Kejohanan Badminton

Friday, April 23, 2010


Pada hujung minggu lepas telah berlangsung satu pertandingan badminton terbuka anjuran Silat Cekak Hanafi MMU Cyber .Memula incik YDP cakap ini main sesama ahli sahaja namun semua itu omong omong kosong.Pertandingan telah dibuat secara open maka ramai jugak jaguh jaguh yang hadir.

Aku telah register untuk 2 kategori ,singular dan plural .Dari jauh beb gua datang semata mata nak join pertandingan badminton ni.So macam biasalah,9.40 cabutan perlawanan pun berlangsung.Entah sua suei betoi laluan gua memang berliku liku . Single first round bertemu mantan Vice President Persatuan Badminton MMU .WTFFF! dan double pulak bertemu pasangan Champion pada pertandingan hari tuh.Rasa macam nak nangis pun ada sikit sikit tapi mengenangkan lagu Jika kau fikirkan kau boleh yang dulu dulu pernah play kat tv1 dengan background anak anak sidek main badminton,gua jadi up sikit spirit tuh.Tuh pun tak kemana jugak .Hahahaha..Resultnya ,dua dua kategori tersingkir awal.

Mantan VP Persatuan Badminton MMU ,saudara jager . pikir la gena gua nak menang .

Oh ya.Partner gua arituh ialah saudara kucing (pemilik Daihatsu Mira Turbo RS Special Limited Editon 850RR ) .Game start pukul 9 lebih,dia pukul 10 lebih baru sampai.Tuh pun sampai sampai terlupa bawak kasut pulak.Dia ingat main badminton pakai gate rumah buat net kot.Ni tournament baii.. Balik semula.Dah tak mandi.So banyak jugak la faktor buat partner gua ni tak cergas 100% .Kalau tak at least tiket ke final tuh dah dalam tangan.Kami akan cuba gegar sem depan.Dengar kata kucing dah fly ke China training.

You Might Also Like

5 Rangsangan

Flickr Images