Pagi Yang Gelap

Monday, July 05, 2010


Perjalanan sungguh lancar ,tiada kesesakan mahupun jerebu.Angin pagi bertiup sepoi sepoi bahasa.Burung burung terbang mencari rezeki.Ayam ayam daring yang sudah pandai melepak di tengah highway bertempiran lari taktala Angelina menderu laju memecah keheningan pagi.Bunyinya sungguh mantap.Popopoww! pergi bak kata Faizul.Segala jenis kereta dari sekecil Kancil hinggalah sebesar trak Tentera memberi laluan setelah di High Beam Angelina .

"kehkehkeh,laju sungguh kereta gua",getus hati kecil Junita,pemilik Angelina .

Bagi beliau,tak mungkin ada kenderaan lain yang mampu mencabarnya dijalan raya.Dialah raja segala Highway.Dari KESAS hingga PLUS,dari highway Guthrie hingga Highway Changlun,semua di bawah jajahannya . Bumper bergrill besarnya sungguh ganas ,seperti buaya yang menanti masa untuk mengigit mangsa mangsanya. Terdapat bisik bisik kecil dari orang kampung yang keretanya mampu memecut dari 0-100KM/h dalam masa 3.5 saat..satu saat kurang dari Bugatti Veyron,kereta terpantas di dunia.Namun jika beliau menutup penyaman udara,angka itu senang senang sahaja dicantas.Betapa agungnya Angelina

Dalam kekusyukan memandu,Junita tersentak .Kelajuannya menjunam laju. Peluh jantannya mengalir. Dahinya bekerut. Wajah ganasnya terus pucat . Beliau tidak pernah takut dengan sebarang jenis kenderaan selama ini.Namun hari ini keberaniannya goyah.Taktala satu lampu.Ini bukan lampu Highbeam biasa yang selalu cuba mencabarnya selama ini,lampu jenis ini memang tidak dijual dipasaran.Lampu jenis ini memang tak boleh melawan.Jadi beliau akur yang beliau bukanlah raja sangat dijalan raya.




You Might Also Like

0 Rangsangan

Flickr Images