Berita Char

Saturday, February 27, 2010


  1. Baru baru ni aku nak bawak saudara edios bersama kakak aku,June pekena Char Kueh Teow subang namun kecewa kerana gerai tidak dibuka malam itu.Maka aku try ingat ingat balik Char yang aku jumpa dalam internet tempoh hari berdekatan area Glenmarie namun tiada data yang dapat ditemui.Last last kami buntu dan berkeliaran di area Glenmarie memikirkan masa depan makan malam kami.


  2. Dan seperti biasa,tidak sia sia membawa kakak aku kerana beliau mempunyai idea yang bernas iaitu pekena char di suatu kedai di area TTDI Jaya.Kami pernah lalu di kedai tersebut disiang hari semasa aku kereta aku ke kedai cat tempoh hari.Kedai yang dimaksudkan ialah Aimar Char Kueh Teow .Terletak mengadap jalan ,ia mudah dicari .

  3. Kedainya sangat bersih dan moden,dengan hiasan yang menarik namun kalau lepak dalam,agak panas .Char nya pula,memang terbaik seperti char char terbaik yang lain namun apa yang aku kurang suka ialah kuahnya agak pedas berbanding char char utara yang kurang pedas dan agak manis.Namun ia masih terbaik dan layak berada di kelompok puncak carta.Tidak rugi datang kesini mencuba tambah tambah jika anda peminat Char pedas.



  4. Char'O'Meter - 8.5/10

  5. Ranking Terkini Char (update 27/2/10)
  6. 1. Char Kampung Melayu Subang
  7. 2. Char Aimar ,TTDI Jaya
  8. 3. Char kwsp,Kangar
  9. 4. Char Sungai dua,Penang
  10. 5. Char Berasmana,Kuala Perlis
  11. 6. Char Gani,Jitra
  12. 7. Char Ketam ,Taman Kemajuan
  13. 8. Char Terminal, Cyber
  14. 9. Char Batu Dua,Kangar
  15. 10. Char Uptown Kota Damansara Gerai No 5
  16. 11. Char UM
  17. 12. Char Shah's Corner,DP,Melaka
  18. 13. Char Uptown Kota Damansara gerai No7

  19. P/s: Aku baru pi pekena sekali lagi tadi.Kali ni tak pedas.Memang terbaeekk!Macam nak up no1 ja ni.Tunggu aku pekena Char Subang sekali lagi.

You Might Also Like

1 Rangsangan

Flickr Images