24 March 2011

17 March 2011

15 March 2011

Where The Trail Ends


Banyak faktor yang membuatkan kita terlalu mengagungkan orang barat dan banyak faktor yang membuatkan mereka menjadi model kepada negara negara timur.Antara faktor faktor kecil ialah kretiviti dan keberanian mereka mencuba sesuatu yang baru.Kenapa bukan orang Melayu ? Arab ? Pakistan ? Mongolia ? mahupun Senegal invent menda menda macam ni ? kagum kagum...
Share:

12 March 2011

BROTHER'S


Aku memang kurang yakin dengan BROTHERS ni.Sebelum ni pun aku mintak mereka pasang audio kereta aku, pekerja bangla mereka telah ter rosakkan barang audio kereta aku.Namun aku anggap mungkin benda tuh berlaku secara tidak sengaja.Jadi kelmarin aku pun sekali lagi cuba khidmat dari BROTHERS untuk buat plat hadapan aku memandangkan telah hilang tiga angka.Apa yang aku tak puas hati,mereka mengenakan charge rm10 untuk upah pasang plat tersebut...WTF..tak pernah ada kedai aksesori mengenakan charge untuk upah pasang plat.Aku bersetuju sahaja memandangkan aku dah penat meredah jem dari kedai aksesori pertama sebelum tuh yang tak mempunyai huruf huruf yang menarik.

Dan yang buat aku tambah bengang,pekerjanya mungkin masih baru,tidak reti berbahasa melayu,telah memasang abjad abjad plat itu dengan senget.Benda ni aku perasan bila dah balik.So aku memang boikot BROTHERS lepas ni..SUcKS! setakat nak beli pewangi kereta boleh la.


Share:

11 March 2011

08 March 2011

Cat Mengecat


Akhirnya v6 hitam dan aku telah selamat pulang ke kampung halaman dan tanpa menunggu lama , ia pun di hantar ke Zann Motor untuk kerja kerja pembedahan kosmetik.Zann motor ni terletak di Jalan seriab dan kedai dia agak tersorok melainkan papan tanda yang sudah uzur sahaja memberi tanda arah untuk masuk ke sana dari jalan besar. Zann motor jugak boleh dikatakan bengkel rasmi bab bab kerja cat mengecat untuk family aku ,dia punya hasil kerja nice dan lebih penting harganya berpatutan.Di zann motor ni ,aku selalu deal dengan brader Dan,kurus kurus orangya.

Progress .... DAY 4




Pengalaman di Zann Motor
Share:

03 March 2011

Alfa Facelit


Kereta perdana v6 yang aku warisi ni memang sudah calar balar dan kemik kemik sana sini.Memandangkan aku plan nak mengenakan cat baru pada v6 ni , aku mengambil keputusan untuk melakukan sedikit perubahan kosmetik agar menampakkan penampilan lebih segar.Setelah survey serba sedikit di kedai kedai aksesori kereta area klang,shah alam dan damansara,aku menyerahkan tender ini kepada tak lain dan tak bukan kedai Siang Sing, Dengkil. Ini bukan lah pengalaman pertama aku ke kedai ni (pengalaman di Siang Sing #1) ,dan aku pun memang pernah ada pengalaman kurang enak dengan kedai ni (pengalaman di Siang Sing #2),namun dek kerena tawaran harganya yang berpatutan berbanding kedai kedai lain ,aku bantai sahaja.Keseluruhannya ,aku tukar bumper depan+lips ,bumper belakang,bulb dan antena radio.

Untuk pengalaman kali ini servis yang diberikan disini memuaskan walaupun selepas 2-3 hari menggunakan antena radio ,kualiti ia tidak memuaskan.So,Tauke kedai ,Ah Hui memberi refund semula.Dan yang bagusnya,kedai ini menyediakan servis untuk menghantar dan mengambil pelanggan dari rumah jika servis memerlukan masa yang lama.Nicee! dan bagi sesiapa yang nak ke sini boleh deal terus dengan si Ah Hui ni sebab dia rilekss dan boleh bawak berbincang.Tak macam pekerja dia yang kerek ....




Share:

02 March 2011

Update


Sudah hampir 3 minggu lebih blog ini bersawang dek kerana ke'busy'an aku ...
Bukan apa, exam final ...
Lepas exam final , terus ke Medan,Indonesia ...
Next semester aku just ada 1 subjek ...
Kelas pun khamis dan jumaat sahaja ...
Begitulah serba sedikit update ...


Share: