Dewan Penganggurlimen dianggotai ahli tetap seramai 3 orang beserta ahli tidak tetap dan juga tetamu undangan mengikut jemputan ahli tetap majlis.Persidangan Dewan Penganggurlimen banyak membincangkan isu isu semasa dari isu pengangguran,LBGT,Hari Kiamat sehinggalah kepada hala tuju masa depan negara Malaysia tercinta.
Dewan Penganggurlimen hanya akan mula bersidang apabila shisha dihidang untuk memastikan tahap kejituan tumpuan ahli dewan kepada persidangan berada pada tahap kemuncak.Didalam Dewan Penganggurlimen ,tiada pihak-memihak seperti Dewan Parlimen acuan kapitalis dimana pembangkang serta pihak kerajaan sentiasa bergaduh yang terbukti tiada unsur unsur Peace,Love,Harmony..Maka untuk memupuk semangat keamanan,kedamaian,toleransi,kasih sayang serta kesukanan,Dewan Penganggurlimen hanya mempunyai pihak pembangkang sahaja yang bertugas hanya untuk membangkang apa jua isi.Pihak pembangkang bertindak membangkang segala kenyataan tanpa mempedulikan kebenarannya walaupun pada contohnya sudah termaktub dalam hukum matematik yang 2 + 2 = 4 tetapi bagi Dewan Penganggurlimen 2 + 2 = 4 adalah satu komplot jahat yahudi untuk mengekploitasikan pemikiran umat manusia.
Diakhir persidangan , Dewan Penganggurlimen akan menggulungkan usul lalu mencampakkan segala usul usul yang dibincangkan ke Recycle Bin (Dewan Penganggurlimen menyokong kitar semula) serta pulang dan tidur seperti biasa tanpa permasalahan didalam minda.Semoga ideologi FreeYourMind Thinking yang dibawa Dewan Penganggurlimen ini akan berkembang pesat dalam menjamin keharmonian umat manusia seantero dunia
Sekian,
Batuk Seri Disana Dr. Farouk Rashid (bukan nama sebenar)
Bentara Dewan Penganggurlimen 2012
Sekian,
Batuk Seri Disana Dr. Farouk Rashid (bukan nama sebenar)
Bentara Dewan Penganggurlimen 2012