17 June 2009

Summary Cuti Semester #1





Cuti Semester kali ni 2minggu sahaja.Apa jadahnya hanya 2minggu,mana sempat nak hang out bersama member2,Dah la sebelum balik pun parents aku dah call berkali kali ucap tahniah kerana memenangi segala jenis tender penyenggelaraaan rumah.Tender bukan senang senang dapat,semua main kroni sahaja.

DAY 1




Check in semula di bilik astana sempering.Berdebu bilik dengan adik aku dah buat port study.Study la sangat,dah lama ada girlpren telefon berbunyi sikit terus lesap.
Hari pertama lebih ke arah aktiviti bebas.Meninjau perubahan perubahan persekitaran dan mendengar taklimat projek projek mega yang bakal dijalankan.

DAY 2

Setelah mendapat sedikit taklimat ringkas daripada tuan tanah,aku mula bersiap siap menyiapkan projek pertama berkelas F iaitu Kerja kerja mengecat bahagian luar dinding pagar.Sebelum mengecat,ingredients mau ada.Maka terpaksalah aku bergegas ke kedai hardware berhampiran.


Untuk menunjukkan komitmen yang tinggi dalam ibadah ni,besertakan baju comot dan seluar pendek rabak penuh tompok cat projek projek sebelum ni,aku pun memandu pajero syarikat ke kedai hardware.Memang sejibik nampak macam brader cat profesional sehinggakan tokei kedai cat pun dah berbahasa cat peringkat tinggi serupa aku dah lama menceburi industri ni.Aku angguk sahaja tanda setuju.

Cat zaman sekarang sudah berteknologi tinggi.Tak payah nak campur campur thinner mengikut sukatan macam isi minyak vespa.Sekarang bancuh macam nescafe 3in1 sahaja.Masuk cat dan masuk air secukup rasa,hasilnya memberangsangkan.
Share:

2 Rangsangan:

kerepek said...

cuti 2 minggu bai. lu buat apa hari lain?

Adam said...

Haha. Kot nak jumpa aku di kangaq.