Kitaran Hidup Terkini

Sunday, May 15, 2016

Dua tiga menjak ni aku sedar yang rutin hidup aku ni dah seakan satu kitaran yang sama dan dari minggu ke minggu terasa pantas berlalu. Rutin harian bermula dari bangun pagi, ke gym, kerja, balik kerja, main anak , tidur dan ulang semula. Weekend pulak bangun cari sarapan, balik lepak dan keluar jejalan cari port minum best bersama anak isteri. Itu lah  yang aku lalui.

Hidup mula terasa seakan tiada matlamat duniawi. Tambah dah ada anak, nak panjang kaki pun susah. Harap tengok rancangan TV aja lah kalau nak tengok tempat orang. Nak enjoy dari segi materialistik, tak adalah mampu sangat ditambah dengan keadaan ekonomi yang suram malap hancus. Jadi apa yang mampu hanyalah makan tidur dan melepak dikawasan sewaktu dengannya.

Sekarang aku tengah terfikir kaedah untuk mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah dan menyeronokkan. Sedikit sebanyak idea datang tetapi ada yang berfaedah tapi tidak menyeronokkan manakala ada menyeronokkan tapi tak berfaedah. Selain tuh aku berfikir tentang perkara yang tak makan banyak modal.

Perkara yang bermain difikiran aku samada aku perlu satu hobi ataupun mungkin sambung belajar. Part sambung belajar tuh lah yang tak menyeronokkan tapi bagi aku berfaedah. Tapi bila fikir yang setiap weekend nak kena mengadap lecturer masuk kelas buat aku ragu-ragu. Nak cari hobi, aku tengah fikir apalah hobi yang kena dengan jiwa aku dan paling penting tak kena GST. Kalau diikutkan hobi aku adalah berjalan tapi semua tuh makan modal. Jadi apa laaaa hobi yang ada. Nak kumpul setem macam tak kena jiwa, Nak kumpul serangga macam tak kena usia. Hmmmm.


You Might Also Like

0 Rangsangan

Flickr Images