15 September 2012

2 Hari 1 Malam ke Hatyai : Part 1

Klik Sini untuk Cara Ke Hatyai

Dah lama tak menulis,tetiba rasa bersemangat nak bercerita lepas pulang dari Hatyai.Aku baru pernah sampai sekali ke hatyai ,tuh pun melalui ejen perlancongan dan dibawa oleh tour guide.Sungguh memalukan bagi orang Perlis macam aku ni,member aku setakat Hatyai pergi naik motor aja.Apakan daya,parents aku tak berapa supportive bab adventure ni.Dari apa yang aku nampak,bukan semuanya,orang Melayu ni kalau melancong sikit mesti nak melalui ejen dan tour guide,alasannya selamat dan mudah.Bagi aku bila benda terlalu mudah,maka hilanglah seri adventurenya trip itu.Tak mungkin akan ada pengalaman sesat ditempat orang kan,pengalaman membaca map,pengalaman kena kencing dengan drebar taxi dan memacam lagi.Meh sini aku nak ceritakan sikit cara dan pengalaman aku pergi ke hatyai secara meng-tour guide kan diri sendiri untuk pengajaran dan pedoman bagi mereka yang belum pernah.


Trip ke Hatyai ni bukanlah dirancang dengan teliti pun,tapi last minute plan sebab nak menunaikan janji dengan member aku yang dah 2 kali plan&cancel trip yang sepatutnya dah dilakukan 2bulan lepas.Betapa last minutenya trip ni,aku just sempat buat sedikit research tentang tempat penginapan dan tempat nak berjalan jalan 8 jam sebelum bertolak.Member aku dah pun menempah bilik untuk mereka berdua,aku pulak ambil keputusan untuk cari tempat sendiri memandangkan aku plan nak tidur satu malam sahaja.Untuk trip ni,aku hanya menggunakan border pass,kepada mereka yang tak tahu,border pass ni pengganti passport untuk mereka mereka yang berasal atau telah menetap lebih 3thun di negeri negeri bersempadan dengan Thailand sahaja iaitu Perlis,Kedah,Perak dan Kelantan,ia boleh diperoleh dari Jabatan Imigresen dengan harga rm10 dan tahan selama 6bulan,tapi jarak perjalanan terbatas sehingga Songkla sahaja,nak sampai Bangkok boleh,tapi sendiri tanggung.

Untuk mereka yang nak bertolak macam aku dari Stesen KTM Arau , tak perlu beratur di kaunter beli tiket,train ke Hatyai berlepas dari Arau dalam lingkungan pukul 7.45am-8am pagi,maka terus datang dan naik gerabak L7 ,didalam nanti terus bayar tambang pada staff KTM.Terus buat aku terkenang zaman naik bas lompat lompat di Melaka.Untuk pengetahuan,tiada tiket terus ke Hatyai,anda perlu mengambil tiket ke Padang besar berharga rm6 sebelum membeli pulak tiket ke Hatyai dari Kaunter tiket di padang besar beharga rm11 kalau tak silap.Bagi aku,rm6 untuk perjalan Arau-Padang besar memang mahal gila,kalau tahu memang aku suruh family aku drop di stesen padang besar sahaja.Tiba di padang besar,anda dikendhaki mengecop passport/borderpass di imigresen Malaysia dan juga Thailand seperti mana mana prosuder ke luar negara.Disini situasi tak sama seperti jika memasuki Thailand melalui darat dimana anda akan di"Pow" rm1 oleh pihak imegresen Thai.Sampai sini,tren diservis lebih kurang 45minit-1jam,aku tak pasti samada prosuder biasa ataupun hanya pada trip itu sahaja,bagi mereka yang tak bawak apa gajet untuk membuang masa,maka akan terasa lama lah penantian itu.So nasihat aku,paling kurang bawaklah dam ular atau kalau rajin galas congkak,bawak congkak.Janji tak bosan. 


Share:

3 Rangsangan:

Anonymous said...

nak tanya.. kat sempadan tu boleh x wat border pass on the spot?
kiranya dari kl sentral ke padang besar.. nak masuk hatyai..

Anep said...

sori bro...lama xupdate..manatau jwpan ni dpt membantu org len kedpn,

1st,border pass ni yang layak untuk buat adalah org yg lahir atau telah menetap lama +tukar alamat di Perlis,Kedah,Perak dan Kelantan sahaja..so kalau ckup syarat dah Ok satu..

2nd,border pass boleh buat on the spot di pejabat imigresen pintu sempadan melalui kereta sahaja,kalau imegresen kereta api memang xda.So pilihan,maybe boleh turun amik taxi ke pejabat tersebut ,dalam 7-8km jugak lah.

harap dapat membantu.

Anonymous said...

I'm new in travelling to other places. Can you help me and guide me please? Can you contact me at laila_luciana@yahoo.com
Thanks. :)