04 August 2012

Peristiwa Satu Malam

Jam menunjukkan pukul 12 malam.Kelihatan sayup sayup kedengaran bunyi sebuah motosikal automatik berkuasa 115cc memecah keheningan malam di bandar Kangar .Pemuda itu bukan mat rempit apatah lagi anggota Rela.Beliau hanyalah pemuda biasa yang bekerja kais pagi makan pagi ,kais malam makan malam. Beliau baru pulang dari perjumpaan sosial pemuda pemuda nasionalis.Deruan angin menerjah muka pemuda tersebut disusuli embun mula tampak membasahi cermin penghadang helmetnya.Pemuda itu menunggang dengan penuh berhemah memandangkan usianya yang sudah hampir mencapai status perlu atau mampu berkahwin.Dilaluinya setiap selekoh dengan tenang , tanpa sedikit goyang kerana beliau pernah merasai pengalaman sebagai mat motor pada zaman kegemilangan Valentino Rossi dahulu.

Namun , taktala mengambil salah satu selekoh , pemuda itu kelihat kaget , lampu biru berkelip kelip menghiasi pemandangan hadapan pemuda tersebut.Kelihatan manusia berkulit vest pantul cahaya memenuhi jalan.Lantas pemuda itu tiada pilihan melainkan menyerah ke sisi jalan.

"lesen dengan IC encik .."
"ni dia tuan"
"ermm..." sambil menyuluh lesen tersebut ke arah lampu motorsikal pemuda tersebut . " tak berapa nampak ,nak kena pakai cermin mata ni.." sengih pak cik Polis itu.
"tidak mengapa..take ur time tuan"
"haaaa..ok..pi kat meja sana sat bagi nama"
"errr...untuk apa tuan...?"
"saja .... survey" balas Pak Cik Polis itu lagi 
"fuhhh.."

Damn! bikin gua kaget sahaja.
Share:

04 October 2011

MMU : Permulaan suatu hikayat


Selepas tamat persekolahan tingkatan 5 , semua remaja Malaysia mendapat peluang untuk berehat agak panjang iaitu selama lebih kurang 6 bulan sebelum menyambung pelajaran bagi yang berminat atau menyambung rehat bagi yang tidak berminat.Sebagai remaja berwibawa pada masa itu,aku sempat bekerja seketika sebagai esekutif pencucian banggunan selama 2hari sebelum mendapat offer untuk bekerja sebagai esekutif perkantinan dan catering selama 3bulan. .

Namun masa berlalu dan akhirnya kita juga perlu melalui fasa baru iaitu fasa universiti.Setelah sekian lama menanti dan kawan kawan mula bercerita tentang tawaran sambung belajar yang mereka terima,aku sedikit demi sedikit mula cemas kerana belum menerima apa apa tawaran. Sehingga pada suatu hari ibubapa aku memaklumkan aku menerima tawaran daripada MMU. MMU merupakan singkatan yang aku penah dengar tapi tak pasti singkatan kepada apa yang aku pasti semestinya "U" terakhir untuk university dan dari apa yang aku dengar dari seorang bekas pelajar sekolah aku ,MMU ramai hot chicks.Itu sahaja.

Kerana tiada lagi apa apa panggilan ,aku terpaksa menyahut seruan ini dengan mendaftarkan diri di Multimedia Universiti Kampus Melaka.Suatu tempat yang asing dan sungguh jauh rasanya dari tempat lahir aku.Beberapa minggu selepas mendaftar ,bapa aku memaklumkan yang aku ada menerima tawaran dari Uitm Shah Alam untuk kursus IT dan juga seorang jiran kampung datang memberi surat tawaran Universiti Tenaga Nasional yang dikatakan tersilap hantar oleh posmen seminggu lalu.

Namun,mungkin ini semua ketentuan ilahi,maka,bermulalah sebuah hikayat lelaki selekeh di Multimedia University.



Share:

20 June 2011

Gelap



Satu, terima kasihku
Dua, jagalah dirimu
Tiga, hapuskan diriku
Moga bahagia selalu

Dosa oh aku akui lemah
Aku tak pernah menduga
Ini kan terjadi
Moga di sinilah titik noktah
(Moga terhenti di sini)

Korus
Rasa ini rasa syurga
Tiada lagi cahaya
Biar gelap yang membuta
Bawa ku ke arah nyata
Rasa ini rasa syurga
Tiada lagi cahaya
Biar gelap yang membuta
Bawa ku arah nyata
Share:

19 April 2011

Our GYM


Petang tadi aku berkesempatan mencuba satu gym di area Petaling Jaya yang terletak di SS2.Gym yang bernama Our Gym ni terletak diatas resotaran nasi kandar Pelita.Untuk walk-in ,gym ini mengenakan bayaran rm10 namun terdapat pakej bulanan yang ditawarkan.Aku lupa berapa harga normal price tapi untuk student pakej rm60 sebulan dan charge pendaftaran rm30.Gym ini dibuka setiap hari kecuali hari Ahad bermula 8 pagi - 10 malam kalau tak silap dan tetapi hari Sabtu separuh hari.

Kelengkapan gym ni bagi aku nampak agak old skool.Ada yang berkarat dan ada juga yang dah usang.Namun untuk mereka yang hardcore dan tak pentingkan menda menda remeh ni , gym ni lengkap dengan semua kelengkapan senaman.Yang paling best ,banyak gila plate di gym ni.So memang tak payah berebut.Untuk mereka yang nak main kardio ,gym ini memang tidak sesuai langsung sebab tiada treadmill dan kelengkapan beskal kayuh tuh pon sangat antik.Sumpah! Model yang aku tak penah tengok langsung pun ada.

Aku pergi gym ni pukul 3 petang ,orang ada la dalam 3-4 orang tapi menjelang pukul 5 lebih ,orang makin ramai.Namun majoriti golongan veteran.Overall , kalau nak walk in bagi aku seorang student agak mahal la rm10 tuh tapi kalau dah amik pakej,memang berbaloi balik.








Share:

06 April 2011