Berita Char

Friday, April 16, 2010


Lama benar aku tak update ranking char Kuey Teow ni.Nak kata jarang makan,selalu ,cuma asyik pekena tempat sama,tuh yang tak terupdate.So hari ni nak update serentak 2 sekali gus.

Chalos Char@Bangi

char Chalos ni terletak berhampiran Pusat Rawatan Az-Zaharah Bangi.Ekceli aku dan rakan rakan ke sana untuk melawat seorang rakan di Pusat rawatan tersebut namun berakhir di Chalos.Chalos ni sebenarnya kedai kafe ada jual roti roti donut namun kat depannya juga tertenggek gerai Char Kueh Teow itu sendiri.Aku tak order pun Char disitu sebab aku memang dah full makan tengari pun dah pukul 3 lebih , tapi aku sempat merasa la sikit.Dari analisis yang yang singkat,aku nak rumuskan Char Chalos ni hampir sedap tapi masin.Mungkin kemasinan Char just terkena kepada kami namun kesimpulannya perlu di improvekan lagi memandangkan harga yang agak terlampau.Rm5.

Char O Meter : 5.5/10

Char Soho@Bangi


Soho merupakan salah satu kedai makan yang tampak menarik jika dilihat dari seberang jalan Bandar baru Bangi.Sebelum ni pun aku dah pernah test makanan di sana,kalau ikut kedai ranking kedai kedai makan yang bersepah di jalan tuh,SOHO memang antara terbawah.Cuma hari ni aku kesana sebab pilihan dah agak kurang selain ingin mencuba setelah sekian lama.Dan kebetulan dah ada Char kueh teow disana.Jadi aku pun cuba la.Char Soho ni aku makan rasa sipi sipi atau nipis nipis ja.Dah hampir macam tawar.Aku tengok jugak tukang masak tuh masak dan apa yang aku nampak dia banyak letak air.Kalau Char ShowRu,dia banyak main minyak.Senang cerita tak berapa sedap.

Char O Meter : 5/10

Ranking Terkini Char (update 16/4/10)
1. Char Kampung Melayu Subang
2. Char Aimar ,TTDI Jaya
3. Char Sany,Kelana Jaya
4. Char kwsp,Kangar
5. Char Sungai dua,Penang
6. Char Berasmana,Kuala Perlis
7. Char Gani,Jitra
8. Char Ketam ,Taman Kemajuan
9. Char Terminal, Cyber
10. Char Batu Dua,Kangar
11. Char Chalos
12. Char Uptown Kota Damansara Gerai No 5
13. Char SOHO
14. Char UM
15. Char Shah's Corner,DP,Melaka
16. Char Uptown Kota Damansara gerai No7


You Might Also Like

0 Rangsangan

Flickr Images