05 July 2010

Kembali Ke Kangar : Recommended Food "MEE GULUNG"


MAP-Tekan untuk ZOOM

Ada satu menu sedap aku nak rekemen kat Kangar ni,nama dia MEE GULUNG..kenapa orang panggil sedemikian rupa ialah kerana Mee itu digulung.hahaha.. Kedainya terletak sebelum ESSO. Situ ada deretan kedai makan yang dibuka hanya malam hari.Kedai Mee Gulung ni nama apa aku tak ingat ,tapi kalau berdiri menghadap kedai makan,ia terletak disebelah kanan kedai yang mempunyai signboard RADIX.Kompom leh nampak signboard Mee Gulung kat situ.

Sekali tengok seperti Anaconda di dalam air,
dua kali tengok macam kapal selam dalam magkuk tandas

Selain Mee Gulung,disitu juga ada mee udang tapi tak payah try la.Tak best.Tips untuk makan disana ialah tak payah pakai melawa atau pakai perfume wangi wangi,sesuai kepada mereka yang terlupa memakai deadorant dan kepada pasangan couple yang bercadang sambung dating selepas makan turut tidak digalakkan ke sana kerana dalam 5-6 saat anda akan berbau asap sate.

P/s: kedai dia nama Pak Long
Share:

0 Rangsangan: