Balik aja bagan lalang , "wishlist" aku di dinding memang sudah melimpah.Hari ni kena present assignment spanish manakala esok pulak kena submit assignment management decision science.Semua markah kencang2 beb,20 - 25 markah satu.Kalau missed memang kencing berdarah la jawabnya.
Kelas spanish aku ni diajar oleh senior Juel dari Cuba.Kata orang dia ni pernah berjuang bersama sama che guevara dan fidel castro dalam hutan cuba dulu dulu,ada juga kata dia senior Juel ni gay sebab ada budak pernah nampak dia berpacaran di Alamanda.Tak pasti pulak dia ni amik posisi lelaki atau perempuan.Tapi badan dia tough beb.Apapun,senior Juel ni mengajar memang serius.Muka nak ketat aja,sembang pun mau spanish aja.Tapi menda remeh nak pulak dia gelak berdekah dekah.Apa punya taste kelakar la senior Juel ni.
Malam ni dah nak kena present.Macam biasa ,budak budak melayu memang terrerr bab bab buat kerja last minit ni.Dalam kelas pun aku menganga aja,tuh pun yang aku paham porque,mi amor kes dok terlayan telenovela tv3 aja.Memang perit beb nak buat karangan spanish ni,grammar english aku pun berterabur lagi apatah Spanish.Rasa macam nak ke Jalan Ampang pun ada suruh akak kerani kedutaan tolong tulis jap.Ala,setakat karangan ni ,5 minit pon akak catalina boleh setelkan.
Gua pun dah tak berapa sedar gua orang malaysia ka spanish
Apapun berkat usaha keras , setel jugak assignment spanish ni.Terima kasih kepada spanishdict.com dan Yahoo!bebel. Harap harap tak kantoi la kegiatan aku ni.See u tonite senior Juel. Pap pap pap.