Budaya Keluarga

Wednesday, May 25, 2016

Kalau kita sebut bab budaya apa yang selalu kita dengar adalah adat penduduk setempat bagi sesebuah Negara ataupun bagi satu-satu kaum. Namun selain dari itu apa yang aku perasan jika di”zoom” kan dengan lebih terperinci sebenarnya sesebuah institusi kekeluargaan itu sendiri mempunyai budaya ataupun secara tidak ilmiah iaitu “kebiasaan”.

Waktu aku masih bersekolah dimana melepak atau stay over di rumah rakan adalah perkara biasa, aku selalu jugak perati perbezaan budaya rumah member aku dengan rumah aku. Kekadang tuh benda yang dianggap serius offence dirumah aku adalah satu perkara normal di rumah orang lain. Antaranya ialah di rumah aku bangun lewat adalah satu kesalahan besar tapi bila tengok sesetengah member aku, rileks aja makbapak mereka suruh aku masuk rumah tolong kejutkan anak mereka.

Antara yang aku ingat, ada member yang boleh sewenang wenangnya  tak pergi sekolah dengan alasan remeh temeh tapi bagi aku walaupun baru sampai rumah pukul 4-5 pagi dari perjalanan jauh mau tak mau esok pagi tetap kena ke sekolah. Haha. Susah sungguh nak dapat perlepasan cuti dari mak aku even setakat sakit demam selsema sikit-sikit. 

Lepas kawin pulak, aku dapat compare antara budaya keluarga aku dengan keluarga bini aku. Bagi keluarga bini aku, basuh satu pinggan bersamaan sekali picit botol pencuci sunlight manakala di rumah aku pulak sunlight dipicit dalam bekas sabun dan dibancuh pulak dengan air bagi penggunaan yang holistik. Selain dari tu,beza yang aku nampak adalah keluarga aku makan lauk pelbagai jenis tapi nasi sikit manakala di rumah keluarga bini aku mereka makan nasi dalam kuantiti yang banyak tapi lauknya dua tiga jenis aja.

Setelah mempunyai keluarga kecil, aku pon nak juga pupuk nilai budaya keluarga yang tersendiri dalam keluarga aku ni. Antaranya, Aku nak anak-anak aku nanti memulakan hari dengan sarapan berkhasiat. Bukan macam aku dulu2. Kekadang redah ke sekolah tanpa sarapan. Bukan makpak tak sedia Cuma tak kena dengan taste. Biasala la budak-budak. Selera lain. Selain dari tuh aku taknak takutkan anak aku dengan kisah tahyul raksasa hantu dan sebagainya. Akan aku terang sesuatu perkara dengan penuh sainstik lagi Islamik…ewah..Selain dari tuh aku taknak paksa anak aku mengadap buku 24jam tapi yang masuk dalam otak 1jam sahaja. Yang penting belajar 2jam dan paham 2jam. Cukup. 

Semua diatas hanya visi yang mana mungkin berubah sejajar dengan pengurangan kadar testorone dalam badan aku. Apa yang aku perasan dari masa ke semasa aku dah mula melakukan perkara yang satu masa dahulu aku rasa uncool sebab macam orang tua namun last-last ke situ juga perginya.



You Might Also Like

0 Rangsangan

Flickr Images