak nanti (sambil beredar ke kereta lain pula)
Aku : Boleh jalan ka pakcik ?
PP : Jalan jalan....



Share:

09 January 2011

Hari Penentuan



Gue dah cakap.Nasib kurang menyebelahi gue dalam bab bab draw ni.Memula gue dah happy dengan group gue.Kira ada nampak la sedikit sinar.Namun macam gue cakap,nasib memang jeles sejeles jelesnya dengan gue.Group terpaksa diatur semula kerana ada peserta yang tidak hadir.Maka macam biasa,gue dicampak didalam lubuk buaya.Perlawanan pertama,gue bertemu classmate gue merangkap coach part time kelas tenis gue.Gue dah agak.Gue pastiiiiiiiiiiiiiii !!!!!! ...........tewas.Gue terima seadanya.Next game,gue akan bertemu mambo,seorang pemain antarabangsa dari Bostawana rasanya.Namun kelewatan mambo membuatkan gue diisytiharkan mara dengan kurang bergaya ke suku akhir.Namun gue gentleman.Gue taknak kemenangan percuma,maka gue minta kepada penganjur untuk membenarkan perlawanan kami berdua diaturkan semula.Maka,gue terus bungkus.


Takpa,gue kecewa bukan kerana gue tewas.Gue kecewa kerana banyak pukulan gue kureng menjadi.Gue berjanji akan berusaha keras.

---------------------------------------

Dalam kekecewaan , gue pun pulanglah ke hostel. Court Tennis dengan hostel dalam 30 Meter sahaja tapi laluannya one way dan tak logiklah di hari sabtu yang lenggang gue nak pusing separuh kampus ,maka gue pun redah sahaja 30Meter dengan pantas.Namun dalam meredah 30 meter ,boleh pulak kebetulan pak guard MMU berbaju biru ( tukang saman ) lalu menaiki kancil.Beliau memberi isyarat lampu tinggi dalam keadaan sedia merapatkan kepala ditingkap yang terbuka untuk sound gue.Gue pun lalu dengan perlahan lahan disebelah kereta pak guard MMU yang berhenti menanti gue,bila tingkap kami selari sahaja,gue terus pecut.Macam mat rempit dalam 999.Kehkehkeh....

PS: Guard MMU boleh saman ekor ????
Share:

08 January 2011

Kejohanan Tenis


Kenapa malam ni gue rasa cemas ?? Gue tengok tv..gue rasa cemas.Gue tengok gambar pemandangan menghijau,gue rasa cemas.Gue tengok animal planet,gue rasa cemas.Gue tengok gambar berahi pun gue rasa cemas.Gue tengok raket tenis,terus gue mengigil.Dah lama sangat gue bersara.Kalau congak congak...dah 1o tahun dah gue bersara dari peringkat semi-pro. Walaupun lecturer subjek curriculum gue ada kata gue still ada "touch" , gue kurang berkeyakinan. Sebab dalam kelas gue banyak bebudak pukul bola macam tangkap pepatung.Tak heranlah gue nampak menyerlah.

Ini bukan main main.Gue cemas.Rasa nak tarik diri,gue tak sampai hati sebab gue dah banyak menyusahkan orang untuk masukkan nama gue dalam tournament ni.Gue tak target goal tinggi tinggi.Gue tak harap untuk dapat layak dalam peringkat kumpulan apatah lagi untuk memegang medal .Gue tah harap. Gue just harap kepala gue tak kena smash dengan bola aja. Gue cemas.Memang gue tahu ada juga bebudak suam suam kuku turut serta , tapi dalam bab bab percaturan lawan ni,gue rasa nasib sentiasa jeles ngan gue.Sejak zaman gue mula berkecimpung dengan sukan tenis lagik.1st round dah kena jumpa Champion.Memang gue masak.Last time masuk badminton pun,gue ditemukan dengan tuan ex-Vice President Kelab badminton. (refer sini) Masak.Masak.

Apapun,gue takkan mengalah.Walaupun cemas , lawan tetap lawan.Akan gue repeat lagu tema bola sepak perlis buat pembakar semangat disusuli lagu fikirkan boleh.Gue boleh! Takkan gue takleh dapat sikit point? takkan gue tak dapat kasi lawan gue mengah? takkan gue nak kasi umpire game gue kerja mudah ? gue sure gue boleh..! Gue dah beli pisang setandan, 100plus dan juga bersenam di Gym untuk menghadapi perlawanan esok.Gue boleh!...

Tapi bila terbayang stroke stroke bebudak kelab tenis semalam...gue down .... !


jangan esok gue cenggini sudah...

Share: