Waktu aku remaja dahulu, aku selalu terpikir kenapa mereka yang sudah dewasa kebanyakan tidak memilih untuk memakai kereta-kereta sport, rare. Aku juga terpikir kenapa mereka tidak modified kereta-kereta mereka. Kenapa mereka memilih memakai kereta dalam keadaan standard, tambahan pula yang guna rim kompang.
Selepas memiliki kerete sendiri ( terima kasih kepada ibubapa ku) , aku mula menabung dan aktif menaiktaraf dalam bahasa rojak, modified, kenderaan aku tu. Waktu tu masih student, maka modifikasi pun cara bajet suam suam kuku (lihat disini) .
Banyak juga benda yang aku belajar sewaktu proses ini. Antaranya ialah baik beli barang mahal sikit tapi tahan lama dari ambik yang paling murah dan perlu diganti tak lama kemudian. Pengajaran ni aku aplikasikan dalam hidup sampai sekarang.
Sewaktu masa ini juga, aku selalu berharap untuk cepat habis belajar dan ingin bekerja dan punya duit sendiri dengan harapan dapat modified itu ini. Selain bercita-cita nak pakai kereta sport. Haha.
Fast foward, 2022. Di usia tengah 30an ini. Sudah bekerjaya. Alhamdulillah mampu lah serba sedikit. Di usia ini, segala keinginan aku dikala umur awal 20-an semakin lama semakin pudar. Realiti menerpa barangkali tapi bagi aku lebih kepada pemikiran kita disetiap peringkat umur adalah berbeza barangkali.
Tiada lagi perasaan nak modified kenderaan berlebih lebihan. Tapi Alhamdulillah, takda la terasa sampai nak jadi taste pakcik-pakcik yang pakai kereta standard habis dan jenis tak kisah kereta dah calar balar kemik sana sini. Haha. Atleast tukar rim sikit dah ok.
Mungkin sudah terjawab persoalan aku dimasa lalu, kenapa orang "dewasa" menjadi sedemikian. Bagi aku, diumur sekarang, perkara utama yang penting adalah keluarga. Minat dah jadi ntah nombor berapa dalam hidup. Kegembiraan sebagai bapak-bapak ni lebih kepada melihat anak-anak gembira. Bukan lagi dengan memakai kereta sport atau modified.
Selain dari itu, faktor praktikaliti juga lebih utama berbanding sedap mata memandang. Kereta lowered memang nampak cantik, tapi tak sedap dipandu. Jadi diusia sekarang, biarlah kereta nampak tinggi, janji selesa. Haha.
Walaupun begitu, takda lah hilang terus minat aku tu. Ada lagi. Cuma sudah kurang membara seperti 10 tahun lepas. InshaAllah kalau dimasa depan banyak duit, boleh bikin kereta. Bila baca balik posting zaman dulu, teringat balik betapa kekangan kewangan untuk modifikasi kereta ketika semangat membara. Di zaman sekarang, kewangan agak okey tetapi jiwa sudah tidak membara. Haha.
Nak tengok 10 tahun lagi bagaimana pula taste aku. Samada akan alami mid life crisis tetiba pakai kereta coupe ke hapa ataupun akan terus jadi pakcik2 yang sudah tidak kisah kereta kemik atau calar. Haha. Apa pun Alhamduillah dengan segala yang ada.