Aku Punya Pasal

Selamat Mati!

Sunday, June 28, 2009

Apabila hati sudah mati


- benda kelakar jadi serius
- benda takut jadi lali
- benda malas jadi semakin malas
- benda manis jadi masam
- benda menarik jadi biasa
- perasaan suka jadi duka
- tengok porn pun boleh menangis..cemana tuh ?

kenapa entri aku masih berbaur bobo ni?haihh..


Aku Punya Pasal

Gejala Sosial

Wednesday, June 24, 2009

Jangan disangka manusia sahaja kejam,dizaman moden ini,kucing pun sudah terbawak bawak perangai manusia.Apa kejadahnya semua ini ? Ekceli 2-3 hari sebelum ni,aku ada perasan seekor kucing berbadan dua ni selalu datang lepak 'riki' line kat depan rumah aku.Bukan setakat melepak,siap kencing lagi kat motor aku.


Aku rasa JAIS patut mengambil berat hal ini dengan kerjasama jabatan haiwan untuk mengatasi masalah pergaulan bebas dikalangan kucing kucing.

Anak kucing ni kelmarin berbunyik bunyik panggil mak dia,aku dah beli susu dutch lady suap ka mulut tak mau minum jugak.So berharap la mak dia reti melawat anak dia,tapi sampai kesudah.Tengah hari tadi aku tengok dah lemah,try bagi susu lagi tapi meleleh balik keluar.Tunggu masa aja,aku dah buntu.

UPDATE: Ciku telah pulang ke Rahmatullah..

Aku Punya Pasal

Bila Tanganku Berbunyi

Wednesday, June 24, 2009

Jikalau aku ialah seorang komposer,lagu yang akan aku tulis sekarang ialah lagu ini

Secara serta merta terumbang ambing
Tiba-tiba kacau bilau
Nyawaku melayang di bawah gerhana cahaya lampu neon
Fikiran mengamuk hati berkecamuk
Terpekik terlolong

Langkah kau amat licik hinggaku terpedaya
Batinku dipukau oleh sihir di bibirmu
Guna sebelum ia kembali guna
Sebelum tarikh luputnya
Egoku terhina tercicir di pinggir
Laluku tergelincir

Salahkah ku merasa serba salah? Ya?
Salahkah ku bermasalah?
Otak kau memang cerdik
Sungguh terperinci
Batinku dipukau oleh sihir di bibirmu

Untuk seketika kuhilang kawalan diri
Untuk seketika kawalan diri
Untuk seketika
Kuhilang

Untuk seketika kuhilang kawalan diri
Untuk seketika kawalan diri
Untuk seketika
Kuhilang

Untuk seketika kuhilang kawalan diri
Untuk seketika kawalan diri
Untuk seketika
Kuhilanggggggggg
hiiiiiilaaaaangggggg
aaaaaaaanghhhhhhhhhhhh

Butterfingers- Cuai

apsai entri aku dah macam ala2 bobo ? huhuhu..

Aku Punya Pasal

Summary Cuti Semester #1

Wednesday, June 17, 2009





Cuti Semester kali ni 2minggu sahaja.Apa jadahnya hanya 2minggu,mana sempat nak hang out bersama member2,Dah la sebelum balik pun parents aku dah call berkali kali ucap tahniah kerana memenangi segala jenis tender penyenggelaraaan rumah.Tender bukan senang senang dapat,semua main kroni sahaja.

DAY 1




Check in semula di bilik astana sempering.Berdebu bilik dengan adik aku dah buat port study.Study la sangat,dah lama ada girlpren telefon berbunyi sikit terus lesap.
Hari pertama lebih ke arah aktiviti bebas.Meninjau perubahan perubahan persekitaran dan mendengar taklimat projek projek mega yang bakal dijalankan.

DAY 2

Setelah mendapat sedikit taklimat ringkas daripada tuan tanah,aku mula bersiap siap menyiapkan projek pertama berkelas F iaitu Kerja kerja mengecat bahagian luar dinding pagar.Sebelum mengecat,ingredients mau ada.Maka terpaksalah aku bergegas ke kedai hardware berhampiran.


Untuk menunjukkan komitmen yang tinggi dalam ibadah ni,besertakan baju comot dan seluar pendek rabak penuh tompok cat projek projek sebelum ni,aku pun memandu pajero syarikat ke kedai hardware.Memang sejibik nampak macam brader cat profesional sehinggakan tokei kedai cat pun dah berbahasa cat peringkat tinggi serupa aku dah lama menceburi industri ni.Aku angguk sahaja tanda setuju.

Cat zaman sekarang sudah berteknologi tinggi.Tak payah nak campur campur thinner mengikut sukatan macam isi minyak vespa.Sekarang bancuh macam nescafe 3in1 sahaja.Masuk cat dan masuk air secukup rasa,hasilnya memberangsangkan.

Aku Punya Pasal

Sedikit Falsafah

Tuesday, June 16, 2009

"Hidup bak ikan didalam air,tanpa air,siapalah ikan..." bak kata pak cik tabligh yang ceramah aku dengan jad man di suatu petang hari..


renung renungkan..

Flickr Images